End

Kisah Seorang Peminat
Please Subscribe to read the full chapter

~when you truly hurt someone for even one second,the pain may be etched in their heart forever~ 

 Waktu sekolah telah tamat. Sewaktu aku hendak keluar dari kelas, aku sempat menjenguk tempat duduk si dia. Kosong. Mata aku meliar mencari  si dia. Hmmm.. Mana dia pergi erk..

“ Jom!” Aku tersentak apabila dia tiba-tiba muncul dari belakang.

 Dia menarik tangan aku ke suatu bilik. Bila aku tanya hendak ke mana. Dia kata rahsia.Dia menyuruh aku mengikuti dia sahaja. Dan aku tanpa segan silu ikut sahaja. Dah crush ajak takkan nak tolak pulak kan. Siap pegang tangan pulak tu hehehe. Takkanlah crush aku ni nak buat benda jahat dekat aku.

Aku dan dia memasuki bilik. Aku  tak tahu bilik apa dan aku tak pernah tahu tentang kewujudan bilik ini selama aku belajar di sekolah ini.  Dia menyuruh aku duduk di atas sofa bersebelahannya. Aku berkerut dahi. Tetapi mengikuti jugak apa yang disuruh.

Di atas meja aku lihat terdapat makanan ringan bersama air gas.

“ Kita nak buat apa dekat sini? “ Tanya aku.

“ Tengok movie.” Ringkas dia balas soalan aku. Aku terbeliak. Kai ajak aku tengok movie. Dushh!! Mimpi apakah ini?

Aku menampar kecil pipi aku.  Mana tau yang aku sedang bermimpi . Tapi hakikatnya perkara ini betul-betul terjadi.

“Tapi kenapa …”

“ Temankan saya tengok  movie ni. “  Baru sahaja aku ingin menanyanya dia telah membalas. Hebat betul fikiran crush aku ni. Sampai soalan aku tak habis lagi dia dah Jawab.

Aku mengangguk. Dia kemudian mengambil sebuah control dan menekan suis. Suis apa pun aku tak tahu. Dan tiba-tiba bilik itu menjadi gelap lalu terpampang skrin yang besar. Maka bermula la movie yang dinanti-nantikan.

Setengah jam kemudian, aku terasa mula kesejukan di dalam bilik ini. Kai tak pasang heater ke? Aku memandang dia yang sedang khusyuk menonton papan skrin.Haih.. Takkan nak ganggu dia tengok movie pulak. Hmm..

Aku meneguk air gas bagi membasahi anak tekak. Walhal minum air gas lagi membuatkan aku hendak terkencing. Aigoo.. Sekejap aku mengusap lutut aku yang terdedah itu. Kaki aku ni sensitive sikit. Menyesal aku tak pakai stokin yang jenis tebal sedikit.

Dia mula perasan akan ketidakselesaaan aku lalu memandang aku yang sedang mengigil.

“ Sejuk ke? Sorrylah. Sebab heater dalam bilik ni tak boleh guna. Dah rosak. “ Katanya. Aku hanya membalas dengan senyuman sahaja sebelum menyuruhnya meneruskan menonton tanpa mempedulikan aku.

Aku mengambil cupcake di atas meja. Baru sahaja aku ingin menikmati cupcake tersebut, dia bangun lalu membuka coat sekolah dan menutupi kaki aku yang terdedah itu. Aku terkedu dengan perbuatannya.  Dia kembali duduk dan meneruskan menonton. 

" Gomawo.." Ucap aku perlahan.

Lampu yang terpadam menyala tatkala Kai menekan suis. 

“ Awak rasa Hye Na suka tak movie macam ni?” Soal Kai apabila movie yang ditayang pada papan skrin tamat. Aku memandang Kai seketika.

“ Suka kot. Lagipun taste saya dengan Hye Na sama. Kenapa awak tanya?”

“ Saja. Jomlah balik. Dah lewat ni. Nanti ibu awak risau pula. “ Kata Kai sambil mengemas meja yang bersepah dengan sisa-sisa makanan. Aku turut membantunya. Setelah selesai menngemas,aku dan Kai keluar dari bilik.

“ Oh ya. Ni coat awak. Thanks. “ Aku menghulur coat kepada tuan empunya. Kini coat tersebut bertukar tangan.

“ Anything for u babe. “ Katanya sambil tersenyum.

Oh t!! Kaii!! Tolong la jangan buat aku melting!! T_T
.
.
.

Aku memasuki kelas aku dengan riang. Tidak tahu riang sebab apa. Mungkin sebab semangat hendak bertemu dengan crush? Hahaha. Mentang-mentang dah berani tegur crush suka kau ye Krsytal.

