Began

Kisah Seorang Peminat
Please Subscribe to read the full chapter

-The only want who decided which path to follow is yourself-

Hari ini aku datang ke sekolah lebih awal. Al maklumla..Niat di hati datang sekoah awal bukan kerana hendak jadi pelajar cemerlang yang selalu datang awal tapi sebab hendak mengintai crush yang kebetulan satu kelas. ><. Mestilah datang awal. Aku lihat dia duduk di hadapan sambil membaca buku.Buku apa pun aku tak tahu. Naseb aku pilih tempat duduk yang paling belakang. Senang aku nak mengintai dia. Tersengih-sengih aku memandangnya. Nama dia Kim Jong In. Atau nama glamournya Kai. Bukan Kai yang dragon Ball tu Tapi Kai,pelajar yang paling cool,paling handsome, paling awesome sekali dalam sekolah aku. Pandai lak tu. Beruntung tahun ni aku dapat sama kelas dengan dia. Kalau tak, mesti susah nak mengintai dia. Tapi naseb badan. Sebab Kai ni ramai orang minat. But who cares. Dia tetap crush aku. Hakhak.

Pap! Bahu aku dipegang dari belakang. Terkejut aku dibuatnya .

" Hoi! awal sampai. " Tegur rakan sekelasku merangkap kawan baikku sejak aku jejak sekolah menengah,Hye Na sejurus duduk di sebelah aku. Aku memandang Hyena sebelum mencebik. Sibuk je. Baru nak usha pakwe. -.-

" Sibok la kau. Eeii.. pi sana pi. shuh! shuh! Kacau je. " Aku menghalau Hye Na seperti kucing. Muncung sahaja bibirnya. Tetapi aku tidak endahnya. Aku tetap termenung ke arahnya. Haih crush, alangkah indahnya kalau aku dapat tegur kau. Tapi aku malu. >_<

" Hoi..udah-udah la tu pandang Si Kai tu. Dia bukan boleh makan pun kalau kau pandang dia macam tu. " Perli Hye Na. 

" Mana ada!" Aku cepat-cepat memandang tempat lain. Terkantoi pula dengan Hyena. Aku bukannya tak nak bagitahu dia yang aku suka Kai tapi nanti bila aku bagitahu kecoh satu sekolah. Silap hari bulan keluar newspaper terus yang aku minat dia. Lol

" Eh kau dah siap homework yang cikgu bagi? " Soal Hyena. Aku mengangguk sebagai balasan. Tiba-tiba Hye Na membuat muka terkejut. Aku terus mengangkat kening. " Kau dah kenapa?"

" Kau demam ke Krystal?" Soal Hyena. Belakang tapak tangannya diletak pada dahiku. Makin pelik aku dengan Hyena ni.

" Aku okay la. Kau ni kenapa? "

" Kau kena rasuk ni. Pulangkan kembali Krystal kesayangan aku! Keluar Kau hantu! " Kata Hyena sambil mengoncang-goncang bahu aku. Aku sudah berkerut. 

" Apa kau ni! " Marah aku. Hyena kemudian tersengih.

" Tak adalah. Setahu aku Krystal yang aku kenal tak pernah siapkan homework awal. Selalunya last minit baru buat." Perli Hyena.

Aku membuat muka sambil memandangnya. Kotnya pun perli agak-agaklah. Ni sampai kata aku kena rasuk bagai. Cepuk kang sia-sia je. Faham-faham jelah. Aku kan spesis yang suka siapkan homework lambat tapi sejak dah satu kelas dengan crush mestilah buat baik. Mana lah tahu satu hari nanti si crush tu terjatuh cinta bila tengok kerajinan aku. Eh!Eh! Tingginya imaginasi kau, Krsytal!
.
.
.

Aku termenung ke luar tingkap. Tapi sebenarnya aku bukan termenung.  Aku tengah tengok dia bersukan dekat padang. Kalau ikutkan, aku sepatutnya sekarang masa bersukan tapi cikgu tak sihat. Jadi pelajar perempuan hanya duduk kelas sahaja.  Manakala pelajar lelaki dapat bersukan sebab cikgu diorang ada.

Aku melihat dia berlari anak-anak sambil bermain bola sepak dengan kawan-kawannya. Walaupun jarak jauh tapi aku lihat lagi ketampanan wajahnya dengan jelas.

Tiba-tiba aku terdengar rakan sekelas aku yang sedang berdiri di hadapan tingkap bercakap bersama rakannya.

“ Weyh! Tengok Kai tu! Dah la pandai, active bersukan pulak tu. Aku rasa tahun ni pun dia akan dapat anugerah tokoh cemerlang jugak la.”

“ Mestilah. Pak we aku tu.”

“ Eh! Perasannya kau ni!”

“ Betulla! Semalam kan time balikkan hujan, dia bagi payung dekat aku! Oh gosh! Lepas tu time bagi tu dia siap kata lagi hati-hati balik. Awww!! Manly giler dia!”

“ Wahh!! Seriously?!! Giler laa!!”

Aku yang memandang luar tingkap sambil curi-curi dengar perbualan diorang terasa angin aku naik. Aku mencebik dalam diam. Eleh! Setakat payung je pun.

T_T Tapi kenapa dia tak pernah bagi dekat aku.Oh Gosh! Jealousnyaa!!

Aku meletakkan kepala aku pada meja. Terasa sedih jugaklah bila dengar crush sendiri bagi payung dengan orang lain. Haih. Naseb ler minat dekat orang yang tak mungkin minat kita.

.

.

.
Hari demi hari berlalu. Akhirnya sudah 5 bulan aku sekelas dengan dia. Terasa gembira betul bila tiap-tiap hari dapat bertemu dengannya. Aigoo..Kan bagus kalau cikgu tukarkan tempat duduk aku dekat sebelah dia. Gerenti aku dapat A dalam pelajaran. Hehehe.

" Krystal! "

Aku tersentak apabila Cikgu Jongkook memanggil namaku. Aku sudah gugup memandang cikgu Jongkook. Aduh! menyesal pulak tak fokus dalam time dia ajar. Kan dah kene :p

"Apa yang awak tersengih-sengih tu?! Berapa kali saya suruh fokus dalam kelas?! Jangan nak termenung je keje! Awak tu bakal hadapi peperiksaan terbesar. Jangan nak main-main ye!"  Marah Cikgu Jongkook. Aku hanya mengetapkan bibir menahan malu apabila semua murid memandang ke arah aku. Tambahan pula Crush aku pun sama. Merah muka aku dibuatnya. Aigoo..

" Awak tahu tak peperiksaan awak yang lepas gagal. Apa nak jadi awak ni?! Saya nak peperiksaan akan datang awak dapat cemerlang. Kalau tidak,saya akan turun kan awak ke kelas bawah."

Oh Mai God! Adakah cikgu tengah main-main dengan aku?!Tapi dari segi muka dia,nampak serius. Mati lah aku. Macam mana aku nak belajar ni?!! Yang dulu cikgu ajar pun aku tak faham inikan pula nak dapat cemerlang dalam exam. Habis la aku. Kalau aku turun kelas, aku tak dapat jumpa dia. Noooooooooo!!!! Andwaeeeeeeee!!!!!!!

" Ingat tu Krystal!"

Aku mengangguk kepala laju. Eh eh. Sepatutnya aku geleng! Apa ni Krsytal?!!! Apa yang kau dah buat..kenapa kau angguk?!! Aigoo

Kepala diketuk beberapa kali.Aduh..Matilah aku.
.
.
.
Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Ottokae? Dari tadi aku cuba buat latihan addmath ni,kenapa satu pun tak dapat jawab. Oh goshh!! Macam mana ni?!! Nak suruh Hye Na ajarkan, tapi dia ada tuisyen. Kalau dia skip nanti k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aisyashuhada
#1
Chapter 2: Ayat yang sungguh mendalam... speechless saya dibuatnya. Daebak betul cerita ni!!
Chiko_Miari #2
Chapter 2: Aloo..dia mati..sedihnyaa
Bestla authornim!!hihi
starlightkim_
#3
Chapter 2: Sedih gile lah cerita ni authornim..tak sangka kai macam tu..sanggup dia buat macam tu kat krystal..tak jangka betul ending dia macam ni..memang daebaklaah authornim