Bab 1

The Mystery In The Lightless Midnight

2016

 'Perhatian, perhatian kepada Kim AYoung, Jessica Jung, Lee HyunJoo, Gong MinJi, Jang HyunSeung, Goo HaRa, Kim JungA, Lee JiHyun dan Heo GaYoon, diminta segera ke bilik pengetua sekarang. Terima kasih.'

 Semua pelajar sekolah terkejut mendengar nama yang sebegitu banyak untuk menghadap pengetua. Mereka mula mengagak yang pelajar-pelajar yang disebut sebentar tadi akan diberikan denda.

 Yalah, satu sekolah sudah tahu yang kesembilan pelajar tersebut merupakan pelajar-pelajar yang kurang adabnya dan rekod disiplin mereka dicatatkan sebagai 'teruk' oleh pihak sekolah.

 Pihak sekolah sering menelefon ibu bapa mereka untuk memperbetulkan sikap mereka tetapi, hampa bagai mencurah air ke daun keladi. Mereka tetap datang ke sekolah dengan perangai mereka yang sama.

 Hendak menyuratkan untuk buang sekolah, tidak sampai hati kerana, mereka adalah antara pelajar-pelajar yang pintar dan cemerlang. Rekod antara pendidikan dan disiplin sangat berbeza. Mereka banyakkan tumpuan terhadap pembelajaran tetapi tidak kepada fiil.

 Jadi, segeralah mereka menghadap pengetua yang tegas itu. Ada yang berdebar-debar, ada yang hendak menangis, yang selamba sahaja pun ada. Ah! Janji mereka berjumpa dengan pengetua untuk tahu selebih lanjut fasal pengumuman tadi.

 Tok! Tok!

 Pintu bilik Pengetua Ahn diketuk. Encik Ahn berpaling ke pintu dan arahkan mereka masuk.

 Kesembilan pelajar itu masuk satu demi satu ke dalam bilik pengetua. Muka masing-masing pandang ke arah kaki sendiri.

 Bukan mereka sahaja yang berada di dalam bilik itu, guru kelas mereka, Puan Kim (former Nine Muses's leader RaNa) serta seorang pengawas sedang duduk di kerusi yang sedia ada berhadapan meja pengetua.

 Muka Puan Kim berubah keruh apabila melihat mereka di situ. Pengawas itu hanya memerhati. Pengawas itu kemungkinan pelajar tingkatan 3. Mukanya bulat sedikit dan rambutnya diikat kemas. Pasti dia seorang pelajar yang berdisiplin tinggi. Dah nama pun pengawas.

 'Saya...kagum dan bangga dengan prestasi kamu semua. Otak kamu mengalahkan sekolah asrama yang lain. Sangat pintar! Ibu bapa awak sudah pasti bangga dengan pencapaian kamu semua. Sebab itu saya luluskan permintaan kamh semua untuk teruskan belajar disekolah ni. Tapi,...sangkaan saya meleset!'

 Pengetua Ahn mula bangun dan berjalana menghadap mereka dengan perasaan marah.

 'Disiplin kamu tak berapa elok sebagaimana dengan otak kamu! Sangat teruk! Biadap! Cikgu kamu pun kamu boleh melawan! Macam cikgu kamu tu kawan kelas!'

 Nafasnya turun naik melepaskan geram. Puan Kim dan seorang pengawas sekadar bisu. Hanya yang berkuasa sahaja bercakap.

 Kesembilan orang pelajar masih lagi tertunduk memandang kaki masing-masing. Mereka tidak mampu bercakap mahupun membantah.

 'Saya dan beberapa orang guru, termasuk guru kelas kamu sudah berbincang tentang kamu semua. Harap, dengan perbincangan kami sebentar tadi, berkesan untuk kamu semua.'

 Mereka mula mengangkat kepala memandang tepat ke arah Pengetua Ahn. Apa yang mereka bincangkan? Apa yang mereka lakukan kepada mereka?

 'Kami sudah setuju untuk tidak melepaskan kamu untuk cuti lusa.'

 Mulut masing-masing terlopong mendengar perkataan yang dikeluarkan oleh Pengetua Ahn. Hati mereka berdebar kembali. Ingin protes sudah terlambat. Pihak sekolah sudah setuju tidak melepaskan mereka.

 'Macam ni. Esok adalah hari terakhir sekolah untuk semester 2. Kamu semua diarahkan untuk menetap di sekolah selama seminggu. Hingga hari Ahad minggu depan. Dan selama seminggu, awak ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah. Selanjutnya, saya akan beritahu hari esok. Oh ya, satu lagi, pengawas ini, Jung HyeRim, dia akan awasi kamu semua selama seminggu juga. HyeRim sudah setuju untuk tinggal bersama kamu.' Jelas Pengetua Ahn.

 Mereka masih diam dengan cadangan Pengetua Ahn tadi. Mustahil mereka ingin tinggal selama seminggu semasa cuti persekolah.

 Jang HyunSeung memandang kiri dan kanannya. Baru dia sedar. Dia seorang sahaja yang lelaki. Tiada pelajar lelakikah?

 'Pengetua Ahn. Saya terima cadangan pengetua tadi. Tetapi...'

 'Tetapi?'

 'Um...takkan saya seorang saja pelajar lelaki yang kena denda?' Semua memandang ke arahnya. Betul juga, tak mungkin dia seorang sahaja yang lelaki.

 'Pelajar lelaki yang lain tak banyak rekod disiplin. Ada pun, tak seteruk macam awak HyunSeung. Jadi saya terpaksalah panggil awak juga untuk denda.'

 Terkilan sudah HyunSeung dibuatnya.

 'Baiklah, kalau dah tak ada apa-apa, segeralah ke kelas kamu. Puan Kim, HyeRim boleh pergi.' Arah Pengetua Ahn lalu duduk di kerusinya semula.

 

Daun pintu kelas 4S1 diselak perlahan oleh Lee HyunJoo serta 8 orang lagi. Satu kelas memerhati mereka termasuk guru yang mengajar mereka. Mereka cuma endahkannya dan duduk di tempat masing-masing.

 Ada yang berbisik dan gelak terhadap mereka. Yang jeling pun ada.

 Sebenarnya, satu kelas pernah dibuli oleh kesembilan pelajar tadi. Tetapi mereka sendiri tidak tahu yang masing-masing buli satu kelas.

 Jessica Jung. Anak kelahiran California dari Amerika Syarikat banyak mebuat hal sejak gred 7. Dari luaran macam bidadari. Sangat cantik tetapi, Jessica kuat cemburu dan sanggup menyepahkan hak milik orang yang dicemburuinya. 

 Gong MinJi. Banyak wakilkan diri untuk pertandingan menari tarian tradisional. Rekod disiplinnya menyatakan bahawa MinJi banyak merosakkan kereta guru termasuk kereta pengetua.

 Heo GaYoon dipuji sebagai suara yang paling nyaring. Kesalahnnya ialah pernah ditangkap membawa orang luar dalam kawasan sekolah dan orang tersebut bukanlah darah dagingnya. Orang itu ialah orang yang hampir melepaskan nafsunya tetapi gaga setelah ditangkap oleh pihak sekolah.

 Jang HyunSeung dan Lee JiHyun merekodkan disiplin yang paling teruk dan dahsyat. Mereka pernah ditangkap menghisap rokok di belakang sekolah. Bukan itu sahaja, beberapa botol arak tersusun di bawah katil. JiHyun juga pernah ditangkap menghidu gam dan dia pernah digantung sekolah selama 2 minggu ketika di gred 8.

 Kim JungA ditangkap berkhalwat minggu lepas dengan teman lelakinya yang berumur 20 tahun. Juga didapati 2 botol arak berada di dalam bilik air.

 Kim AYoung dan Goo HaRa bernasib baik apabila pihak sekolah tidak menelefon pihak polis tentang dadah. Pil kuda terjumpa di bawah tilam. Mereka jujur yang mereka mengambil pil kuda.

 Dan Lee HyunJoo. Kenakalannya yang selalu mengusik pelajar sehingga pelajar itu terpaksa tahan dihospital. Tingginya yamg mencecah 1.74 cm mengharumkan nama sekolah untuk permainan bola tampar. Tetapi dia menyalahgunakan ketinggiannya dengan menyangkut mangsa dipalang berdekatan.

 Jadi itulah sebabnya mereka ditahan oleh pihak sekolah atas kesalahan yamg luar biasa yang tiza pernah dilakukan oleh pelajar-pelajar lain sebelum ini.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
gogixx
#1
Chapter 4: this is so nice ^^
aquariusxpisces
#2
Chapter 3: Waaaa best...tapi pendeknya .____.
lovely_syrena
#3
Chapter 3: Update soon
BalRina_
#4
Chapter 1: Update soon authornim