//1
Projek Seram Hostel: HilangHari semakin gelap, namun mereka berlima masih di dalam kereta, berpusing pusing melalui jalan yang sama sejak tadi.
"Kita kat mana ni?" tanya Jungkook, yang sudah kepenatan duduk di tempat duduk sebelah pemandu.
Sudah hampir sejak mereka di kawasan ini, namun lokasi yang dicari masih tidak ditemui.
"Manalah aku tahu, kau yang cari tempat tu guna Waze, kan? Aku drive aje" jawab Daehyun, selaku pemandu dan pemilik kereta yang sedang mereka naiki ketika ini.
"Hyun, apa nama tempat penginapan kita tu? Betul ke, apa yang kau bagi aku tadi?" tanya Jungkook pada Kihyun yang duduk di tempat duduk belakang.
Kihyun melihat kembali nama tempat penginapan yang bakal mereka menginap sepanjang percutian mereka di Air Papan ini.
"Space Inns nama tempat tu" jawab Kihyun agak lambat.
Zelo dan Sehun yang duduk di kanan dan kiri Kihyun sudah kebosanan.
"Space Inn? Betullah aku cari tadi. Sepatutnya kita dah sampai sekarang ni, tapi sebuah bangunan pun aku tak nampak" keluh Jungkook sambil membuang pandangan keluar kenderaan.
Dia masih mencari lokasi yang dicari sejak tadi. "Eh, kita dah lalu jalan ni dekat lima kali tahu? Mana ada kita nampak bangunan? Hutan belantara, adalah. Kau biar betul Hyun? Wujud ke Space Inn kau tu? Berapa bintang hotel tu?" bebel Daehyun, sudah penat memegang stereng sejak beberapa jam yang lalu.
Sudahlah tempoh perjalanan mereka dari Batu Pahat ke Mersing memakan masa hampir dua jam mengikut jalan biasa disebabkan tiada lebuh raya. Penatnya, hanya dia sahaja yang tanggung sendiri.
"Eh, ada aku kata hotel ke?" balas Kihyun,
"Ha?"
Serentak Daehyun dan Jungkook terkejut sambil berpandangan untuk seketika.
"Dah tu, kalau bukan hotel, resort? Chalet?" tanya Jungkook masih cuba menghadam jawapan Kihyun.
"Pun bukan" jawab Kihyun sambil menggeleng tanpa ada rasa bersalah.
"Dah tu?" Daehyun pula mencelah.
"Aku tengok kat Internet, konsep bangunan tempat tu macam chalet. Tapi hakikatnya cuma... hostel"
"Hostel?" serentak Jungkook, Daehyun, Zelo, Sehun memandang Kihyun yang duduk di tengah tengah di tempat duduk belakang. Daehyun hanya memandang Kihyun untuk seketika kerana dia perlu memegang stereng.
"Kau biar betul Hyun? Dah tak ada chalet atau resort ke kat sini? Bukan Air Papan ni tempat peranginan ke?" soal Zelo, sukar untuk membay
Comments