my love

Happier
Please log in to read the full chapter
  choice Melukis emosi di hadapan impian sendiri—Chanyeol tidak tahu sejak bila kah ia menjadi perkara yang sinonim dengan hidupnya kini. Ketika bersama Lisa, bagaimana dia boleh gagal melihat semua perubahan ini? Sebagai seorang lelaki, dia harus membuat sesuatu agar perpisahan mereka setidak-tidaknya tidak lah terasa begitu mendadak. Apa saja agar Lisa tidak menangis. Agar Lisa sedar bahawa dia bukan lah 'seseorang' yang mampu memberikan dia 'segala-galanya'. Di antara realiti dan mimpi, jari-jemarinya telah siap menekan punat 'hantar', dan post pertama yang dikeluarkan ke dunia Twitter-nya akhirnya tercapai. Sambil mendengar irama lagu 'If we love again' dari dalam kereta, baru lah dia benar-benar sedar yang perpisahan dia dan Lisa bukan sebuah mimpi. Bayangan tubuh Lisa di luar lorong pejalan kaki tempat mereka selalu bertemu dahulu diperhati dengan penuh rasa kerinduan. Kalau ikutkan hati, kakinya sudah melangkah ke luar untuk menemui Lisa. Dia yakin dia mampu buat apa saja demi memenangi wanita itu semula...namun, namun! Perasaan teragak-agak membuatkan Chanyeol gagal melakukannya.  ", Park Chanyeol! You still can't give up anything for her!" Serunya seraya memukul stering kereta, melepaskan geram. Merisikokan kerjaya impiannya, jelas sekali Chanyeol masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan rintangan yang satu ini. Mungkin Lisa terlebih dahulu yang sedar akan hakikat ini barulah dia mencadangkan perpisahan mendadak ini. "Dia lebih berani daripada aku..." bisik Chanyeol, pandangan matanya masih terpaku ke arah Lisa yang kelihatan seperti mahu menangis pada bila-bila masa sahaja. Starbucks yang di tangannya sudah terlepas ke lantai. Entah dia perasan ke tak. Pasti fikirannya sekarang ini sedang serabut memikirkan sesuatu. Apa saja
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goGETaLIFE_ #1
Chapter 2: c rieeeeeeeeeeeeeeess