//2

Projek Seram Hostel: Hilang
Please Subscribe to read the full chapter

Akhirnya, lokasi yang dicari ditemui juga selepas bersusah payah dan berpusing di jalan yang sama. Disebabkan lokasi tempat penginapan ini agak jauh ke dalam, mereka tidak dapat melihat bangunan yang ada di sini dari arah jalan raya. Mujur Kihyun terperasan tadi. Jika tidak, tidur di dalam keretalah mereka malam ni. Daehyun memberhentikan kereta betul betul di hadapan bangunan yang paling depan. Keadaan kawasan penginapan ini agak sunyi dan tiada kenderaan lain kecuali kenderaannya di kawasan parkir itu. Ini bermakna, mungkin hanya mereka sahaja yang menginap di sini malam ini. Langit di atas kepala semakin kelabu. Mentari sudah tersorok di sebalik bukit di ufuk barat. Hanya tinggal ekor cahayanya sahaja yang berwarna jingga. Waktu siang mereka habis begitu sahaja di atas jalan raya. 

"Betul ke ni tempatnya? Macam bangunan berhantu aje?" tanya Zelo, seriau. Meliar matanya memandang ke arah sekitar kawasan penginapan itu. 

"Betullah ni tempatnya. Dalam website yang aku tengok tu ada gambar pintu masuk tempat ni tadi" jawab Kihyun, yakin. 

"Kau pasti ni hostel? Aku tengok macam bekas kem lama je?" tanya Jungkook pula. 

"Bukanlah. Tempat ni memang khas untuk mereka yang nak buat program bina semangat ke, jungle tracking ke, team building ke sebab semua kemudahan dan tempat untuk aktiviti tu ada kat sini. Daripada apa yang aku baca, banyak jugaklah sekolah sekolah kat Johor ni buat program bina semangat dan team building untuk pelajar pelajar mereka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 4: SerammmmXD
5days_fin
#2
Chapter 3: Saya rasa sbnr ye mereka ni kemalangan kena langgar gan lori pasir tow then hnya jungkook je yg masih hidup or no one pun dr mereka yg idup sbnr ye just diorg smua xsdar yg diorg dh xada... Muahahaha tetiba je nak main teka teki pulak
mpreggoland
#3
Chapter 4: ish mesti 'benda' tu kacau Kookie...
Miss_Genius #4
Chapter 4: Curious~~~
predilection
#5
Chapter 3: I have a feeling yg Jungkook ni sebenarnya sorang2. Anyone? Sbb Pakcik Suho mcm nampak dia sorang je tau and maybe jugak dia tahu yg Jungkook ni ada nampak kawan2 dia tp Pakcik Suho lebih tahu. Dia tak jawab pon soalan Sehun tu. Hmmm~

Anyway story ni best. Update lah~ nak tahu lagi apa jadi dekat diorang semua. Pakcik Suho pon mcm bawak watak penting ni. He's either the culprit or the savior lol ><
predilection
#6
Chapter 2: Ala short chapter je~ best lah citer ni. Nak lagi hahhahaha

Oh and I'm Johorean lol tp tak pernah lagi jejak kaki kat Mersing hahahha
predilection
#7
Wah mcm best lah sis! Dah lah mmg tengah demam Kihyun dgn Jungkook ni aduh ada pulak story yg featured dua ni huhu~ tp based on poster mcm Jungkook watak utama nih alaaa please dont kill Kihyun hahhaha sbb baru je berkenalan dgn monstax ni hahaha

Hope sis update lg eh~ nak baca full kalau boleh hehe ><
mpreggoland
#8
Chapter 3: pakcik Suho? hahaha XD sorry...just xleh imagine Suho jd pakcik kekeke
Kookie yg prasan something wrong, maybe dia la org yg akn siasat sume ni hurmm...
Aida_Rusdi
#9
Chapter 3: Suka interaksi dorg. Lagi2 yg maknae line. Klulah dorg boleh buat variety show bersama camni kan best.