War 0-1

The War { REWRITE }
Please Subscribe to read the full chapter

 

Nama para pelajar yang gagal dalam ujian lepas diumumkan oleh pengetua sekolah di dalam dewan. Para pelajar mendengar dengan penuh debaran. Jantung berdegup kencang tak terkawal. 

 

Keadaan di dalam dewan utama sekolah sunyi dan tegang. Yi Joo duduk tenang di kerusinya sambil menutup matanya. Mendengar sahaja nama pelajar -pelajar yang dipanggil. 

 

Yoon Yi Joo , dikurniakan dengan otak yang luar biasa senang kata bijak membuatkan yang lain cemburu kepadanya. 

 

Setiap ujian dapat ditanganinya dengan baik tanpa sebarang masalah. 

....

  "Yoon Yun Jung "

Tersentak dengan nama yang amat biasa itu , Yi Joo membuka matanya. Pantas dia menoleh ke seluruh dewan , mencari kelibat si insan bernama Yun Jung itu dan..

 

  " Nuna!!! Tidak !! Saya tak nak!"

Adiknya , Yun Jung diheret dengan paksa oleh dua orang lelaki berbadan sasa yang berpakaian ala -ala komander yang ingin berperang. Ditariknya badan Yun Jung yang kurus itu keluar daripada dewan.

 

  "Yun Jung !!!"teriak Yi Joo yang dari tadi statik melihat adiknya diheret. 

 

Siapa sangka,adiknya yang turut bijak sepertinya tiba-tiba gagal. 

Apa yang terjadi?

 

Yi Joo berlari mendapatkan adiknya yang semakin menghampiri pintu besar dewan. Semua pasang mata memandang kearahnya yang tergesa -gesa mendapatkan Yun Jung. 

 

  "Lepaskan dia ! Aku arahkan lepaskan dia!!"jerit Yi Joo namun teriakannya itu langsung tidak diendahkan. 

 

  "Nuna !!! Pasti ada kesalahan!!"

Yun Jung meronta dari pegangan kuat dua orang badan sasa itu. Ingin berjumpa dengan kakaknya buat seketika. 

 

Namun , undang -undang tetap undang -undang. Apalah yang boleh mereka yang pelajar ini lakukan. 

 

Yi Joo ditangkap oleh guru sekolahnya. Tinggal lagi beberapa langkah sahaja lagi sebelum dia boleh mencapai adiknya namun dia telah ditahan. 

 

  "Yun Jung -ah!!!"

Bzzzzzz....

Bunyi renjatan elektrik kuat kedengaran dan belum sempat Yi Joo ingin mengelak , elektrik itu dikenakan pada badan kecilnya membuatkan dia jatuh terduduk. 

  "Yun..Ju----"

********

Seminggu telah berlalu dan Yi Joo langsung tidak mendapat khabar daripada adiknya. Inilah dia .. 

 

Setiap mereka yang masuk ke dalam sekolah THE WISE itu , peluang untuk mereka berkomunikasi dengan orang luar adalah 0 . 

 

Yi Joo merenung memandang gambar adiknya yang terlekat pada papan kenyataan sekolah. Tertulis pada papan itu " Mereka yang Dikenang".

 

  "Yi Joo"

 

Berpaling ke sebelahnya , seorang wanita dengan pakaian kemas sedang tersenyum kearahnya. 

  "Cikgu"

*********

Derapan kaki kedengaran di sepanjang koridor tingkat 3 bangunan B sekolah THE WISE. Yun Jung menyorok di dalam bilik stor sempit bersama -sama dengan seorang lagi pelajar lelaki yang barangkali lebih muda darinya. 

 

Isyarat senyap dibuat Yun Jung kepada pelajar lelaki yang bersembunyi bersamanya itu. Dengan perlahan , dia membuka sedikit pintu bilik stor itu bagi memeriksa keadaan di luar. 

 

Kosong. 

 

Yun Jung menarik nafas panjang sebelum dia melangkah keluar dari situ.

 

  "Jom, semua dah sel---"

******** 

Gelas kaca yang masih berisi air itu jatuh berderai keatas lantai akibat terlepas dari tangan Yi Joo. Gadis itu memandang guru wanita itu dengan wajah yang pucat. 

 

 "Apa maksud cikgu adik saya difitnah?"

 

 "Adik kamu tak gagal Yi Joo. Dia lulus dengan cemerlang seperti biasa namun disebabkan.."

Tumppppp

 

Meja guru itu ditepuk kuat oleh Yi Joo seraya memandang tepat kearah guru tersebut. Matanya sudah memerah menahan perasaan yang semakin bercelaru. 

 

 " Kami terpaksa tukarkan keputusan adik kamu dengan pelajar lain"

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
Rewr it back..i change the plot..

Comments

You must be logged in to comment
Frisur #1
Chapter 3: Update soon .cerita best sangat !!!~
Please update
aquariusxpisces
#2
Chapter 2: Wah menarik!!! Kesiannya adik Yi Joo mati, tapi macam mana agaknya Yi Joo nak survive dekat sekolah tu ya? Dan kenapa pelajar lama lindungi Yi Joo? OMG Dawon so sweetXD