♥ One

Love You, Valentine!
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

[CONTENTID1] ❤ [/CONTENTID1]

 

 

[CONTENTID2] "Woi, Jisoo. Macam mana dengan Hari Kekasih tahun ni?" Vernon menyergah Jisoo dengan kuat sehingga susu strawberi yang diminumnya tersembur tepat ke muka Vernon.

 

"Jisoo! Kotor lah baju aku! Huwaaaaa!!" Vernon berpura-pura menangis. Bajunya yang tadi putih berseri seperti dicuci dengan sabun Top (Top memang berkesan! xD) sekarang diwarnai dengan warna merah jambu hasil daripada susu strawberi yang segar dari mulut Jisoo.

 

"Ala, maaflah. Siapa suruh sergah aku? Lepastu nak merepek pasal Hari Kekasih pula. Terima sajalah susu strawberi tu." Jisoo menyambung kembali sedutannya yang terhenti. Dijeling juga Vernon yang sudah basah lencun di hadapannya.

 

"Tak apa kau, Jisoo. Lepas aku pergi tandas, aku cari kau sampai ke lubang cacing sekalipun." Vernon segera berjalan namun langkahnya dipercepatkan kerana ramai gadis yang meminatinya sedang memerhatikan siapakah gerangan jejaka yang sudah lencun dengan susu ini. Kalau susu biasa boleh tahan lagi, tapi ini strawberi. 

 

Keadaan kembali sunyi apabila bayang Vernon sudah tidak lagi kelihatan.

 

"Hari.....Kekasih?"

 

 

 

Flashback 3 tahun sebelum itu...

 

 

"Hmm...Mana pula perginya Myungsoo ni? Tadi kata suruh tunggu dekat sini pukul 5, sekarang dah pukul 6:30 petang." Jisoo mula membebel. Matanya asyik melirik jarum jam di tangannya. Detik demi detik berlalu namun tiada tanda-tanda kehadiran Myungsoo.

 

Jisoo mengeluh. Kotak kecil yang berbungkus kertas hijau berjalur merah itu ditatapnya. "Mungkin Myungsoo dah lupa. Tak apalah, Jisoo. Lupakan sajalah." Jisoo mula mengambil keputusan untuk berlalu pergi dari situ.

 

"Jisoo...Seo Jisoo!" 

 

Langkah Jisoo terhenti. Dia segera menoleh ke arah suara itu.

 

"Myungsoo?" Jisoo tersenyum. "Ingatkan awak dah terlupa tadi."

 

"Maafkan saya sebab terlewat. Ada hal tadi." Myungsoo masih dengan muka dinginnya walaupun meminta maaf.

 

"Oh...Tak apalah. Nah, hadiah sempena Hari Kekasih. Terima

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
thelucidream
#1
Chapter 6: Oh my, sedih jugak bila vernon mati (even sebelum ni tak ship dia ngan jisoo). Tapi yeah... macam org kata, bila dah tak de, baru sibuk nak cari. My fragile heart tak boleh terima semua ni tau! TTATT
At least, perasaan Sehun pada Jisoo masih tetap sama, walaupun pada mulanya dia mesti rasa serba salah jugak sebab dia dan Vernon suka pada orang yg sama. But yeah! ending dia okay apa? I'm smiling like a fool xD
thelucidream
#2
Chapter 3: Oh my~ I can't hide my feeling rn! *screams* Seriously, you need to update another chapter soon! Sekarang kalau boleh tulis pun... pleaselah tulis cepat2 xD kekekee
thelucidream
#3
Omaigad! Hahahhaha couple yang menjadi kegemaran saya nowadays >< I'm anticipating for the update! Hwaiting! C: