First

Aku Sayanggg Kau!
Please Subscribe to read the full chapter

Ku berjalan mengiringi air laut yang dingin dan menyenangkan itu. Ombak pula menghempas pantai dengan lembut cukup membuatkan aku berasa senang. Langkahku diikuti dengan seorang jejaka. Aku berhenti ditepian dan mengambil tempat untuk duduk. Sang jejaka masih lagi berdiri disebelahku. Aku mendongak memandangnya. “Aku memang tak boleh berjanji tentang hal itu,” ujarku. Aku mendengar si dia mengeluh lantas aku kembali memandang pantai.

“Kau kata kau kawan aku, tapi kenapa kau tak boleh tolong aku, please.. kau aje harapan aku kini,” ujarnya membuatkan aku berasa tidak senang. Setiap butir perkataan yang timbul dari mulutnya membuatkan aku berasa ingin ‘blah’ sahaja dari sini. Aku kembali berdiri. Menatap wajahnya semahu-mahunya.

“Bukanya aku tak nak tolong cuma permintaan kau tu ‘overdose’ faham tak?” suaraku sedikit meninggi. Dia mengeluh sebelum meraupkan wajahnya. “Satu lagi.. tak ada orang lain ke kau nak mintak tolong?”soalku.

Sekali lagi keluhan terbit dari bibirnya. “Kan aku dah cakap, hanya kau aje yang boleh tolong aku, kau je.. please. Hyejin please. Kau je harapan aku sekarang,”

“Tengoklah macam mana, aku tak janji. Tapi! Tapi kalau dia tolak salam perkenalan kau tu, aku non-idealah, jangan pulak kau suruh aku pergi bunuh kau sebab dah menunggeng,” balasku. Serta merta wajahnya bertukar dan senyuman yang menggantikan wajah kusutnya. Sememangnya dia ni first time jatuh cinta kut sebab tu lah jadi macam ni.

“Betul ni kau tolong aku? Betul ni?” soalnya berkali-kali sambil terlompat-lompat sebelum memelukku membuatkan aku tergamam. Aku sedikit memprotes.

“Eeei kau ni kan! Lepaslah! Kau peluk aku sekali lagi, aku tarik balik apa yang aku cakap kan,” aku sedikit melenting.

“Okay, okay! Aku tak buat dah! Thank you Hyejin! Aku sayanggg kau!” ucapnya lagi. Aku hanya tersenyum.

Aku memandang wajah Kim Taehyung yang masih lagi tersenyum. Aku masih ingat lagi dia ni memang ada banyak nama antaranya V ataupun alien. Aku je yang panggil dia alien sebab aku rasa perangai dia macam alien kut. Kadang-kadang aku panggillah dia ‘V’ tetapi lebih banyak aku penggil dia alien.

Aku dengan dia ni dah berkawan hampir 17 tahun, sejak umur aku 5 tahun lagi dan kami adalah sebaya jadi tak hairanlah kalau dia rapat gila dengan aku. Sekarang umur kitaorang dah pun 21 dan yang paling tak logiknya cerita aku ni kitaorang satu kolej. Kauorang boleh bayang tak? Asal nak balik kampung akan nampak muka dia, asal nak lepak akan nampak muka dia, asal nak pergi kenduri jiran-jiran nampak muka dia, asal nak belajar pun nampak muka dia. Aku ni... fuh tak payah cakaplah nyaris-nyaris aje aku muntah sebab hari-hari nampak dia tapi..

Tapi hanya kerana satu perasaan kecil yang hadir dalam diriku buatnya membuatkan aku senang berada disisinya. Aku tak tahulah. Adakah aku menyukai Kim Taehyung si alien ni? Aku dah cuba dah pun buang perasaan aku ni sebab aku tahu yang Taehyung ni cuma anggap aku as sahabat baik aje dan tak lebih dari tu. Tapi macam tulah, perasaan mana boleh buang sesuka hati. Taehyung pun dah rapat dengan aku tu pun adalah satu bonus.

PAPP!

Aku terhenti dari lamunan aku a.k.a menatap wajah Taehyung. “Kau berangan apa? Ada apa dekat muka aku sampai kau tatap wajah aku dengan penuh perasaan. Aku tahulah aku ni hensem,” ujarnya membuatkan aku mencebik.

