waiting for us

Happier
Please log in to read the full chapter
  dream Tiga minit sebelum jam lima petang, ibarat penggera semula jadi, jantung Lisa mula berdegup laju. Ketika itu, fokus matanya tertumpu ke arah laptop hadapan mata namun Lisa sendiri tahu, yang fikirannya melayang hendak pulang. Tidak cukup dengan itu, peluh pula semakin bercambah di atas dahi. Malah kaki kanannya dengan refleks menghentak ritma yang tidak ketentuan di bawah meja kerjanya. "Argh, this! Lisa, leave at this instant!" Bermonolog sendiri, laptop tadi sudah ditutupnya tanpa berfikir dua kali. Dalam kurang seminit, Lisa bersiap sedia meninggalkan ofis denga tangan kirinya menyandang tas, manakala kanan pula memegang minuman starbuck yang dibelanjai oleh salah seorang teman ofisnya tengah hari tadi.  'Krook...Kroookkk...' Bukan kali pertama Lisa menuruni anak tangga dengan ditemani bunyi semula jadi perutnya. Kalau orang tu tahu, mesti dia akan dileter. Teringat tentang seseorang itu, hujung bibir Lisa mengukir suatu senyuman yang manis. Seperti di alam mimpi. Tercungap-cungap Lisa berlari untuk ke destinasi tempat dia biasa menunggu orang yang dirindui di dalam hati. Jantung yang berdegup laju ketika itu, samada penat ataupun tidak sabar hendak bertentang mata dengan kekasih sang hati, Lisa redha kedua-duanya. Senyuman tidak lekang terpapar pada wajah. Jam lima ialah masa mereka berdua. Sejak dari awal perhubungan mereka, Lisa telah mula mendahulukan teman lelakinya daripada kerja. Biarpun berlambak, dia rela datang awal pada esok pagi, ataupun meneruskan kerja di rumah nanti.  Kerana selepas jam lima, dia mahu masanya hanya menjadi milik mereka berdua—itu hajat hari lahirnya pada tahun lepas. 'Chanyeol tak tahu,' bisiknya kecil. 'Tapi aku cintakan dia lebih untuk berkira benda kecil macam ni...' sambungnya lagi sambil mempercepatkan langkah. Lorong gelap yang dilalui semakin terang, menandakan Lisa sudah semakin hampir ke hujung terowong bawah tersebut. Dia dan Chanyeol tidak pernah bertemu di kawasan publik. Sebab? Chanyeol ialah artis popular dan dia pula hanyalah pekerja ofis yang biasa. Apa saja yang mampu menjejaskan kerjaya Chanyeol, Lisa akan menjadi orang pertama yang membantahnya. 'Lisa, apa yang kau buat ni?' Suara hati Lisa melaung dari dalam minda.  'Berhenti! Apa yang kau buat dekat sini?'
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goGETaLIFE_ #1
Chapter 2: c rieeeeeeeeeeeeeeess