CH 4

My Love From Planet Wolf

PPPPPRRRAAANGGGGGGGG !!

 

Pheuwww nice landing !! Taehyung mendarat kemas dengan sebelah kaki melutut di atas lantai, posing macam orang tengah ' propose ' ..

 

Serpihan kaca melekat di kepala Taehyung.Satu persatu di cabut dan di buang ke lantai.

 

Blup ! blup ! blup ! 

 

Membuak-buak darah keluar.Habis satu muka penuh dengan darah.Taehyung mengelap darah yang mengalir dari kepalanya, matanya hampir terbeliak melihat darah.

 

" Yyaahh !!!! Omo !!! " 

 

Lisa membatalkan niatnya memarahi Taehyung.Taehyung buat muka seposen, Lisa jadi lemah.Lisa mencapai kotak tisu di atas meja lalu menghampiri Taehyung yang pening lalat.

 

" Aha ! padan muka kau, ada pintu nak jugak masuk rumah orang guna tingkap.. kan dah kena bayar cash " Lisa gelak jahat.

 

" Kkkkkyyyaaaaaaaa !!! hantuuuuuuuu !!! " jerit Rose dan Jisoo di depan pintu bilik Lisa.

 

" Aniyo Unnie, dia ni window boy " jelas Lisa sambil membersihkan darah dikepala dan diwajah Taehyung.

 

Sejurus kemudian, Jennie datang membawa ' first aid kit '. Macam doktor pro, Jennie membantu Lisa mengubati luka Taehyung sambil diperhatikan oleh dua orang kawan mereka.

 

" Yyyyaaasssshhhhhhhh " Taehyung menjerit kesakitan apabila iodin menyentuh kulit kepalanya.

 

" Paboo " marah Jennie.Taehyung terus duduk diam,hanya sekali sekala dia berdesis kesakitan.

 

" Okay siap ! " Kepala Taehyung dibalut kemas oleh Lisa.

 

.....

Di meja makan,,

 

Nyum ! nyum ! nyum ! sssllluurrrrpppppppppp.....

 

Taehyung makan dengan gelojoh sekali.Sepantas kilat habis licin makanan disapunya.Lisa ternganga, dia baru mahu menyuap nasi ke dalam mulut, lauk pauk sudah habis !

 

" Uuuuwwwaaaaaa unniee !!! " tangis Lisa, sedih mengenangkan makan nasi tanpa lauk.Hilang terus selera nak makan.

 

" Bbbbbrrrruuukkkkkk " Taehyung sendawa kekenyangan sambil mengusap perutnya, gembira.

 

Sssrrreeetttttt... Jisoo menarik kerusi di ruang meja makan, lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Lisa.

 

Jisoo memeluk erat tubuh Lisa dan mengusap lembut rambut maknae itu  " Aigooo gwenchana gwenchana " pujuknya.

 

" Yah !! neomuhae !! " Jisoo memberikan jelingan tajam pada Taehyung.

 

.....

 

Di ruang tamu,,

 

Empat orang gadis sedang bermesyuarat.Sekali sekala salah seorang dari mereka menjengah ke dapur melihat Taehyung.Taehyung duduk diam dikerusi, matanya meliar memandang sekeliling.

 

Jisoo terlebih dahulu bersuara " Apa kita nak buat dengan ' window boy ' tuh ? " soalnya bingung.

 

" Kalau dibiarkan habis pecah cermin rumah kita, dah lah pagi tadi dah kena sound dengan manager oppa "  Rose mencebik dengan muka masam mencuka.

 

Lisa meletakkan jarinya pada dagunya seolah-olah sedang berfikir.Malangnya dia tidak dapat memberikan sebarang idea kerana sel-sel otaknya belum berhubung.

 

Jennie yang sedang sibuk bermain twitter ditelefon bimibitnya akhirnya bersuara " halau jelah lelaki pelik tu, kita pun bukan ada apa-apa kaitan dengan dia, buat penat kepala otak korang jer fikir " 

 

" Setuju ! " Jisoo mengangkat sebelah tangannya ke atas.

 

.......

 

" ikut aku " Lisa menghulurkan tangannya dan segera disambut oleh Taehyung.

 

Lisa memimpin tangan Taehyung lalu membawanya keluar dari apartment.Mereka turun menaiki lif ke tingkat bawah.Lisa memerhatikan Taehyung yang asyik menggosok matanya sejak tadi.Mungkin dia mengantuk ! fikir Lisa dalam hati.Timbul pula rasa kasihan terhadap lelaki itu.

 

Lisa dan Taehyung kini berada di perhentian bas.Cuaca agak sejuk pada malam itu, kemungkinan hujan lebat akan turun.Lisa membuka jaket panasnya dan terus meletakkan di belakang bahu Taehyung.

 

Lisa mengeluarkan beberapa keping duit dari dompetnya " Dengar sini, benda ni 'duit ' dengan duit ni kau boleh beli makanan untuk isi perut kau selama seminggu.. kalau dah habis kau kena lah cari kerja faham ! " 

 

Taehyung menangguk dengan mukanya tunduk ke bawah.Dia benar-benar mengantuk.

 

" Aku tak tahu kau datang dari mana, planet pluto ke zuhal ke watever.. satu jer nasihat aku, aku tak rasa dunia kami ni selamat untuk kau, better kau balik jer tempat asal kau.. " 

 

Kkroohhkroohhkroohh... zzzzzzzzzzzzzzz.... Taehyung sudah pun tertidur dengan mulut ternganga luas.

 

" Tch, dah tidur rupanya.. bye encik serigala " Lisa sempat mengusap kepala Taehyung sebelum pergi dari situ.

 

Serentak itu, hujan pun turun dengan lebart.Guruh berdentum, kilat sambung menyambung membuatkan Taehyung terjaga dari tidurnya.Taehyung memeluk tubuhnya yang semakin menggigil kesejukkan serta ketakutan.Habis satu badan basah lecun kena tempias hujan.

 

Taehyung beredar dari perhentian bas dan berjalan mencari tempat untuk berteduh.Dia akhirnya berteduh di depan kafe yang hampir tutup.Dunia manusia sangat mencabar bagi alien seperti Taehyung.Tiada tempat tinggal dan tanpa kawan-kawan baiknya.Taehyung menyesal dengan keputusannya lari dari planet wolf.

 

" Aaaaawwwooooooooooooo..... "  Taehyung mengaum...

 

" Dusshhhhhhhh !! " tidak semena-mena satu tumbukan hinggap di bibir Taehyung.

 

" Aacckkkk " Taehyung mengerang kesakitan.

 

" Orang nak minum pun tak senang, sibuk mengaum macam anjing " marah lelaki mabuk itu sambil berjalan terhuyung hayang dengan botol arak di tangannya.

 

Taehyung hilang sabar, ini kali ketiga dia di belasah oleh manusia.Manusia memang suka pukul orang sesuka hati agaknya, fikir Taehyung ketika itu.Dengan sekelip mata Taehyung berada di depan lelaki mabuk itu.Kedua tangannya mencengkam kepala si mabuk.

 

BBBBZZZZZZZTTTT ZZZZZTTT ZZZZZZZTTTTTT !!! arus elektrik keluar dari telapak tangan Taehyung terus menjalar ke kepala si lelaki mabuk.Terketar-ketar tubuh si lelaki mabuk terkena renjatan elektrik sehingga jatuh terjelupuk di kaki lima tidak sedarkan diri.

 

" HAHAHAHAHAHA baka da ne " Taehyung berlalu pergi sambil melambai tangannya.

 

......

 

Sejurus tiba di bilik, Lisa terus merebahkan tubuhnya di katil.Tidak ada yang diinginkannya ketika itu selain tidur.Dia begitu penat dengan jadual kerja yang padat.Baru sahaja dia mahu melelapkan mata, tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan di cermin tingkap biliknya.

 

Mata Lisa terus sahaja terbuka luas.Padangan matanya tertumpu ke arah tingkap.Dahinya berkerut.Ooh no ! please not him again ! Lisa menekup mukanya sebelum melangkah malas menuju ke tingkap.

 

" Kau lagi !! " bentak Lisa geram ketika membuka tingkap biliknya.

 

Taehyung terus meluru masuk ke dalam dan mengunci tingkap bilik Lisa.Dia tersengih-sengih sambil buat peace.Sementara Lisa memandangnya dengan pandangan tajam dan annoying look.

 

" Siapa bagi kau kebenaran masuk bilik aku ? " Soal Lisa marah-marah.

 

" Sejuk " ucap Taehyung.Bibirnya unggu kerana kesejukkan.

 

" Omo !! kau dah pandai cakap " Lisa menutup mulutnya.

 

" Sikit- sikit " ucap Taehyung lagi.

 

" Ayee okaylah tu dari tak pandai cakap langsung,  Eshh ! aku bagi kau kebenaran tidur sini malam ni jer tau.. esok pagi sila berambus ! " 

 

" Yahhh yahhh !! jangan duduk atas katil aku, kau basah ! " 

 

Taehyung terus berdiri tegak macam tugu negara lepas kena sound dengan Lisa.Lisa geleng kepala sebelum mengambil seluar dan tshirt dari alamarinya.

 

" Tukar baju kau tu.. " 

 

Taehyung menurut arahan Lisa.Tiada sedikit pun riak diwajah Taehyung.Dengan selamba dia melucutkan pakaiannya di depan mata Lisa.

 

" Yahhh !!! aisshhhh si alien ni " Lisa menutup mukanya dengan bantal.

 

Selesai menukar pakaian, Taehyung berbaring disebelah Lisa.Sepantas kilat, Lisa menerajang bontot Taehyung hingga dia terjatuh ke lantai.

 

" Lelaki miang !! " 

 

Sejurus itu, bantal dengan selimut dilempar oleh Lisa ke lantai.

 

" Hey dengar sini, dalam dunia manusia lelaki dengan perempuan tak boleh tidur sekatil tanpa ikatan yang sah ! araseo !! " 

 

" Neh, araseo " Taehyung mengganguk faham.

 

 

Tidurlah mereka berdua dalam keadaan sorang di atas sorang di bawah.

 

 

 

bersambung....

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pink-power #1
X update ka?
pink-power #2
Chapter 3: Wah best betul fanfic awk...jeles saya
Lisa_bpgirlz
#3
Chapter 3: Hahaha ! Kesian Lisa...cermin tingkap bilik dia baru dibaiki dah pecah balik. Huhu..sabo jelah...
Lisa_bpgirlz
#4
Chapter 1: Teruskan please..saya suka baca fanfic awk.
Lalice_lisaBp #5
Best ^^