Sequel.

Rumah Pelik
Please Subscribe to read the full chapter

                             

 

Aku melihat diriku di hadapan cermin. Rambut hitam panjang melepasi bahu yang kusut disertakan baju berwarna putih dan muka yang penuh dengan kesan cakaran. Mataku kuyu dan sembab. Mulutku berbau hanyir. Aku terkebil-kebil.

Aku menoleh pada jariku pula. Tajam. Tajam seperti lima tahun tidak diketip. Aku mula menyuakan jariku ke dalam mulutku lalu merenung setiap satu objek yang berada di hadapanku. 

Orang-orang yang lalu lalang pasti akan membuat muka apabila ternampak diriku yang selekeh ini. Muka sedih, muka takut dan muka terkejut sehinggakan ada seorang anak kecil yang menjerit ketakutan disertai dengan tangisan yang kuat setelah melihat diriku.

Aku tersenyum manis. Aku suka apabila orang takut terhadapku. Satu pencapaian bagi aku. Aku menyanyi, menyanyi dan menyanyi. Semakin lama, suara aku makin kendur. Aku menangis pula sambil menjerit "Aku tak gila!" sekuat hati. Aku memberontak sehingga spring di katil berbunyi bunyi. 

Aku memandang nya dengan senyuman. Aku melompat dengan girang seolah-olah aku sedang bermain di taman permainan. Aku ketawa riang. Orang di sekeliling mula menjauhi aku. Ramai yang berbisik sesama sendiri. Macam lah aku tak dengar namun aku hiraukan sahaja.

Aku kembali menggigit kuku sehingga terkeluar darah merah yang pekat namun aku langsung tidak menghiraukannya. Aku terlihat ada

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Waaaaa creepy duih
1489Sya
#2
Chapter 4: Looking forward 4 ur next chapter update. Fighting!
QuincyOat
#3
hai, awak patut letak tag 'malay' kat fanfic awak. so that,readers boleh perasan fanfic awak :)
pumpkinsly
#4
Chapter 3: FIGHTINGSEUUUUUU~~~~~~~~~~~~~
masih menunggu bila horror nak sampai heeeeeeeeeeeeeee~~~ :DDDDDDDD
song_hye_rim99 #5
Fuyoh! I've read the description and now...I'm scared to read the next chapter author nim. >_<