Selamat tinggal

Masih mencintaimu
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

[ BGM SECRET BY APINK ]

 

 

Hyeri memandang ke arah langit gelap. Tiba-tiba mindanya teringat pada Chanyeol. Park Chanyeol. Lelaki yang selalu berada dalam fikiran dan mendapat tempat khusus dalam hatinya. Lelaki itulah yang selalu dia harapkan untuk menemaninya dan bersamanya sehingga ke hujung nyawa namun rasanya semua itu amat mustahil. Lelaki itu terseksa kerana dia. Kerana dirinya yang amat pentingkan diri. Kerana dibutakan oleh cinta, dia menyeksa lelaki hingga terpaksa hidup bersamanya dan menyebabkan lelaki itu meninggalkan cinta hatinya. Dia sudah lama tahu tentang hal itu tapi...dia fikir jika dia bertahan hanya untuk sedikit waktu lagi...hanya sedikit.. dia pasti dapat mengubah fikiran lelai itu untuk mencintainya namun di akhirnya, dia tahu bahawa lelaki itu tidak akan pernah memilihnya walaupun sekuat mana dia mencuba untuk mendapatkan secebis cinta dariipada lelaki itu. Dan kini, dia harus meninggalkan lelaki itu kerana tidak mahu dia terluka lagi. Cukup la selama ini lelaki itu  banyak terluka kerananya.

 

Tanpa disedari, air matanya mulai turun ke pipi dan dia mulai teresak-esak disitu. Kawan Hyeri, Mina yang sejak tadi memerhatikan kawannya pantas  mendapatkan Hyeri dan memeluknya dengan erat. Hyeri menangis teresak-esak dalam pelukan Mina sambil tangannya mengenggam belakang baju Mina untuk menggambarkan rasa sakit yang sudah lama dipendam. Setelah Hyeri bertenang, perlahan-lahan Mina melepaskan pelukan dan memandang ke arah Hyeri yang mengelap air matanya.

" Kau pasti dengan keputusan kau untuk berpindah ke Jepun?"

" Ya Mina.. aku dah bagitahu kat papa aku untuk uruskan syarikat dia kat sana and walaupun papa pelik tapi dia setuju. Lagipun kalau aku duduk kat sini dan aku jumpa lagi Chanyeol, aku takut kalau aku paksa dia untuk bersama aku padahal aku tahu yang dia dah banyak terseksa sebab aku. Mungkin inilah masanya aku bagi balik kebahagiaan dia yang sudah aku rampas dulu. Cinta itu tak semestinya memiliki kan Mina?"

Hyeri menghadiahkan senyuman hambar dengan air mata yang turun perlahan di pipinya. Mina mengenggam erat tangan Hyeri yang berada disebelahnya.

" Aku harap kau akan temui bahagia untuk diri kau Hyeri."

" Tapi sebelum aku berangkat ke Jepun, aku kena jumpa seseorang."

 

 

 

***

 

 

Keesokkan harinya...

Kereta BMW hitam milik Hyeri diparkir di hadapan kedai makan milik keluarga Sooyeon. Dengan cermin mata hitam, dia melangkah  ke dalam kedai makan itu. Soojung yang melihat Hyeri yang melangkah masuk ke dalam kedai itu pantas menegurnya.

 

" Selamat datang cik. Sila duduk dulu. Sekejap lagi saya akan ambil order."

 

Hyeri hanya membalas dengan senyuman dan mengambil tempat di sebuah kerusi yang agak tersorok sedikit. Walaupun kedai makan milik keluarga Sooyeon ini tidak terlalu besar tapi kerana susun aturnya yang kemas membuatkan pelanggan berasa selesa menikmati makanan disin

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlightkim_
Dah update dah chapter baru semalam.

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 6: Ship Kyungsoo n Soo yeon?Selamat tahun baru, kawan.
Heart_love
#2
Chapter 4: >_< chanyeol dgn sooyeon jumpa dan masing-masing dah berpunya.Apa yang akan terjadi nanti?mcm mana dgn prsahabatan kyungsoo ngan chanyeol?ppali update ira!
Heart_love
#3
Chapter 2: Huwwwaaaaa,kenapa dengan Chanyeol ni?Asyik nak sakitkan hati perempuan je.Hempuk dengan kuali baru tau.Cepat update authornim