manusia

Portrait
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]manusia[/CONTENTID1]

 

[CONTENTID2]

 

Perasaan aneh termeterai di segenap tubuh Sandara pada saat bibirnya dikucup jejaka misteri tadi. Segalanya berlaku terlalu cepat; fikiran Sandara gagal mencerna setiap kejadian yang menimpanya.

 

'A-Aku ingat dia.' Di dalam samar-samar, suara hati Sandara membisik. Matanya dipejam lalu dibuka semula, berkali-kali. Dan di sepanjang masa, jejaka tadi asyik merenungnya dengan pandangan tajam.

 

Dituai rasa kurang selesa, Sandara secara spontan menjarakkan diri dari jejaka berambut kemerah-merahan itu.

 

Dahi Jiyong berkerut hendak mencuba menembusi pemikiran Sandara yang ternyata lut terhadap teknik membaca mindanya. Wanita itu bukan saja kelihatan tidak terusik dengan ciumannya tadi, malah renung tajam matanya ibarat anak panah yang mampu menembusi apa saja. Sungguh pun begitu, jauh di dalam lubuk hati, Jiyong berasa sedikit terhibur. 

 

"Dah puas tengok? Ke...kau nak lagi?" Senyuman nakal bermain di hujung bibir jejaka tersebut malah dengan sengaja dia melangkah setapak mendekati Sandara. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Sambil itu, dia memuncungkan bibir seraya mendekatkan wajah ke arah Sandara.

 

'Huh? Apa yang berlaku tadi?' Sandara mula bermonolog sendiri di dalam hati. Kepala ditoleh ke arah kedai serbaneka di belakang. Matanya tidak terkebil-kebil menyaksikan kekecohan yang berlaku akibat cermin kedai tersebut pecah begitu saja sebentar tadi.

 

Seraya menekup mulutnya, air mata pun mulai bertakung di tepian kelopak matanya. Kepalanya diserang pelbagai ancaman dari dalam dirinya. Bingung sendiri, dia hampir hilang kestabilan tubuhnya sehingga lah tangan milik Jiyong melingkari pinggangnya.

 

Perhatian Jiyong bertumpu sepenuhnya terhadap gadis di sebelahnya kini. Bebola mata Sandara yang berkaca-kaca itu membenihkan rasa kurang senang di dalam hatinya. Itu juga lah sebabnya mengapa dia melakukan ciuman kepada Sandara seketika tadi.

 

"B-Bukan aku..." suara kecil Sandara kedengaran jelas meskipun gadis itu tidak berniat untuk meluahkannya. "Bukan aku yang lakukannya..." Sandara menyebut laju perkataan tersebut dengan sekali hembusan nafas. Wajahnya dihadapkan ke arah Jiyong, seolah-olah mahu mencari kepastian daripada wajah jejaka tersebut.

 

Tanpa berfikir panjang, Sandara menyentuh kedua belah pipi Jiyong. Pandangan mata mereka berpaut buat beberapa saat. Lalu Sandara bersuara lagi, "A-Aku cuma t-tak nak m-melupa-melupakan o-orang t-tu..." Sebutir air mata mengalir perlahan menerjah pipi Sandara. "M-Minho...s-satu-satunya k-kawan a-aku," Sandara menyebut setiap perkataan dengan esakan dari dalam.

 

"Beritahu aku," Jiyong menapak satu langkah ke belakang, secara tidak langsung menceraikan sentuhan tangan Sandara daripada wajahnya. Menghembus nafas dalam, Jiyong meneruskan, "Apa yang kau nak?" Sinar anak matanya ibarat bulan purnama; mempersonakan, hinggakan Sandara sendiri terpinga-pinga mahu membalas.

 

"Sandara Park, ini bukan kali pertama dan tentu sekali bukan yang terakhir kau memusnahkan hidup seseorang."

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet