Two—

Love You, Valentine!
Please Subscribe to read the full chapter

 

[CONTENTID1] ♥ [/CONTENTID1]

 

[CONTENTID2] "Wah....Cantiknya." Jisoo terpegun melihat percikan bunga api yang berwarna-warni itu menghiasi langit pada waktu malam. Vernon yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan gelagat Jisoo sambil tangannya ligat mengambil gambar pemandangan di sekelilingnya.

 

Cantik.

 

Tanpa disedari Jisoo, Vernon mengambil gambarnya secara senyap-senyap. Vernon tersenyum.

 

"Tulah, lain kali bila aku ajak pergi sini, ikutlah. Asyik terperuk kat dalam rumah tu dah kenapa?" Vernon mula membebel. Jisoo berpura-pura tidak dengar.

 

"Hah, tengok tu. Mula buat perangai yang minta kaki ni sampai dekat muka." Vernon menghentak-hentakkan kakinya tanda geram.

 

"Ish...Yelah, yelah. Lain kali aku temankan kau pergi sini. Dah, jangan membebel. Aku haus ni." Jisoo tersenyum kambing. "Vernon....tolong? Susu pisang dengan tteobokki satu." 

 

Vernon menjeling Jisoo. "Yelah, yelah. Ha, kau tunggu sini kejap. Aku pergi beli." Vernon mula melangkah pergi, mencari makanan dan minuman yang dikehendaki.

 

 

"Byun Baekhyun. Kau pasti ke Vernon tunggu dekat sini?" Sehun menjeling Baekhyun. Dia membetulkan beanienya yang senget. 

 

"Aku pasti. Dia sendiri yang beritahu." Baekhyun melihat jam di tangannya. "Dia kata tunggu saja dekat sini. Jomlah, tengok dekat situ lagi jelas." Ujar Baekhyun lalu menarik tangan Sehun ke tempat duduk yang berdekatan dengan Jisoo. 

 

"Eh, Sehun. Aku pergi cari Vernon tau." Ujar Baekhyun sambil membetulkan tali kasutnya. "Ha, okay. Belikan makanan sekali." Sehun menghulurkan wang kepada Baekhyun. "Okay." Baekhyun berlari meninggalkan Sehun.

 

"Eh? Siapa ni?" Sehun bermonolog di dalam hati. Ditatapnya wajah Jisoo yang sedang tersenyum girang melihat percikan bunga api yang berwarna-warni.

 

Seperti terasa dirinya diperhatikan, Jisoo menoleh. Kelihatan Sehun sedang memerhatinya. Dia tersenyum. Sehun yang agak kekok dengan situasi itu segera mengalihkan pandangannya. "Dia....senyum dekat aku ke?"

 

Sehun menoleh sekali lagi. "Eh? Dah hilang? Hantu ke bunian tu..." ujar Sehun selepas perempuan tadi hilang dari pandangannya.

 

"Hai. Cari siapa tu?" Sehun menoleh.

 

"Ah!" Sehun terkejut. "Fuish, kau rupanya. Ingatkan hantu tadi." Kelihatan Jisoo sedang tersenyum disebelahnya. 

 

"Cari aku ke? Dari tadi aku perasan kau curi pandang aku." Tangannya disilangkan.

 

"Mana ada. Kau ni perasan gila." Sehun tersenyum sinis. "Tak kesahlah. Aku Jisoo. Seo Jisoo." Jisoo menghulurkan tangan untuk bersalaman. 

 

"Aku Sehun. Oh Sehun." balas Sehun, dingin.

 

"Datang sini sorang-sorang ke?" Tanya Jisoo. Beanie yang dipakainya ditanggalkan.

 

"Taklah, aku datang dengan kawan. Kau?" Sehun tersenyum. "Aku pun. Tapi dia tengah belikan air." Jisoo mengeluarkan telefon pintarnya lalu mengambil gambar bunga api. 

 

"Cantik, kan?" Ujar Jisoo. Sehun mengangguk.

 

"Amboi, berdating ke?" 

 

Jisoo dan Sehun menoleh. "Oh, Sehun. Dah lama tak jumpa kau." Vernon menghampiri Jisoo.

 

"Ni teman wanita kau ke?" Sehun mengangkat keningnya. 

 

"Haah, maaf lah sebab tak-" Vernon dipukul Jisoo. "Ape kau ni..." Jisoo mendengus.

 

"Ala....Jangan marah. Takl

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
thelucidream
#1
Chapter 6: Oh my, sedih jugak bila vernon mati (even sebelum ni tak ship dia ngan jisoo). Tapi yeah... macam org kata, bila dah tak de, baru sibuk nak cari. My fragile heart tak boleh terima semua ni tau! TTATT
At least, perasaan Sehun pada Jisoo masih tetap sama, walaupun pada mulanya dia mesti rasa serba salah jugak sebab dia dan Vernon suka pada orang yg sama. But yeah! ending dia okay apa? I'm smiling like a fool xD
thelucidream
#2
Chapter 3: Oh my~ I can't hide my feeling rn! *screams* Seriously, you need to update another chapter soon! Sekarang kalau boleh tulis pun... pleaselah tulis cepat2 xD kekekee
thelucidream
#3
Omaigad! Hahahhaha couple yang menjadi kegemaran saya nowadays >< I'm anticipating for the update! Hwaiting! C: