001 (PROLOG)

One More Step Closer To Your Heart

Soojung menangis, benar-benar menangis mendengarkan alunan lagu dari iPod miliknya. Hujan turun dengan derasnya di luar, tapi sederas apa pun hujan itu, tidak akan mampu mengalahkan deras darah yang mengalir dari hatinya yang remuk, dihancurkan begitu saja oleh kekasihnya, tanpa belas kasihan.

Ingatannya melayang pada kejadian tadi petang yang hujan, saat itu hanya ada dia dan Jisoo, teman lelakinya.

"Kita dah tak boleh berjumpa lagi."

Soojung berkerut dan mendongak menatap Jisoo yang lebih tinggi darinya. "A-apa maksud awak?" Dia benar-benar terkejut mendengar kata-kata Jisoo.

Soojung datang menemui Jisoo dengan senyuman, berfikir bahawa dia akan mendapatkan kejutan romantik dari teman lelakinya. Betul, dia memang mendapat kejutan, tapi bukan kejutan romantik.

"Saya dah tak boleh berjumpa dengan awak lagi Soojung, mianhae..."

"T-tapi kenapa?" Soojung mula bergetar, menyedari bahawa semua ini nyata.

"Awak tahu kenapa, saya dah tak sanggup dengan desakan eomma saya dan sebagainya, dia tak sukakan awak... Awak tahukan dia kolot, dan dia nak saya memiliki pasangan yang setaraf..."

Hening.

Jisoo menelan air liur, menatap Soojung dengan menyesal, "Mianhae Soojung, jinja mianhae, saya terpaksa menerima pertunangan dengan Naeun. Selamat tinggal."

Hanya begitu saja, tanpa penjelasan yang kukuh, tanpa pelukan perpisahan dan Jisoo pergi meninggalkan Soojung dengan hati yang hancur.

*

*

*

*

Dua Tahun Kemudian.

Bunyi loceng di  pusat penjagaan kanak-kanak yang riang itu berbunyi. Soojung segera mengarahkan murid-muridnya duduk dan berdoa. Selesai berdoa, mereka berbaris menyalam Soojung, lalu bertempiaran berlari mendapatkan ibu bapa masing-masing yang telah menunggu di luar. Soojung mengemaskan begnya apabila ketukan di pintu mengalihkan perhatiannya.

"Selamat tengah hari songsennim."

Soojung tersenyum menatap lelaki yang berdiri di pintu bilik kelasnya dengan tatapan sinis. "Apa yang kau buat dekat sini, Eunwoo?" Sambil meraih begnya, Soojung menghampiri satu-satunya adik lelakinya yang telah membesar menjadi lelaki yang begitu tampan sekali.

"Saya tak sengaja lalu sini masa tengah hantar kawan saya tadi, jadi saya rasa lebih baik saya jemput noona daripada noona terpaksa naik teksi."

"Naik teksi pun tak apa." Soojung berjalan menuju ke tempat parking diiringi Eunwoo dan mereka menghampiri sebuah kereta berwarna hitam, warisan dari mendiang ayah mereka yang sekarang dipakai oleh Eunwoo ke kolejnya. Mereka masuk dan Eunwoo memandu keluar keretanya dari halaman taman kanak-kanak itu.

"Sebenarnya saya nak minta tolong noona." Eunwoo mengerutkan keningnya.

"Tolong apa?"

"Tentang Sohyun."

Sohyun. Gadis itu ialah rakan kolej Eunwoo yang pernah diajaknya ke rumah beberapa hari yang lalu. Sohyun adalah gadis cantik dan berasal dari keluarga yang kaya. Tiba-tiba fikiran Soojung menjadi pahit, berusaha menahan desakan masa lalu yang tiba-tiba menusuknya.

"Kenapa dengan Sohyun?" Batin Soojung menjerit. Dia sebenarnya tidak ingin Eunwoo berdekatan dengan Sohyun. Orang kaya selalunya memandang rendah terhadap orang miskin. Ianya fakta. Itulah yang dilakukan keluarga Jisoo kepadanya dulu. Soojung cuma tidak mahu adiknya mengalami kekecewaan yang sama seperti dirinya. Tapi dia tak sanggup mengatakan itu semua kepada adiknya yang sekarang sedang bersinar-sinar matanya, seperti orang mabuk kepayang.

