C H A P T E R 2 - Siapa

Lu Han
Please Subscribe to read the full chapter

 

Lu Han

 

Luhan memeriksa tengkuknya yang putih gebu itu. Membelek-belek sehingga yakin sepenuhnya. Tiada apa-apa. Luhan mengeluh. Dia yakin bahawa semalam sememangnya ada lembaga yang mencekiknya namun tiada kesan-kesan tangan yang mencekiknya. Luhan akui sejak akhir-akhir ini hidupnya tidak begitu tenang sebaliknya begitu haru. Untuk kesekian kalinya Luhan mengeluh. Hari ini mereka iaitu EXO ada rehearsel untuk lagu terbaru mereka yang bertajuk ‘Overdose’.

                Luhan berhenti dari membelek tengkuknya. Secara tiba-tiba dia mengaduh perlahan. Segera lelaki dari negara China ini  membelek kakinya. Ada kesan! Kini Luhan teringat bahawa semalam memang ada tangan yang mencengkam hebat kakinya sehinggakan dia tidak mampu untuk mengangkat kakinya untuk melarikan diri. Sekarang Luhan baru perasan bahawa kakinya memberikan kesan lebam yang agak jelas diperlihatkan.

                Luhan duduk dipenjuru bilik. Ubat berwarna hitam yang bagaikan ubat gamat itu dicapainya. Dengan segera jejaka comel ini menggosokkan kedua-dua belah kakinya menggunakan tangannya yang disapu sedikit ubat itu.

                “Luhan,” sapa Xiumin yang sedang tersenyum manis.

                “Hah apa dia?” tanya Luhan.

                “Encik Kim suruh kita pergi studio sekarang, sebab lusa dah nak shoot dah” beritahu Xiumin. Untuk seketika barulah Xiumin perasan yang Luhan sedang meletakkan ubat pada kakinya.

                “Lu? Kau okay tak?” tanya Xiumin prihatin. Walaupun umurnya dan Luhan sama namun tetap Xiumin merasakan bahawa dia ahli tertua dan sememangnya dia ahli tertua dalam kumpulan EXO ini samada EXO M mahupun EXO K.

                “Okay je,” ujar Luhan.

                “Habis kau boleh tak menari nanti?” tanya Xiumin.

                “Boleh, boleh..” ujar Luhan, tidak mahu merisaukan sahabat karibnya barangkali.

                “Okay! Jom!”

                “Jom”

 

“Macam mana ni? Lusa dah nak shoot. Luhan pulak sakit kaki!” Encik Kim sedikit sebanyak meninggikan suaranya.

                “Mianhae, Encik Kim”

                Suho sebagai leader memandang Luhan dengan simpati. “Encik Kim, emm biar kami fikir balik. Takpe shoot untuk lusa tetap kita akan buat.” Beritahu Suho.

                “Baiklah. Kalau lusa korang semua cakap yang tak boleh shootlah apalah siap! Suho, kamulah orang pertama yang saya akan marah!,” ucap Encik Kim tegas kemudian berlalu. Ahli Exo hanya mengeluh.

                “Maafkan aku korang,” ucap Luhan. Sungguh dia begitu berasa bersalah dengan semua ahli terutamanya Suho.

                “Lah, takpelah, dah kau dah sakit nak buat macam mana.” Lay memujuk Luhan.

                “Takpelah Luhan. Relaxlah” Suho menepuk-nepuk bahu jejaka ini.

                “Okay! Apa sedih-sedih ni! Jom kita fikir macam mana kita nak shoot untuk music video lusa tanpa perlu Luhan bersusah payah untuk menari bagai,” ucap Baekhyun.

                “Okay Jom...”

Sementara itu jam telah pun menunjukkan pukul 9 malam...........

 

                “Jadi maknanya nanti time Luhan menari tu kita suruh cameraman fokus pada badan je, Cuma sekali-sekali itu dia akan fokus jugaklah kaki Luhan tapi kita Cuma bagi step ringkas je. Okay?

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 4: Oo ahli2 Exo sumenya muslim eh...hmm
cian Luhan...apa la yg jadi benaknya
mpreggoland
#2
Chapter 3: wah seram dan suspen! kesian Luhan..apa kes dia sorg je kena kacau..huhu
Ifahzira
#3
Usaha yang baik.. jgn lupa update selalu
HyuChannie #4
Chapter 1: updateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sooooooooooooooooooooooooon!!
xiuminees #5
Chapter 1: Update Soon! Fighting! ")