“Eh,eh.. kau? Hensem? Hahaha.. kalau ada kau dengan bangla stesen minyak tu aku lebih rela cakap bangla tu yang hensem berbanding kau,” usikku.

“Wow! Taste kau bangla,bangla isi minyak eh?? Waaa! Kau nak suruh aku recommend kau tak?? Aku boleh tolong?” ujarnya membuatkan aku rasa nak cekik aje si mamat tak guna ni.

“Suka hati akulah taste aku bangla ke nepal ke.. kpop idol ke.. bukan masalah kau tahu tak..” ujarku membuatkan si alien ini mula ketawa terbahak-bahak. Apa yang lawak sangat pun aku tak tahu.

Si alien berhenti ketawa. “Aku gurau ajelah, dah kau memang nak duduk kat sini je ke? Ke nak balik dah?” soal Taehyung. Eleh... sengaja ah tu perli aku sebab si V ni dah ada kereta baru, kereta jenis Porshe tak silap. Aku ni? Haramm.. lesen pun tak ada. Bukannya tak ada duit tapi malaslah.. aku ni penakut sikit.

“Eee kau ni kan alien! Perli aku kan?? Erhh! Nak balik lah,” marahku.

“Eh.. aku gurau aje.. red flag eh?” soalnya membuatkan aku rasa nak sepak-sepak aje mamat muka ala-ala korea jepun china ni. “Ala, marahlah tu.. aku gurau ajelah Hyejin. Dahlah jom balik, nanti mak kau marahkan aku pulak sebab bawak anak dara sorang ni jalan-jalan tak ingat dunia,” ujarnya lagi.

Aku menjeling Kim Taehyung. “Aku tak marah pun lah, dahlah.. jom balik. Karang mak aku bising pulak. Kan kalau dia suruh kau khawin dengan aku kan naya pulak kau,” sendaku membuatkan Taehyung ketawa sebelum tersenyum.

“Ala, apa salahnya kalau kau khawin dengan aku pun? Kau pun lawa ape..” ujarnya membuatkan aku tersentak. Aku tahu itu hanyalah satu gurauan.

“Hahaha, tak lawak lah. Dahlah jom,” ajakku. Aku menarik tangannya dan dia ketawa. Ketawanya itulah yang mencuri hatiku selamani.

“Shin Hyona!” panggilku. Gadis yang berambut beralun itu segera berpaling. Dia tersenyum. Aku mendekati gadis kacukan Korea-US ini. Kalau nak bandingkan aku dengan dia memang fuhh langit dengan bumilah jauhnya.

“Eh, Hyejin.. ada apa?” soalnya. Aku tersenyum.

“Saya ada sesuatu yang nak cakap. Mungkin pada awak ni tak penting tapi ni adalah amanat seseorang so saya kena jugak beritahu awak,” ujarku. “Do you have a space of time?” tanyaku, iyalah manalah tahu dia ada hal kan.

Hyona mengangguk. “Apa dia? Macam serius aje. Beritahulah,”

Aku menarik nafas. “Jom duduk kat sana dulu,” ajakku. Disebalik tiang aku tahu yang si alien tak guna tu tengah mengintip kami. “Okay macam ni, saya ni nak bercakap pun yelah, serba salah sebenarnya, okay.. awak kenal kan Kim Taehyung?” soalku.

Hyojin memandangku. “Kim Taehyung? Oh V ke?” soal gadis kacukan itu.Aku mengangguk “Kenapa dengan dia?”tanya gadis cantik itu lagi.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exol_kkaebsong #1
Chapter 3: dah 2 kali baca ff ni. and dua kali jugak la sebak time baca. apa apa pun, ff ni memang daebak
Ifahzira
#2
Chapter 3: Oh, so sweet endingnya...
Helovemenot #3
Chapter 3: hye pembaca sekalian.. sorry kalau berbelit but im trying my best. enjoying bace ye!
Coco_Cherry #4
Chapter 2: Omg omg ape kne dgn Taetae nih asal dye marah Hyejin pulak ?! Waaaaaa~ ㅠ_ㅠ
Update soon eyh awakk , naa thu ape jdy kt Hyejin tpy jgn kasi dye mati taw! waaaaa~
okay tata~ XD
haninad
#5
Chapter 2: TT,TT siapa pulak yg sukahati dia buat hyejin camtu ?? TT,TT keep update authornim