K E T I G A

Cinderella Dan Si Bongkok
Please Subscribe to read the full chapter

     Malam itu, dengan langkah yang ringan Putera Feadyn menuju ke bilik menjahit yang terletak berhampiran dengan ruangan masak istana. Sempat juga dia memandang sekeliling supaya tiada sesiapa yang melihatnya.

Segera Putera Feadyn mengeluarkan pemetik api lalu menghidupkan obor-obor yang dibuat sendiri. Api pada obor-obor itu membara dengan sangat besar sehingga menjadikan tempat itu terang benderang.

Aduhai, terang sangat pula! Bisik hati kecilnya. Tiba-tiba dia dapat merasakan kelibat sesuatu berhampiran dengannya, lantas memalingkan kepalanya. Satu kelibat wanita berada dihadapannya.

“Tuan Putera?” Kata suara itu. Rupanya seorang Dayang yang menyapanya.

“Kamu. Terkejut patik dibuatnya.” Putera Feadyn menghela nafas lega.

“Ampunkan patik, Tuan Putera. Patik tidak berniat untuk melalukan sebegitu.” Dayang itu menjadi serba salah dengan tindakannya.

“Apa yang kamu buat disini?” Putera Feadyn bertanya. Dia tidak mahu sesiapa melihat rancangannya.

“Patik diarah ketua Dayang untuk mengambil barang dibilik jahit ini, Tuan Putera.” Jawab Dayang itu. Putera Feadyn mengangguk.

“Sudah, ambilah barang itu dan kamu boleh pergi.” Lalu bersegeralah Dayang itu bergerak mengambil sebuah kotak lalu kembali semula menghadap Putera Feadyn.

“Patik pergi dulu, Tuan Putera.” Dayang itu menunduk sedikit sebelum meminta diri.

“Nanti dulu! Jangan kamu khabarkan kepada Ketua Dayang atau adinda Puteri Searyn atau sesiapa pun bahawa kamu terserempak dengan Patik disini. Adakah kamu mengerti maksud Patik ?” Tegas Putera Feadyn. Sungguh dia sangat khawatir kalau dirinya ketahuan.

“Menjunjung perintah, Tuan Putera.” Ujar Dayang itu lalu keluar dari bilik itu. Setibanya diluar, Dayang itu memandang semula pintu bilik jahit itu.

Apa yang Tuan Putera ingin lakukan dibilik itu agaknya? Aduh, sudah larut malam, masih kacak bergaya Tuan Putera Feadyn ini.

“Daryla!” Suara Lantang Qourisza itu memecah kesunyian rumah itu. Burung-burung yang tadinya sedang bertenggek malah berterbangan. Apatah lagi Daryla. Dia yang terlelap sebentar sesudah kepenatan memcuci pakaian tadi, terus terjaga. Agak kelam kabut Daryla berdiri sebelum ibu saudaranya itu dapat mencari keberadaannya.

“Saya disini, makcik.” Daryla menyahut dengan segera. Daryla berpura-pura mengemas kotak-kotak yang tidak bersepah itu.

“Apa yang kau sedang lalukan ini?” Wajah Qourisza yang bengis itu menambah ketakutan dalam diri Daryla.

“Saya sedang mengemas kotak-kotak ini, makcik. Tadi ada…” Belum sempat Daryla menghabiskan kata-katanya, Qourisza memotong.

“Ah! Aku tidak mahu dengar suaramu yang jengkel itu. Ini wang! Aku ada kerja, Aku mahu kau pergi ke pasar dan beli bahan dapur selama tiga hari. Ingat! Hanya satu jam saja waktu yang aku berikan untuk kau berada diluar” Perintah Qourisza. Sebelum ini, Qourisza sangat tidak suka apabila Daryla bercampur dengan orang Pekan Yodigas kerana kebanyakan mereka mengenali keluarga Daryla.

Daryla senyum lalu menghulur tangannya untuk menyambut wang dari tangan ibu saudaranya itu nam

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
MENGALAMI WRITER BLOCK! BAGITAHU SAYA KALAU ADA YANG MASIH NAK BACA CERITA NI XD

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 7: aduyai...putera feadyn ni buat hal le pulakkk..saya masih nak baca cerita ni!!!mohon tuan hamba menyambung cerita ini...hwaiting!!
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 4: kesian Daryla....apalah nasibmu...T_T
Veckoe ada hati ngan Puteri Searyn....uuuuu...tapi takpe kandanya sudah mengizinkan..cewahhhh
good job authornim....cerita ni mmg ada aura klasik dan sya sukaaaaa sangaattttt...
//thumbs up//
kuchens
#3
Chapter 4: Duhai si pengarang, hamba ingin bertanya. Bagaimanakah tuan hamba mendapat idea untuk nama-nama watak? Kerna hamba menyukainya haha chewah xP
kuchens
#4
Chapter 3: Woah, saya suka cara dialog watak-watak ditulis haha. dapat feels klasik. Keep it up! Hwaiting ^^
Lawo lah cover tu xP
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: wuhuuuu....bestnya chapter ni...sakit pulak hati tgk Qourisza tu....
fighting authornim! teruskan usaha!
nanadjiyongie_01
#6
i'm looking forward for this one shot.......fighting!