C.H.A.P.T.E.R O.N.E

Dangerous One (malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

Momo menyusup masuk bangunan syarikat yang setinggi dua puluh tingkat itu dengan berhati-hati. Setelah lima hari melakukan pengintipan, kini inilah masanya untuk bertindak. Dia tidak suka melengah-lengahkan tugasan yang diberi. Tugasan keempat ini telah diberi kepadanya setelah dua bulan tiga minggu dia tidak diberi sebarang tugasan sebaik saja menyelesaikan tugasan ketiga yang hampir-hampir mengundang maut kepada dirinya. Pada waktu itu, dia telah diserang hendap oleh tiga orang pengganas semasa dia cuba menggodam sistem pengoperasian mereka. Nasibnya baik kerana dia sempat mengelak daripada terkena tikaman yang dituju dari arah belakang. Teknik pertahanan diri yang dipelajarinya telah berjaya meningkatkan ketangkasan dan kekuatan dari segi fizikal. Siapa jangka, Momo yang masih muda, lebih-lebih lagi seorang perempuan boleh menyelesaikan tugasan tersebut. Agensinya bukanlah sebuah pertubuhan yang telah disahkan tetapi mereka tidak menjalankan sebarang kegiatan haram. Mereka bertindak mengikut keperluan atau permintaan klien. 

 

Momo berjalan ketingkat lima, dimana fail yang perlu dicurinya terletak disitu. Dia tidak rasa bersalah memandangkan fail tersebut bukanlah milik syarikat itu sendiri tetapi milik klien mereka yang merupakan seorang hartawan yang telah berusia. Menurut maklumat yang diberi, fail itu telah dicuri oleh beberapa geng bermotor sewaktu hartawan tersebut dalam perjalanan ke Daegu. Dan fail itu kini berada di sini, di ibu kota Busan. Dia melangkah perlahan-lahan tanpa mengeluarkan sebarang derapan pun. Pistol Glock 43 bersama suppressor sentiasa berada dalam pegangannya sebagai langkah keselamatan. Beg sandang hitam tersarung di belakangnya. Momo memandang sepintas lalu telefon pintarnya untuk memerhati pelan ke bilik tersebut. Dia cuma perlu membelok ke kanan. Dia merapatkan belakangnya ke dinding dan mengintai ke bahagian tersebut. Dia merengus nafas sebaik sahaja ternampak dua orang pengawal sedang berjaga di hadapan bilik tersebut bersama senjata api. Pistol tersebut disisipkan pada tali pinggang yang dipakainya. Dia tidak akan sesekali membazirkan peluru pistolnya semata-mata untuk membunuh individu yang dianggap Momo sebagai "lemah" atau "hingusan".

 

Tranquillizer watch di pergelengannya disetkan. Jam tersebut telah diimport dari negara kelahirannya -Jepun, dan telah dinaiktaraf oleh pakar-pakar yang bekerja di agensinya. Fungsinya sama seperti jam tangan yang dipakai oleh Conan Edogawa atau nama sebenarnya Shinichi Kudo dalam animasi Detective Conan. Dart yang berdiameter kira-kira 0.05 milimeter itu mempunyai kandungan cecair yang boleh membuat mangsa rebah dan pengsan selama beberapa minit. Momo bernasib baik kerana dia menyediakan beberapa dart lagi yang disembunyikan dalam begnya, kerana hanya satu dart boleh digunakan oleh tranquillizer watch tersebut dalam satu masa. Dia kemudian menyasarkan kearah dua orang pengawal tersebut. Dalam masa tiga saat, kedua-dua pengawal tersebut rebah dan pengsan. 

 

Sebelum itu, Momo awal-awal lagi telah menggodam kamera litar bertutup atau CCTV di tingkat tersebut. Jadi, kewujudan dia di tingkat tersebut tidak akan disedari selagi dia bergegas melaksanakan kerjanya. Dia berlari ke hadapan pintu yang berwarna  tersebut. Cepat-cepat membuka kotak password di tepi pintu tersebut. Momo membuka telefonnya dan menyambung wayar melalui telefonnya ke sistem berkenaan. Beribu-ribu nombor terpampang di skrin telefonnya dan setelah beberapa saat berlalu, kata kunci yang telah disetkan berjaya dijumpai. 315976. Momo menekan nombor-nombor tersebut dan pintu tersebut berjaya dibuka. Dia pantas melangkah masuk tanpa menghidupkan suis lampu. Cermin mata pengimbas yang dipakainya membolehkan dia melihat dalam keadaan tersebut. Sebelum itu dia mengeluarkan pen Benchmark 1100 dari poket b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BalRina_
#1
Chapter 1: Ahhh menarik la fanfic awak.. Update lagi
pandaxonce
1241 streak #2
owh..how i wish i can understand malay ;( sounds like a great fanfic!