"Kami berniat nak menjalinkan hubungan dengan lebih serius." Eunwoo mengeluh, "Tapi ada masalah dengan keluarga dia."

Soojung mengerutkan dahinya. Tak sah kalau tak ada masalah yang timbul apabila keluarga kaya jatuh cinta dengan keluarga miskin. 

"Keluarga dia jemput kita dalam majlis makan malam yang mewah di rumah mereka, majlis tu dibuat sendiri oleh abang Sohyun, seorang CEO yang kaya raya... Abang dia nak berjumpa dengan saya..., tapi saya tak berani sebab saya dengar abang dia sangat kejam dan jahat."

Eunwoo menatap Soojung dengan tatapan merayu, yang selalu dia gunakan untuk meluluhkan hati kakaknya.

"Noona akan temankan saya pergi majlis tu, kan?"

"Kenapa mesti dengan aku?" Soojung merungut.

"Sebab abang dia nak berjumpa dengan salah satu keluarga kita, noona satu-satunya yang saya ada, takkan saya nak ajak eomma pula."

"Apa yang abang dia nak buat? Kenapa dia nak berjumpa dengan salah satu keluarga kita pula?" Soojung cuba meneka dan sebuah fikiran pahit berkecamuk di benaknya, jangan-jangan lelaki itu mahu mencemuh dan menghina mereka di majlis itu?

"Mestilah... Saya kan teman lelaki Sohyun, abang dia seorang yang sangat protektif memandangkan sebelum ni banyak lelaki yang mendekati Sohyun semata-mata nak kejar harta keluarga mereka. Tentu abang dia nak pastikan saya benar-benar yang terbaik untuk Sohyun."

*

*

*

*

"Selamat datang." Sohyun menyambut Eunwoo dan Soojung dengan bahagia di pintu, pipinya berwarna merah dan matanya bersinar ketika melihat Eunwoo. Soojung mengamatinya dan tersenyum. Sohyun benar-benar kelihatan seperti gadis yang baik dan benar-benar mencintai Eunwoo.

"Terima kasih eonni sebab temankan Eunwoo datang sini." Dengan sopan dan ramah, Sohyun menghulurkan tangannya untuk berjabat  "Mari silakan masuk, majlis dah nak mula."

*

*

*

*

Majlis itu benar-benar majlis mewah yang elegan, memang dikhaskan untuk kelas atasan. Semuanya berpakaian mewah dan syukur, walaupun gaun hitam Soojung tidak mahal, tetapi potongannya yang sederhana kelihatan begitu cantik ditubuhnya yang ramping.

"Seorang saja ke?" Seorang lelaki tiba-tiba berada di sebelahnya dan menyapanya.

Soojung menoleh dan menemui lelaki paling tampan yang pernah dia lihat. Dengan rambut terbelah dua menutupi dahi dan pakaian yang seperti dijahit khas untuknya, lelaki yang bertubuh maskulin dan tinggi lampai itu kelihatan seperti seorang model yang sangat kacak.

"Aniyo... Saya bersama pasangan saya." Tiba-tiba Soojung merasa gugup. Penampilan lelaki itu dan auranya entah mengapa membuatkan dirinya merasa gugup dan tiba-tiba saja ingin melarikan diri.

"Oh? Jeongmal? Rasanya saya tak nampak sesiapa." Lelaki itu menatap ke arah Soojung dengan tajam walaupun bibirnya mengukir senyuman, "Nampaknya pasangan awak sangat cuai, sanggup membiarkan gadis cantik bersendirian dekat sini. Dia tak takut ke pasangan dia dirampas oleh lelaki lain."

Soojung mengerutkan keningnya, "Mian... Saya akan cari pasangan saya."

Dengan terburu-buru Soojung memalingkan badannya dan segera pergi. Aura lelaki itu membuatkan dia gelisah sehingga dia tidak sanggup menahannya lagi, cara lelaki itu menatapnya bagaikan harimau memburu mangsanya.

"Soojung?"

Soojung serta merta terpaku mendengar suara itu, suara yang dia sangat kenali, suara dari masa lalunya yang sudah bertahun-tahun dia berusaha lupakan. Suara Jisoo.

