Second

Aku Sayanggg Kau!
Please Subscribe to read the full chapter

“Hyejin, Hyejin!” panggil Taehyung. Aku yang sedang menghadap laptop itu segera berpaling. Kelihatan jejaka itu sedang berlari kearahku sambil menggalas sebuah beg. Dia termengah-mengah.

“Apahal? Kau kena kejar dihantu ke?” soalku apabila dia tiba dihadapanku. Dia mengangkat tangannya sebagai tanda ‘kejap’ aku diam. Aku memandangnya. Selepas beberapa ketika dia tersenyum. “Apa senyum-senyum?” soalku lagi.

“Thanks tau! Aku sayanggg kau! Thanks sesangat,” ucapnya. Aku memandangnya. Apasal pulak mamat ni? Aku buat apa sampai dia happy gila ni?

“Kau pehal?” tanyaku.

“Hyona! Dia.. mmm dia sudi jadi girlfriend aku,”ujarnya dengan perasaan yang begitu teruja. Aku memandangnya. Aku menarik nafas. Okaylah tu kan..

“Baguslah tu, akhirnya!” ujarku sambil ketawa.

Kim Taehyung memandangku. “Kau macam tak happy je,” wait, lakonan aku nampak fake ke? Haishh.

“Eee. Aku bukannya tak happy, kau nampak tak assignment aku yang bertimbun ni nak disiapkan?” soalku sambil menunjukkan Kim Taehyung laptopku.

Kim Taehyung tersengih. “Ohh yeke, aku ingatkan kau tak suka tadi,” ujarnya. “Weh, jom..” aku memandang wajah milik alien.

“Pergi mana?” soalku.

“Emmm pergi satu tempat yang special nak?” dia mengangkat sebelah keningnya. Aku memandangnya dengan wajah yang ingin tahu. “Alah! Kau takyahlah pandang aku macam tu, kau ikut eh? Aaapeliss” rayunya.

Aku berfikir sejenak. Nak ke tak nak.. nak ke tak nak.. “Nak buat apa pergi tempat tu?”

“Ish adalah! Kau ikut je eh..” dia menarik tanganku.

“Kalau ye pun nak suruh aku ikut, sabarlah! Aku nak kemas beg aku dulu,” aku menarik tanganku dari tangannya. Si Alien tersengih.

“Yelah. Cepat tau!” aku mengangguk.

Aku hanya mengikut Taehyung ke tempat ‘special’ yang disebut olehnya. Sebuah tasik? Aku hanya berdiam diri. Rambutku yang melepasi paras bahu itu diikat kuda. Rimas. “Kau ingat tak tempat ni?” soal Si Alien. Aku memandang sekeliling. Aku menggeleng. “Serious kau tak ingat???” dia berkata dengan nada suara yang sedikit meninggi. Terkejut barangkali. Aku tersengih.

“Ala, alien, kau pun tahu kan aku ni pelupa, hah cepatla ni tempat apa?”soalku sambil tersengih-sengih. V menepuk dahi. Mulutnya pula dimuncungkan. Alaaa comel aje.

Air mukanya tampak kelat. “Rupanya aku ajelah yang ingat semua ni? Emm..” aku dapat melihat wajah rajuknya. Segera aku meminta maaf.

 “Tempat pertama kali kita jadi kawan?” tekaku. Harap tepatlah tekaanku.

“Kau ingat?” soalnya. “Ye, ni tempat kau dan aku mula-mula kenal. 17 tahun yang lalu masa kau dan aku berumur 5 tahun..” ujar V. Dia bagaikan cuba untuk menerjah kelaluan lampau.

“Ak..aku ingat..” gumamku. Kini aku sudah ingat akan tempat ini. Tempat dimana kami bergaduh sebelum kami menjadi sahabat seperti sekarang.

17 tahun yang lalu.

Harabeoji Hyejin, Tok Oh membawa Hyejin bersiar-siar ke sebuah tasik di Busan. Hari ni hari pertama Hyejin akan duduk bersama atok dan neneknya. Hyejin tersenyum manja. “Harabeoji, kite nak buat apa kat sini?” soal Hyejin. Tok Oh yang sedang memegang erat tangan si kecil itu melepaskannya sebelum tersengih.

