TTL 4

Ting Tong Lover
Please Subscribe to read the full chapter

"Sah..  Memang aku dah tak betul.. Tak lama lagi memang kena masuk tanjung rambutan..! "Jerit Jimin sambil tangannya mengusutkan rambut sendiri selepas itu mukanya ditekup dengan bantal...

"Noona... "Panggil Taehyung.. Dia memulas tombol bilik Jimin.. Terkejut juga dia apabila mendengar noonanya yang seorang itu menjerit.. Jimin cepat-cepat mengangkat muka dan memandang muka Taehyung apabila dipanggil.. 

Terbeliak mata Taehyung melihat wajah dan rambut Noonanya.. Ish..  Ish.. 

"Ya Tuhan..  Kau ni dah kenapa noona..?  Dah macam hantu kubur!" Dengan rambut yang serabai macam pontianak, muka masam macam monyet.. Dah kenapa Jimin ni? 

Jimin tidak mengedahkan soalan Taehyung kerana dia masih tidak percaya yang dia setuju dengan keputusan lelaki itu.. Jin?

Ya dia Jimin..  Park Jimin baru sahaja menerima lamaran Jin.. Tadi sewaktu Appa dan Omma Jin tiba ke rumah kemudian meminang bunga di taman yang tak berapa nak bunga sangat tu iaitu Jimin dan dengan bersahajanya Jimin menerima lelaki itu saat Ommanya menyoal.. 

Dan lagi haru birunya perkahwinan mereka akan diadakan dua minggu lagi serentak dengan ulang tahun Jin yang ke 25..

"Apa aku buat ni.. "Jimin menjerit lagi kali ini lebih kuat..  Taehyung yang masih berdiri dihadapan pintu bilik noonanya mengurut dada kerana terperanjat.. Hai yoo boleh mati sebab kejatan jantung kalau selalu macam ni.. 

"Noona..  Kau ni dah cacat otak agaknya..  Gila betul! Orang nak kahwin memang macam ni agaknya.. Sudah lah malas layan.."Taehyung berlalu meninggalkan noonanya seorang diri..  Malas dilayan nanti dia pun sama tak betul.. Ting Tong betul! 

Jimin buat tidak edah..  Masalahnya lebih penting sekarang ni.. 

"Aku cuma nak belajar buat coklat..  Bukan kahwin dengan orang buat coklat.. Omma tolong Jimin.. "Jimin masih lagi merungut seorang diri.. Tetapi hanya didalam hatinya..  Disoalnya soalan yang hanya dia saja yang tahu jawapannya.. 

"Jimin...  Kenapa tak dijawab telefon tu..  Dari luar boleh dengar.."Tiba-tiba suara Ommanya hinggap di telinga.. 

Pantas Jimin menoleh kearah Ommanya yang tercegat dihadapan pintu.. Eh..  Omma Jimin dengarkah yang Jimin panggil dia tadi..  Wah ilmu apa Omma Jimin pakai ni.. Boleh dengar panggilan hati Jimin.. Hebat beb!

 "Ya Tuhan,  budak bertuah ni duduj terkebil-kebil lagi tu? Takkan tak dengar telefon kamu bunyi tu.. "Tempelak Omma Jimin.. Tersentak Jimin dibuatnya..  Ha tu lah berangan lagi peaah ni.. 

Cepat-cepat Jimin mengalihkan pandangan ke arah telefon bimbit yang elok terletak diatas meja bersebelah katilnya yang sedang riang mengalunkan ringtone Love is not over nyanyian kumpulan BTS.  Jimin tersengih pada Ommanya sebelum cepat-cepat mengambil telefon itu... 

Melalui hujung mata Jimin dapat dilihat Omma Jimin menggeleng kepala sebelum berlalu pergi.. Pasti dia merasakan anaknya yang bernama Jimin itu sudah tidak betul sekarang..  Ehem..  Ehem mak cik sebenarnya bukan sekarang sejak azali lagi dia sudah tidak betul.. 

"Hell..... Lo" ujar Jimin kepada si pemanggil.. Langsung tidak bersemangat.. 

"Hello Sayangku..  Ataupun Yeobu"

Oh mak? Siapa pula yang sayang-sayang dengan yeobu yeobu ni.. 

"Siapa sayang awak.. "Marah Jimin garang.. 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ImHot1130 #1
CHING CHONG LING LONG TING TONG
nmmnbg #2
Chapter 3: kyaahhhh~~~sweetnyaa <3 <3 best cite ni update soon ^^
p/s:saya fangirl macam org gile bace cite ni nasib tak kene marah dengan mak huhuhuhu