Dengan gugup didongakkannya kepalanya, dan terpampan. Dia memang benar Jisoo yang sama, cuma sekarang lebih tampan, lebih matang. Dan hati Soojung sangat sakit mengingati kenangan itu, ketika Jisoo meninggalkannya begitu saja tanpa penjelasan apa-apa, disebabkan desakan keluarganya.

"Hai Jisoo, lama tak nampak... Awak apa khabar?" Suara Soojung kedengaran lemah, dia terlalu terkejut.

Jisoo tersenyum sedih. "Khabar baik Soojung, dan awak sendiri apa khabar?"

"Saya baik." Tiba-tiba saja Soojung ingin menangis, kenapa dia mesti terserempak dengan Jisoo di sini? Jisoo adalah satu-satunya lelaki yang dia tidak ingin temui di dunia ini. "Naeun mana?" Tanya Soojung, berusaha kelihatan tegas.

"Ah, Naeun..." Jisoo tersalah tingkah, "Dia ada dekat sana, tengah berbual dengan kawan dia. Oh ya…, kami dah bertunang, tarikh perkahwinan kami akan ditentukan dalam masa dua bulan lagi, selepas Naeun menguruskan perpindahan dia dari Australia. Saya harap awak sudi datang."

Tergamak Jisoo mengucapkan kalimat menyakitkan itu tanpa rasa bersalah sedikit pun. Tidakkah dia ingat betapa dia telah menyakiti hati Soojung dengan begitu kejam, meninggalkannya tanpa perasaan? Membuatkan Soojung sudah tidak mampu mencintai lelaki lain...

"Saya... Saya belum pasti... Saya..."

"Jisoo, kawan-kawan saya nak berjumpa dengan awak, sayang." Perempuan cantik itu tiba-tiba datang dan memeluk lengan Jisoo dengan manja, lalu dia menatap Soojung dan mengangkat keningnya, "Nuguseyeo?"

Jisoo nampak gugup dan menelan air liur. "Dia Soojung, kawan kolej saya dulu, kami dah lama tak berjumpa dan kebetulan berjumpa dekat sini."

"Oh." Naeun menatap Soojung dari kepala hingga ke kaki dengan pandangan remeh, "Saya pernah dengar dari eomma awak kalau dulu awak pernah ada kekasih bernama Soojung yang awak dah tinggalkan, hmm..." Naeun tersenyum mencemuh, "Memang patut pun, dia tak setaraf dengan kita, bukan begitu sayang?"

Jisoo nampak kehilangan kata-kata sedangkan Soojung berdiri dengan muka merah padam atas penghinaan tanpa berlapik yang diucapkan dengan lantang itu.

Sebelum mereka sempat berkata-kata, susuk lelaki tampan yang tadi menyapa Soojung tiba-tiba mendekatinya, lalu menggamit tangan Soojung yang kecil itu dan mengucup jemarinya dengan lembut. "Sayang, awak tak nak kenalkan mereka dekat saya?" 

Soojung mendongak dan terkejut, dia sempat membatu dengan sentuhan yang tidak diduga itu, lalu mengerutkan keningnya sambil menatap lelaki yang dia tidak kenali itu, dia kata apa? Sayang?

"Awak berdua kenal antara satu sama lain?" Tanya Jisoo seolah-olah tidak percaya. Begitu juga dengan Naeun yang sedikit cemas membuatkan Soojung bertambah bingung.

Lelaki bernama Joohyuk itu tiba-tiba saja merangkul pinggang Soojung dan mendekatkan tubuhnya dengan mesra, lalu tersenyum manis. Sangat manis. "Of course, Soojung ialah teman wanita saya, dan nampaknya awak berdua kenal saya?"

"Keluarga kami menjalinkan hubungan business dengan awak, Joohyuk-shi." Kali ini Naeun yang menyahut sambil tersenyum manis, "Ianya satu penghormatan dapat bertemu dan berbual langsung dengan awak di sini."

Gilirang Joohyuk pula memandang Naeun dengan pandangan cemuhan, "Hmm... Ia satu penghormatan bagi awak juga sebab dapat berbual dengan kekasih saya yang luar biasa ni." Lalu Joohyuk tersenyum ke arah Soojung, tidak peduli dengan wajah Naeun yang memerah kerana jawapannya yang kasar tadi. "Jom sayang kita pergi, masih banyak tetamu yang penting kita mesti jumpa."

