aftermath

Portrait
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]aftermath.[/CONTENTID1]

 

[CONTENTID2]

 

"Jiyonggg!"

 

 

Virus Halilintar menusuk ke segelinap tubuh One. Bebola matanya berpecah warna. Kesakitan berganda, membiak di setiap detik masa. Seolah-olah setiap zarah di dalam badannya meliar dan menyerang sistem pertahanan sendiri.

 

 

"One!" Saat yang berikut, Jiyeon telah berada di samping One. Tanpa membuang masa, dia memejamkan mata. Rambut pendeknya tadi bertunas lalu mencecah ke lantai. Dengan sebuah buku besar terapung di udara hadapannya, mulut Jiyeon berkumat-kumit membacakan sesuatu.

 

 

"Kwon Jiyonggg!" Jeritan garau One menggegarkan seluruh rumah agam tersebut. Taring giginya tumbuh sekaligus. One berubah bentuk tanpa melalui proses yang biasa dilalui oleh puak mereka.

 

 

"One! Jiyeon!" Elsie memecut mendapatkan saudaranya. Dalam sesaat, dia dengan mudah berjaya menyeru sebuah tongkat bebola merah di tangannya. Pandangan matanya tertancap ke arah sebuah portal lutsinar yang menghubungkan alam mereka dan manusia. Ia telah terbuka dan menerusi pantulan cahaya tersebut, dia menyaksikan paparan wajah Jiyong dan...

 

 

"Jaejonggg!" Elsie mengambil posisi di antara One dan Jiyeon, di samping itu, tongkat tadi dibenamkan tepat di tengah-tengah mereka bertiga. Sebaik saja matanya dipejam, renjatan elektrik mulai mengalir ke seluruh tubuhnya. Tercungap-cungap dia hendak mengekalkan kestabilan ekoran daripada saluran halilintar yang amat menyaratkan. Ini lah yang akan berlaku sekiranya puak mereka melanggar peraturan alam.

 

 

"Apa yang Jiyong buat kali ni?" Jaejong muncul bersama Suzy yang mengekori tidak jauh di belakang. Suaranya mendatar tetapi penuh ketegasan. 

 

 

"Hentikan dia! Hentikan Jiyong! Kita ada masa kurang daripada sejam!" Jeritan Elsie bergema. Warna matanya juga sering berubah warna, menandakan yang virus halilintar sedang mengalir di dalam sistem tubuhnya.

 

 

Setiap kali ahli Castled melanggar mana-mana peraturan di dalam Ikrar Tertinggi, virus halilintar akan teraktif secara automatik. Virus tersebut menyerang secara rawak. Pabila ia berjaya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet