Ch 3

My Love From Planet Wolf

Suasana pada malam itu agak dingin kerana hujan turun renyai-renyai.Jam pada dinding menunjukkan hampir pukul 11 malam.Lisa masih belum pulang kerana ada latihan tarian.

 

Jennie, Jisoo dan Rose sedang menonton televisyen di ruang tamu.Rose duduk bersila di atas lantai sambil mengunyah makanan ringan.Sementara Jennie nampak begitu selesa berbaring di ribaan Jisoo.

 

" Aawwwooooooouuuuuu " 

 

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi lolongan serigala.Rose yang terkejut terus melompat ke arah Jennie dan Jisoo.Mereke berpelukan kerana ketakutan.

 

" B-bunyi apa tu ? " tanya Rose.

 

" macam bunyi serigala jer " balas Jennie.

 

Jisoo mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja lalu menghubungi Lisa.

 

" Hello ..unnie  ! " 

 

" Lisa, kau kat mana ? " tanya Jisoo bimbang.

 

" On the way nak balik rumah " jelas Lisa.

 

" Balik cepat jangan singgah-singgah lagi " 

 

" Neh ! " 

 

.....

 

Dalam kepekatan malam, Lisa berjalan kaki menuju ke rumah yang terletak tidak jauh dari bangunan YG.Langkahnya terhenti apabila melihat jalan pintas yang sering dilaluinya ditutup.Terdapat pita dilarang masuk dipasang disekitar jalan tersebut.

 

Lisa menghampiri seorang pengawal keselamatan yang berada disitu.Dia memberanikan diri untuk bertanyakan apa yang telah berlaku.

 

" Ahjussi,kenapa jalan ni ditutup ? " soal Lisa disebalik masker yang dipakainya.

 

" Cik, lebih baik cik guna jalan yang satu lagi, jalan ni ditutup sebab berlaku pembunuhan sebentar tadi " jelas pengawal keselamatan itu.

 

" Omo ! jinja ? " Lisa mentutup mulut.Terkejut !

 

Nak tak nak, Lisa terpaksa berpatah balik dan melalui jalan yang satu lagi.Kerana malam yang semakin lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu sedikit gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

 

Ketika tiba berhampiran tempat pembuangan sampah, Lisa terdengar satu bunyi pelik datang dari arah timbunan sampah.

 

" Gggrrr ggrrr grrrr ! " bunyinya.

 

Lisa mula tidak sedap hati.Tapi digagahkan juga kakinya untuk menjenguk ke arah timbunan sampah.Dalam cahaya samar-samar, Lisa ternampak kelibat seorang lelaki sedang duduk bersandar dengan kaki terbujur ke depan.

 

Lisa terlonjak dan matanya terbeliak.Dia seakan tidak percaya apa yang baru dilihatnya.Dia mula rasa seram sejuk satu badan.Lelaki itu bukan manusia,bukan juga hantu.

 

Matanya merah, giginya bertaring, telinganya yang panjang dan berbulu benar-benar serupa dengan serigala.Lisa sudah bersedia mahu lari menyelamatkan diri.Dia tidak mahu mati dalam usia yang muda.Masih banyak impian yang belum dicapainya.

 

 " run for your life Lisa " dia berkata pada dirinya sendiri.

 

Hana.. deul.. set.. 

 

Baru saja Lisa mahu membuka langkah, lelaki itu sudah pun berdiri di depannya, wajahnya penuh dengan kesan lebam.Matanya yang merah menyala menatap tajam ke arah Lisa.

 

Lisa mula mengigil ketakutan.Dia tidak berani untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.Dia menutup matanya rapat-rapat.Sedikit demi sedikit dia mula berundur ke belakang.

 

Dengan pantas Lisa berlari sekuat hati, tanpa menoleh ke belakang lagi.Malang tidak berbau, kakinya tersepak batu sehingga dia jatuh terjelupuk.Dia mahu bangkit tetapi tidak berdaya.Tenaganya sudah habis digunakan semasa memecut laju tadi.

 

Tidak jauh dari tempat dia jatuh, berdiri seorang lelaki berjalan menghampirinya.Lelaki tadi ! Lelaki serigala ! Lisa tergamam seketika.Perlahan-lahan lelaki itu mula berubah menjadi manusia.Matanya yang merah bertukar menjadi biru. 

 

" Kau !! "  Katanya terkejut.

 

" Macam mana kau boleh.. eerr.. maksud aku sekejap alien sekejap serigala " 

 

Taehyung menghulurkan tangan untuk membantu Lisa bangun.Lisa terkebil-kebil seketika.Tidak tahu mahu menyambut tangan lelaki itu atau tidak.

 

" G-gwechanayo " tolaknya.. " Err.. dah lewat ni, aku kena gerak.. bye "

 

Taehyung mendepakan tangan cuba menghalang Lisa dari mengatur langkah.Tapi Lisa terus melangkah dan menolak tubuh Taehyung dengan selamba.Lantas Taehyung menarik tangan Lisa.

 

" Aish ! waeguerae ! " rungut Lisa.

 

Taehyung tersenyum sambil mengusap perlahan perutnya, menandakan dia lapar.Itulah dia Taehyung.Lapar saja.Tiada istilah kenyang dalam diri dia.

 

" UUGGHHH !! dengar baik-baik wahai encik serigala atau encik alien, aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau.. so tolong jangan ganggu atau muncul depan aku lepas ni, ambik duit ni pegi beli makanan "  Lisa menghulurkan sekeping not pada Taehyung.

 

Dengan pantas Taehyung menyambar duit itu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.Lisa melompong terkejut.Kepalanya yang tidak gatal itu di garugaru berulang.

 

" Whatever !! " 

 

Lisa pergi meninggalkan Taehyung.Akhirnya sampai juga dia ke rumahnya.Tiga sahabatnya masih setia menunggu di ruang tamu.

 

" i'm home "  dalam kepenatan, Lisa masih mampu mengukir senyuman.

 

" Lambatnya kau sampai,  I was worried something had happened to you " Rose memeluk Lisa dari belakang.

 

" Jalan kena tutup, so aku patah balik ikut jalan satu lagi " jelas Lisa.

 

" Jinja ? wae ? " soal Jisoo.

 

" berlaku pembunuhan kat situ " jelasnya lagi.

 

" musewoyo ! " kata Jisoo.

 

" Kau pergilah mandi dulu, aku panaskan makanan untuk kau " ujar Jennie pada Lisa.

 

" Neh, thanks Jennie unnie.. oh ya ! manager oppa dah hantar orang pasang cermin ke ? " soal Lisa pada tiga sahabatnya.

 

" Dah! jangan risau, cermin tingkap bilik kau dah dibaiki " jawab Rose.

 

Lisa lega.Baru saja dia mahu masuk ke bilik mengambil tuala tiba-tiba....

 

PPPPRRRAAAANGGGGG !! bunyi cermin pecah berderai datang dari arah biliknya.

 

Lisa.. Jennie .. Jisoo dan Rose saling berpandangan.

 

" AGAIN !!!! " jerit Lisa geram.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pink-power #1
X update ka?
pink-power #2
Chapter 3: Wah best betul fanfic awk...jeles saya
Lisa_bpgirlz
#3
Chapter 3: Hahaha ! Kesian Lisa...cermin tingkap bilik dia baru dibaiki dah pecah balik. Huhu..sabo jelah...
Lisa_bpgirlz
#4
Chapter 1: Teruskan please..saya suka baca fanfic awk.
Lalice_lisaBp #5
Best ^^