Chapter 1

Between Love and Hate

Jinri melihat ke arah tangga seakan dirinya seorang pencuri yang sedang merompak rumah. Sedangkan Jinri hanya mahu melihat kalau-kalau wartawan masih lagi berada diruang tamu. Tapi sesiapa yang melihatnya sekarang pasti akan tersalah anggap. Di dalam hatinya masih tertanya-tanya mengapalah appanya sampai membawa wartawan itu masuk ke dalam rumah. Opps, Jinri mengeluarkan seringainya saat tersedar mengapa wartawan itu sampai masuk ke rumahnya. Itu semua disebabkan idea nakalnya, yang dengan sengaja meninggalkan kulit pisang secara senyap-senyap diluar pagar yang menyebabkan beberapa wartawan yang berlari ke arah kereta appanya terjatuh disebabkan terpijak kulit pisang itu. Seperti yang dijangka, appanya tanpa bertanyapun sudah tahu siapa yang melakukan itu. Dan Jinri yakin disebabkan rasa bersalah terhadap wartawan itu, appanya mengajak mereka masuk ke dalam rumah dan menjawab soalan yang diajukan.

“Siapa suruh tiap-tiap hari menganggu hidup orang.” Jinri mengomel sambil mengecilkan matanya seakan memandang mangsanya yang bila-bila masa sahaja akan menjadi santapannya. Jinri tersengih lagi apabila mengingatkan wajah appanya saat melihat ke arahnya yang sedang menahan senyum saat melihat wartawan yang terjatuh itu melalui cermin tingkap kereta mereka.

“unni, wartawan-wartawan tu masih ade dekat bawah lagi ke?” Tanya Jinri saat pembantu rumahnya, Soejun unni naiki tangga menuju ke atas. Soejun adalah pembantu rumah paling muda bekerja dirumahnya. Umurnya baru 27 tahun, tapi sudah bekerja villa ini hampir 3 tahun.

“Mereka dah balik, hanya Mr and Mrs Choi saja yang berada dibawah.” Jawab Soejun melihat ke arah anak gadis majikannya itu. Tidak boleh dinafikan lagi kecantikan puteri tunggal villa ini, walaupun gadis manis itu tidak memakai make up tapi tetap terlihat cantik. Patutlah kecil-kecil lagi gadis itu sudah dapat menarik perhatian wartawan dan orang ramai, tambahan pula Mr. Choi adalah pemilik agensi yang melahirkan ramai artis popular di dunia hiburan juga Mrs. Choi yang juga bekas artis dan juga model popular dikorea.

Jinri menuruni tangga menuju terus ke arah dapur. Sedari tadi lagi Jinri berasa dahaga tetapi disebabkan wartawan itu dia terpaksa menahan dahaganya. Jinri menbuka peti ais lalu mengeluarkan botol air yang berisi air sejuk bewarna pink. Kenapa pink, tentulah sajalah Jinri yang memilih warna itu.

“Jin, jangan fikir appa tidak tahu apa yang kamu lakukan tadi.” Suara itu menghentikan perbuatan Jinri yang sedang meneguk air. Jinri memaling badan ke arah suara itu sambil tersengih, appanya sedang menuju ke arahnya.

Mr. Choi mengeluh saat melihat anak perempuan satu-satunya, anak gadisnya itu memang tahu bagaimana mahu membuat marahnya hilang begitu saja. Ada saja aegyo yang Jinri akan tunjukkan sekiranya dirinya ingin memarahi gadis itu. Mr. Choi mengusap kepala puterinya sambil turut tersenyum saat melihat senyuman terukir dibibir anaknya.

“lain kali jangan melakukannya lagi, kalau tidak . .” Mr. Choi mengantungkan kata-katanya lalu menggeletek puterinya sambil tertawa. Dia tahu kelemahan puterinya.

“ap-appa, geli, i’m promise. I’ll never do that again. Promise.” Jinri terjerit saat mengelak dari digeletek oleh appanya.

Mendengar itu Mr. Choi berhenti menggeletek anaknya. Jinri mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri. Tapi sebelum menaiki anak tangga menuju biliknya Jinri berhenti sambil berpaling melihat appanya yang masih berada didapur.

“Jin masih banyak lagi cara lain tanpa menggunakan kulit pisang.” Setalah kata-kata itu selesai Jinri berlari ke atas sambil tertawa.

Mr. Choi turut tertawa melihat gelagat anaknya, sambil menggeleng kepala. Anak itu memang penuh dengan idea nakal dikepalanya tapi walaupun begitu dirinya tahu gadisnya tidak akan melakukan sesuatu melebihi batasnya.

__________________

Wajah gadis itu berkerut, matanya masih lagi tertutup. Malah tangannya sudahpun menarik selimut tebal untuk menutupi wajahnya. Jelas kelihatan gadis itu terganggu dengan bunyi jam loceng di meja kecil tepi katil bersaiz queennya. Masih lagi menarik-narik selimutnya, berharap dapat menghilangkan bunyi yang sentiasa mengganggu pagi indahnya. Seminit kemudian, jam loceng tersebut berhenti berbunyi semestinya membuatkan gadis yang masih lagi tidak mahu membuka mata itu mampu menyambung tidurnya tanpa merasakan gangguan.

“Jinri. Bangun sweetheart or else you will be late.” bersamaan dengan suara lembut itu, terdengar ketukan di pintu.

Gadis yang baru saja masuk ke alam mimpi itu membuka matanya sambil mengeluh tidak menyukai gangguan barunya yang sudah tiba. Semestinya gangguan kali ini betul-betul membuatkan dirinya bangun kalau tidak pasti dirinya akan dihujani dengan bebelan tanpa henti dari ommanya. Dengan malas Jinri menarik kembali selimut yang menutupi wajahnya sambil mengeluh. Dirinya masih tidak mahu bangun dari katil empuknya. Masih ingin menyambung mimpinya yang hampir bertemu dengan putera yang sangat tampan.