Namun sewaktu aku hendak ke meja aku.  Aku lihat Kai dan Hye Na sedang berborak . Melihat mereka ketawa bersama-sama, bertepuk tampar dan tidak sedar akan kewujudan aku di dalam kelas tersebut. Aku berhenti dari mendekati mereka berdua.

Entah mengapa hati aku terasa sakit apabila melihat mereka.  Mereka berdua kelihatan seperti pasangan kekasih. Hati aku sakit apabila melihat mereka berdua. Walaupun hakikatnya Hyena yang bersama dengan Kai dan bukan orang lain. Tapi mengapa aku sakit hati dengan kawan sendiri?

Aku mula mengundurkan diri perlahan-lahan. Tidak mahu mereka sedar akan kewujudan aku.  Tapi malang tidak berbau, aku terlanggar meja.  Hye Na dan Kai terperanjat akan kehadiran aku. Aku terkebil-kebil memandang mereka sambil tersengih-sengih.

“ Err..hai? “ Tegur aku dengan kekok.

“ Krystal! Lambatnya kau sampai. Selalunya kau yang sampai dulu. Kan Kai? “ Kata HyeNa. Aku lihat muka Kai tiba-tiba masam mencuka memandang aku. Aku terus menoleh kea rah lain.

Kenapa kai bermuka masam? Sedangkan tadi dia gembira bila berborak dengan Hyena? Adakah disebabkan kehadiran aku Kai tidak suka? Tapi mengapa?

“ Yang kau tercegat dekat situ kenapa? Duduk lah sini. “ Panggil Hye Na apabila melihat aku diam tidak terkutik.

“ huh? Ahh yaa.. Nak duduk la ni. “ Kata Aku. Teragak-agak aku mendekati Hyena dan Kai. Perlahan-lahan aku meletakkan beg di atas lantai.

“ Kau kenapa hari ni? Demam?”  Tanya Hye Na. Aku mengeleng kepala.  Tiba-tiba Kai ketawa kecil. Aku dan Hye Na memandang pelik pada Kai.

“ Kau dah kenapa Kai?”

“ Comel la awak ni Krystal. Saya baru buat muka masam sikit dah gelabah. “ Jelas Kai. Aku memandang Kai dengan perasaan geram.  Eii..dia ni saje je buat aku takut. Nasiblah crush kalau musuh, dah lama kena bunuh dengan aku.

“ Jahatlah awak ni Kai! “ marah aku.

“ Saya baiklah. Kan Hyena kan? Hahaha. “ Ketawa Kai lagi.

“ Eleh! ingat sweet la tu. Aku dengan Krystal lagi sweet la. “  Kata Hyena .

“ Mana ada. Aku dengan kau lagi sweet. “ Kata Kai sambil mengenyit matanya pada Hyena. Aku dan Hyena tergelak besar. Walaupun pada hakikatnya aku tersa cemburu mendengar Kai berkata begitu, tapi aku tahu Kai hanya bergurau sahaja. Bergurau sahaja..Bergurau.. :’)

.

.

.
Dua bulan telah berlalu. Dengan berkat ajaran Si Dia aku lulus dalam percubaan exam terbesar dan menduduki nombor 28 daripada 31 dalam kelas. Lmao. Walaupun 28 tapi aku tetap bersyukur sebab budak-budak dalam kelas ni bukan calang-calang orangnya. Biasalah Kelas Terpandai la katakan. Entah macam mana aku boleh masuk dalam golongan ni pun tak tahu la. Mungkin cikgu nak masukkan orang lain tapi termasuk nama aku agaknya. 

Kini tinggal sebulan setengah lagi, dan aku bakal menghadapi exam sebenar dan akan menjadi penentuan hidup aku. 

" What do you think about me? " Aku tersentak dengan soalannya.  Kami berdua sedang melepak di atas bumbung sekolah. Ni semua kerana ajaran sesat aku lah yang dari dulu suka melepak dekat atas bumbung sekolah. Sekarang Kai pula yang mengikut jejak aku. Ish Ish Ish. By The way, Hubungan aku dengan dia semakin rapat bahkan kami berdua asyik bersama sahaja. Dan dia j

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aisyashuhada
#1
Chapter 2: Ayat yang sungguh mendalam... speechless saya dibuatnya. Daebak betul cerita ni!!
Chiko_Miari #2
Chapter 2: Aloo..dia mati..sedihnyaa
Bestla authornim!!hihi
starlightkim_
#3
Chapter 2: Sedih gile lah cerita ni authornim..tak sangka kai macam tu..sanggup dia buat macam tu kat krystal..tak jangka betul ending dia macam ni..memang daebaklaah authornim