Dangerous One (malay fanfic)

Please Subscribe to read further chapters

Description

...siapa boleh jangka,

Momo yang peramah dan lurus bendul

Boleh jadi lebih berbahaya...



Bolehkah rahsia itu terus disembunyikan?
Atau mereka, akan mati?







FEATURING :MOMO

Foreword

PROLOG

Momo memerhati pemandangan luar melalui jendela di biliknya. Menghayati keindahan malam yang cukup dingin. Bulan kelihatan menerangi langit ditemani bintang-bintang yang berkelipan. Rumah yang didiaminya hanyalah sebuah flat murah yang telah disewa dan berada di tingkat dua yang biasa-biasa saja. Dia lebih rela tinggal bersendirian berbanding berteman. Memang cukup merisaukan sekiranya mempunyai teman serumah kerana risiko identitinya akan terbongkar, malah boleh membahayakan nyawa insan tersebut. 

Momo mula memerhatikan jalan yang hanya diterangi lampu jalan. Dan dia ternampak seseorang yang berada tak jauh dari flat tersebut. Berbaju hud serba hitam, dan topeng putih menutupi sebahagian mukanya. Momo tidak berasa pelik dengan keadaan tersebut. Dia pun bangun dan menuju ke almari bajunya. Dibuka perlahan. Rambut palsu berwarna blonde yang panjangnya hanya pada paras bahu dipakainya. Cermin di meja solek disebelah almari tersebut dipandangnya. Kaca mata hitam yang dibelinya beberapa hari lalu dipakai. Turut mengoles gincu berwarna soft cream dibibirnya. Semua yang dilakukan hanyalah untuk menyembunyikan identitinya yang lain dari pengetahuan orang luar, termasuk agensinya.

Momo berjalan keluar dari rumahnya dan menuruni tangga tanpa kedengaran sedikit bunyi pun. Mendekati lelaki tersebut. Sebuah envelop kelabu dihulurkan kepada Momo. Momo mengambilnya, sejurus itu lelaki itu beredar. Pada envelop tersebut, terpampang beberapa patah perkataan, berserta tarikh.

 

MISSION 4

DEADLINE: 2 WEEKS FROM NOW

 




 

Disebabkan fanfic telah tergendala dalam tempoh yang sangat panjang, saya buat keputusan untuk delete fanfic itu.

Dan kini saya janjikan fanfic baharu, dan saya akan berusaha untuknya. 

Silalah subscribe supaya anda tidak ketinggalan, dan comment supaya saya rasa lebih bersemangat. 

Upvote sangat-sangat dihargai.

Have fun, my reader~

 

Thanks sangat-sangat kepada kawan saya VisuaL_AMH sebab buatkan poster tu...

Thanks duh haaha

Comments

You must be logged in to comment
BalRina_
#1
Chapter 1: Ahhh menarik la fanfic awak.. Update lagi
pandaxonce
1241 streak #2
owh..how i wish i can understand malay ;( sounds like a great fanfic!