“Ya, ya omma, Jin bangun sekarang” Jinri menuruni tangganya menuju ke arah bilik air yang juga berada dalam biliknya sambil sesekali menguap, rasa mengantuknya masih lagi belum hilang.

Mrs. Choi hanya tersenyum mendengar suara separuh sedar anak manisnya. Dirinya sudah tahu sekiranya dirinya tidak mengejut gadis itu, pastinya sekarang anak gadisnya masih lagi bermalas-malasan di atas katil. Anak itu masih lagi tidak berudah, sekiranya dirinya tidak mengejutnya pasti tidak akan bangun. Tapi yang membuatkan wanita separuh baya itu pelik, sekiranya dirinya tiada di rumah pandai pula anaknya itu bangun sendiri tanpa dikejut.

Mrs. Choi duduk di sebelah suaminya yang sedang membaca newspaper seperti biasa.

“Jinri sudah bangun?” Mr. Choi bertanya isterinya sambil melipat newspaper yang dibaca tadi dan diletakkan di sisi meja makan.

“sudah, sekejap lagi turunlah dia.” Mrs. Choi menuangkan air kopi ke dalam cawan suaminya. Air kegemaran suaminya sebelum memulakan satu lagi hari yang sudah tentunya memenatkan. Tidak sampai setengah jam Jinri sudahpun siap memakai lengkap seragam sekolahnya. Sebelum keluar Jinri mengambil beg di atas meja yang terletak di sisi pintu. Terdengar tawa ommanya, mendengarkan itu pasti appanya belum pergi ke pejabat lagi.

“Good morning, Mr. And Mrs. Choi” sakat Jinri sebelum mencium pipi kedua appa dan ommanya. Jinri mengambil tempatnya berhadapan dengan ommanya sedangkan appanya pula duduk di kepala meja. Meja itu cukup luas untuk diduduki oleh sembilan orang tapi hanya diduduki oleh tiga orang sahaja, memandangkan Jinri adalah satu-satunya anak daripada Mr. dan Mrs. Choi.

“Morning Miss Choi, my little star.” Balas Mr.Choi, saja melayan kerenah anaknya. Senang hatinya saat melihat senyuman ceria terukir di bibir gadis itu. Dirinya senang saat dapat duduk berkumpul bersama-sama seperti ini bersama isteri dan anaknya. Dirinya tahu dia jarang berada di rumah disebabkan kesibukannya juga isterinya yang sedang berjinak-jinak dengan dunia fashion.

Jinri memasuki kereta hyundai hitam yang disediakan untuknya bersama pemandu dan seorang bodyguard oleh appanya, katanya mudah untuk Jinri bergerak ke mana-mana dan lebih selamat daripada berseorangan. Jinri tidak kisah kerana dirinya tahu appanya bimbang dengan keselamatannya, lagi-lagi dengan wartawan yang sentiasa mengekori dirinya yang membuatkan Jinri lagi tidak kisah kerana bodyguard dan pemandunya handsome dan masih muda. Jinri tersengih mengingatkan gelagat Krystal, kawan baiknya saat melihat bodyguard dan pemandunya pertama kalinya semasa kedua lelaki tampan itu menghantarnya ke sekolah.

“aish, gadis itu memang tidak boleh melihat lelaki handsome pasti semua dia mahu.” Getusnya pelahan. Tertanya-tanya apa Krystal dan tiga lagi kawannya sudah sampai menunggunya di hadapan sekolah. Selalunya ke empat-empat gadis itu akan menunggunya di hadapan sekolah sebelum dirinya sampai kerana mahu membantunya masuk ke sekolah tanpa perlu berurusan dengan wartawan yang tidak pernah penat menunggunya di hadapan sekolahnya sendiri. Jinri sangat bersyukur kerana kawan-kawannya selalu membantunya ketika susah terutama ketika dirinya dikejar oleh wartawan-wartawan yang sentiasa dahagakan cerita tentangnya, appanya dan juga ommanya.

“Ya, Miss cakap sesuatu tadi.” Bodyguard Jinri, Donghae bertanya ketika mendengar anak majikannya berbicara tetapi tidak cukup jelas untuk dirinya menangkap butir-butir bicara itu.

“ahh, ani. Jinri hanya cakap sendiri.” Balas Jinri sambil memberi senyuman kepada lelaki tampan itu. Donghae hanya mengangguk sambil memandang ke arah Eunhyuk yang sedang fokus memandu sebelum memalingkan kembali pandangannya ke hadapan.

“Miss, kita dah sampai.” Ujar Eunhyuk setelah hampir 10 minit tidak berbicara. Donghae membukakan pintu untuk anak majikannya.

“alright, thank you oppa, see you later” Jinri tersenyum pada mereka lalu keluar dari kereta. Saat mengijakkan kaki Jinri mengeluh melihat ke arah wartawan yang sudah siap sedia menyerbunya. Dengan dibantu oleh Donghae oppa dan ke empat kawannya,

Jinri dapat memasuki perkarangan sekolah dengan mudah. Jinri melihat ke arah Donghae oppa yang sudahpun memasuki kereta kembali.

“Arhh.” Jinri segera memandang ke hadapan kembali saat merasa dirinya berlanggar sesuatu atau lebih tetap ‘seseorang’.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jinrifx #1
Chapter 1: How about writing it in English? I want to read but I can't understand or read. Sesul is my favorite couple. It's okay if you can't. Just suggesting :)