Kemudian Joohyuk memalingkan tubuh Soojung, membawanya dalam rangkulan lengannya, meninggalkan Jisoo dan Naeun yang berdiri dengan hina di sana.

"Kenapa awak tolong saya?" Soojung berbisik perlahan apabila mereka telah jauh.

Joohyuk tergelak dan kemudian melepaskan rangkulan lengannya, "Saya ternampak seorang gadis hampir dimalukan tadi, dan saya rasa saya patut campur tangan untuk membantu." Kemudian lelaki itu mengulurkan tangannya, "Kita tak sempat berkenalan tadi sebab awak dah lari."

"Oh." Pipi Soojung memerah. "T-terima kasih sebab dah tolong saya tadi, saya—"

"Oppa?" Kali ini suara Sohyun yang mencelah. Joohyuk dan Soojung menoleh serentak, dan yang muncul ialah Sohyun dan Eunwoo.

Sohyun tersenyum ceria apabila melihat Soojung. 'Ah...nampaknya oppa dah berkenalan dengan Soojung eonni, kakak Eunwoo. Eonni, inilah abang saya yang saya ceritakan ingin berkenalan tu."

Sedikit terkejut dengan penyataan tadi, Soojung melirik ke arah Joohyuk. Sekilas dia menyedari wajah Joohyuk yang peramah berubah menjadi dingin.

Adakah lelaki itu berubah dingin ketika mengetahui bahawa dia adalah kakak kepada Eunwoo? Dia masih ingat akan cerita Eunwoo bahawa lelaki ini sangat mencurigai orang miskin sebagai pengikis harta mereka.

Akankah kisahnya bersama Jisoo akan terjadi pada Eunwoo? Dicemuh dan diremehkan hanya disebabkan mereka berasal dari keluarga sederhana?

"Ah...geureokuna." Joohyuk berkata lambat-lambat lalu membalas huluran tangan Eunwoo. Setelah selesai berjabat tangan, dia menoleh lagi ke arah Soojung.

"Dan awak Soojung, kakak Eunwoo... Gembira dapat bertemu awak." Lelaki itu mengulurkan tangannya kepada Soojung, dan mahu tidak mahu Soojung menerima huluran tangan itu.
Seketika Joohyuk menggenggam tangannya yang rapuh itu dengan kuat dan mantap, seperti mengisyaratkan sesuatu.

"Well, nampaknya kita akan bertemu banyak kali, Soojung." Gumamnya penuh makna. Nada suaranya mesra, tapi entah kenapa Soojung merasa ngeri. Membuatkan Soojung tertanya-tanya apa yang ada di benak Joohyuk sebenarnya.

*

*

*

*

Mereka berdiri berempat sambil memerhatikan majlis. Sohyun dan Eunwoo berpegangan tangan dengan bahagia, sementara Soojung berdiri dengan janggal di sebelah Joohyuk.

Tiba-tiba genre muzik bertukar perlahan dan lebih santai, kelihatan beberapa pasangan turun ke lantai tari, menikmati tarian romantik di antara kelipan-kelipan cahaya dan suasana majlis yang elegan.

Joohyuk menoleh ke arah Soojung dan memasang senyumannya yang paling manis, "Nak menari?"

Soojung terpaku, lalu menggelengkan kepalanya. "Aniya... Saya tak pandai menari." Tolaknya cepat. Tetapi Joohyuk menatapnya dengan keras kepala.

"Oh come on, saya akan pimpin awak. Lagi pun, awak tak kesiankan saya? Saya tak ada pasangan menari." Dan belum sempat Soojung menolak, lelaki itu telah menariknya ke lantai tari.

Joohyuk bohong. Dia boleh pilih banyak pasangan menari kalau mahu berdasarkan dari jumlah mata yang memandang Soojung dengan cemburu.

Soojung sangat gugup ketika Joohyuk dengan tenang melingkarkan tangannya di pinggang Soojung dan meletakkan tangan Soojung di bahunya. Lelaki itu membawa Soojung melangkahkan kaki dengan lembut, mengikuti irama.

"Tengok, mudah kan?" Bisiknya sambil tersenyum, menatap Soojung dengan matanya yang tajam.

Soojung memalingkan mukanya dengan wajah merah padam, tidak tahan ditatap sebegitu. Dia hanya menganggukkan kepalanya dan kemudian menumpuhkan perhatiannya kepada gerakan tarian mereka.