“Kita pergi jalan-jalanlah, Hyejin tak bosan kah duduk dirumah?” soal atok tua itu. Hyejin terangguk-angguk. “Hyejin, nak aiskrim tak? Harabeoji belikan..” si kecil itu tersengih dan mengangguk.

“Yeay! Harabeoji beli kita aiskrim. Yeay!” Tok Oh memberikan aiskrim berperisa coklat tersebut kepada Hyejin. Hyejin gembira bukan kepalang. Namun gembiranya hanya sekejap kerana aiskrimnya dilanggar seorang budak lelaki. “Kenapa awak jatuhkan aiskrim kita?” Hyejin menangis semahu-mahunya.

Budak lelaki dihadapannya hanya memandang Hyejin kosong. Sungguh dia tidak berniat langsung mahu menjatuhkan aiskrim budak kecil bertoncang dua ini.

“Harabeoji. Dia jatuhkan aiskrim kita!” Hyejin masih lagi menangis.

Melihat sahaja atok kepada gadis itu, budak lelaki tersebut cepat-cepat bersuara. “Tak! Bukan kita! Kita cuma lari aje. Dia yang makan pastu tak tengok kita!” ujar budak lelaki itu. Terdapat bunyi serak disuaranya. Matanya pula sudahpun berair.

“Takpelah Hyejin, Harabeoji belikan yang lain ye,” ujar Tok Oh. “Kamu,” panggil Tok Oh kepada anak kecil yang begitu comel itu. Budak itu menagis secara tiba-tiba.

“Kita tak buat tok! Betul!” ujarnya. Betul-betul menegakkan kebenarannya. Dia terus menangis. Tok Oh menggelengkan kepalanya. Niatnya hanya ingin bertanya sama ada anak kecil itu turut mahukan aiskrim atau tidak.  Dia mendekati anak kecil yang sedang menangis. Hyejin pula telah berhenti menangis sebaliknya mengintai budak lelaki yang sedang menangis itu dibelakang Tok Oh.

“Kenapa menangis? Siapa nama kamu?” soal Tok Oh. Budak lelaki itu menggosok-gosokkan matanya dan masih lagi didalam sendunya. Namun dia masih menjawab soalan atuk tua tersebut.

“Taetae,” ujarnya.

“Taetae? Nama penuh?’

“Kim Taehyung,”

“Ohh Kim Taehyung.. okay, Taehyung.. atok tak marah pun lah, atuk nak tanya, kamu nak tak aiskrim?” soal Atok Oh.

Taehyung memandang Tok Oh. “Atuk tak marah?” soalnya dengan suara yang masih kecil. Tok Oh mengangguk. “Nak!!” ujar Kim Taehyung dengan senyuman.

“Dah sekarang, Hyejin dengan Taehyung berbaik semula arraseo?” mereka berdua mengangguk kecil dan bermula dari situlah mereka menjadi sahabat sehingga sekarang.

“Cengeng ah kau! Lelaki tapi menangis, padahal atuk aku nak tanya aje,” ujar aku sambil ketawa. Taehyung turut ketawa.

“Eh, kau tahu tak masa tu, fuhh tuhan je yang tahu macam mana perasaan aku! Berdebar kut. Kau pulak masa tu comel aje!” balas Taehyung dengan baki sisa tawa.

“Sekarang pun aku still comel kan? Hahaha!”

“Sekarang?? Hmmmm.. tak tahulah aku nak cakap apa weh.. comel lah kut seposen karat!” ujar Taehyung. E

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exol_kkaebsong #1
Chapter 3: dah 2 kali baca ff ni. and dua kali jugak la sebak time baca. apa apa pun, ff ni memang daebak
Ifahzira
#2
Chapter 3: Oh, so sweet endingnya...
Helovemenot #3
Chapter 3: hye pembaca sekalian.. sorry kalau berbelit but im trying my best. enjoying bace ye!
Coco_Cherry #4
Chapter 2: Omg omg ape kne dgn Taetae nih asal dye marah Hyejin pulak ?! Waaaaaa~ ㅠ_ㅠ
Update soon eyh awakk , naa thu ape jdy kt Hyejin tpy jgn kasi dye mati taw! waaaaa~
okay tata~ XD
haninad
#5
Chapter 2: TT,TT siapa pulak yg sukahati dia buat hyejin camtu ?? TT,TT keep update authornim