Dan sampai satu masa, ketika Soojung melilarkan pandangannya ke sekeliling, dia tidak sengaja bertentangan mata dengan Jisoo, lelaki itu sedang menari dengan Naeun yang membelakangi Soojung, membolehkan Jisoo menatap Soojung dengan berani.

Ada sesuatu pada tatapan mata itu, sesuatu yang mirip dengan penyesalan dan kepedihan... Membuatkan dada Soojung terasa sesak. Dia memalingkan kepala, mengelak dari menoleh ke arah Jisoo lagi.

*

*

*

*

Soojung mengeluh dan mengambil begnya lalu melangkah ke lorong kelas, entah mengapa sejak majlis itu jiwanya kembali terasa sakit, sakit hati yang dia telah cuba lupakan setelah sekian lama, sakit hati kerana kepedihan ketika Jisoo meninggalkannya dengan kejam. Kini semuanya datang lagi.

Perkahwinan mereka dua bulan lagi...

Tiba-tiba saja batin Soojung berdenyut dan terasa sakit. Mengapa hatinya sakit? Adakah dia masih memendam perasaan kepada Jisoo? Walaupun setelah dia dicampakkan dan dikhianati sedemikian rupa?

"Hati-hati, nanti awak terjatuh."

Suara maskulin itu tiba-tiba muncul, sangat mengejutkan hingga Soojung hampir menjerit. Dia mendongak ke arah suara itu dan menemui Joohyuk, abang Sohyun, sedang bersandar di tiang lorong taman kanak-kanak itu, berpakaian T-shirt putih yang dipadankan dengan jaket denim.

"Kenapa awak ada dekat sini?" Tiba-tiba Soojung berasa curiga.

Joohyuk tersenyum misteri. "Ada sesuatu yang saya nak bagitahu awak,  kalau awak tak sibuk."

"Dari mana awak tahu tempat saya bekerja?" Kali ini perasaan Soojung didominasi oleh rasa curiga, jangan-jangan lelaki ini telah mengupah orang untuk menyiasat Eunwoo dan keluarganya.

Joohyuk terkekeh melihat pandangan curiga Soojung. "Janganlah pandang saya macam tu, saya tak akan ambil jalan mudah untuk mendapatkan informasi." Dengan elegan dia mengangkat bahunya. "Lagi pun, Sohyun yang bagitahu awak kerja dekat sini, dia memang selalu cerita tentang awak dan Eunwoo."

"Oh." Soojung termenguh. "Apa yang awak nak bagitahu saya?"

Mendengar pertanyaan Soojung, tatapan Joohyuk berubah serius, "Mungkin awak boleh ikut saya ke suatu tempat untuk bercakap pasal hal ni?"

Alarm peringatan terus berbunyi di otak Soojung, cuba mengingatkannya. Entah mengapa, walaupun senyuman Joohyuk agak mesra, auranya sangat mendebarkan dan menyimpan sesuatu yang misteri. Soojung tidak mahu pergi ke mana-mana dengan lelaki itu. "Kalau boleh, kenapa kita tak cakap di sini saja?"

Joohyuk menatap tajam, tetapi kemudian tersenyum geli melihat Soojung sedang berusaha menyembunyikannya ketakutannya.

"Baik." Tatapannya berubah serius dan sekelip mata auranya berubah dingin. "Sebenarnya saya nak tawarkan sejumlah wang kepada keluarga awak supaya menjauhi Sohyun, adik saya."

Mata Soojung terbuka luas mendengar kata-kata Joohyuk. Sejenak dia cuba mencerna apa yang di dengarinya sebentar tadi, berharap ada kemungkinan dia tersalah dengar. Tapi kemudian ketika dia menyedari bahawa Joohyuk benar-benar memaksudkan apa yang dikatakannya, wajah Soojung merah padam oleh kemarahan bercampur rasa terhina.

"Saya tak tahu kenapa awak lakukan penghinaan yang sangat besar kepada kami. Tapi yang awak perlu tahu, kami tak perlukan wang atau apa-apa pun pemberian dari awak! Cuba ajukan soalan ni pada Eunwoo, saya pasti dia akan ajar awak cukup-cukup."

Joohyuk hanya mendiamkan diri dan memerhatikan Soojung dengan tajam, seolah-olah ingin membuka seluruh isi hatinya. Lama dia terdiam, akhirnya lelaki itu telah mengambil kesimpulan dan tersenyum.

"Okay, jangan marah. Kata-kata saya tadi cuma ujian. Saya memang katakannya kepada siapa saja yang rapat dengan adik saya."

Dahi Soojung berkerut, "Mworagu?"

"Awak akan terkejut bila dapat tahu berapa banyak yang setuju menyambar umpan saya mentah-mentah."

"Bukan semua orang miskin tak ada harga diri." Celah Soojung sinis.

Joohyuk menatap Sojung semula, "Jinja?" Pertanyaan itu seperti tidak memerlukan jawapan, hanya sebuah soalan yang menyindir. Soojung menyedari bahawa berdasarkan pengalamannya, lelaki ini mempunyai pandangan negatif kepada orang-orang miskin. Dia kata tadi ramai orang yang setuju menerima tawarannya mentah-mentah.

"Jadi sekarang urusan kita dah selesai?" Soojung melirik gelisah ke lorong kelas yang sepi. Lelaki ini membuatkan dia tidak selesa, entah kenapa.

Joohyuk menegakkan tubuhnya yang dari tadi bersandar santai di tiang.

"Aniyo." Gumamnya tenang, "Dan saya masih berkeras untuk ajak awak ke suatu tempat, dengar dulu—" Serunya ketika melihat Soojung akan membantah keras kata-katanya, "Awak adalah kakak Eunwoo, kekasih adik saya. Saya janji tak akan buat sesuatu yang buruk pada awak, demi adik saya. Lagi pun saya memang tak ada niat buruk sama sekali, saya cuma nak bagitahu awak sesuatu."

"Saya dah cakap kan awak boleh bagitahu semuanya dekat sini." 

Joohyuk mengerutkan keningnya. "Saya nak bincang tentang Sohyun. Penting."

Soojung menatap wajah Joohyuk. Lelaki itu nampak serius. Benar-benar serius. Sejenak dia ragu, beranikah dia mempercayai dirinya untuk pergi bersama lelaki ini?

Soojung menghelah nafas, "Baiklah, tapi sekejap saja."

Joohyuk mengangguk, "Ya, sekejap saja, kita bincang hal ni di cafe dekat-dekat sini."

Bersambung...


 

 

Omonna! Thank you @Burnkookie, @iemacute sebab dah upvoted! Saya hargai sangat-sangat! Tak sangka korang akan upvote even baru buat forewod XD hahahaha. Apa pun, harap cerita ni tak menghampakan, dan saya rasa nak habiskan ff ni cepat2, so mungkin saya akan update banyak kali. So yeah, bye!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Burnkookie
#1
Chapter 2: Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *jerit* ehem . baru hari ni saya ada kelapangan untk bukak asff .. Goshhh tak tahu laaa nak komen camna dah . seriusly author dah jd author ksyngan saya . yg psti sya mmg shippp gilerr gilerr gilerrr jisoo ngn joohyuk . Jihyuk ×D .. Boomba boombayah laa author !! Hahahaa . ccepat laa update tauu ~ kipidap * kenyit mata *
ApinkBlossom95 #2
yup! i ship jisoo n joohyuk so hard! XP
Galaxy_fanfan96 #3
Chapter 1: i need an update asap! hahaha masi curious ttg cerita sebenar ff ni. gudluck!
HeavenDelight
#4
Chapter 1: Hahah..welcome.
Saya suka pilihan watak awk yg menggunakan actor as the main characters.
Cuma..sy x knal eunwoo tu. Haha
HeavenDelight
#5
Joohyuk...haha..terus teringat dia mkn dalam 3 meals a day. Suke mkn daging je bdak ni..hahaha

Awk..kite x tgk lg celeb bromance joohyuk dgn jisoo..aritu ingat nk tgk tp terlupa..hehe
Burnkookie
#6
Aja aja fighting author !!!! Dugaan apakah ini hahahaha xD nam joohyuk omggg , saya suka dia sejak drama school tu then cita surplus princess untill nowww. Then , Jisoo goshh saya pun suka diaa author , ekekek samalah author *high five * sikit .. Pstu now dia dlm cita doctors tu hakunanana matatata yy namjaaa weii hahaha .. Tak sabar nak baca ! Fighting authornim ~ *wink*