C H A P T E R 1 - Gadis

Lu Han
Please Subscribe to read the full chapter

Lu Han 

 

CHAPTER 1-GADIS

Luhan POV

Aku, Kai dan Baekhyun bersiar-siar pada petang itu. Kira-kira 2 hari yang lepas sebelum aku betul-betul diganggu oleh’nya’. Aku sebenarnya sedikit fed up apabila tiada siapa yang mempercayai diriku termasuklah rakan-rakanku!

                “Luhan, aku rasa macam perangai kau berbeza sikit sejak kebelakangan ni.” Ujar Baekhyun.

                “Ha’ahlah! Malam-malam kau asyik meracau tak tentu arah!” tempelak Kai pula. Aku terdiam.

                “Kan aku dah cakap yang aku diganggu! Korang bukannya percaya pun!” ujarku sambil mengeluh.

                “Bukannya kitaorang tak percaya tapi kau tahu kankita tak percaya semua tu...” Baekhyun membuat rengangan ototnya. Kemudian ditambahnya “Kau sendiri pun kan tak percaya!”

                “Memanglah aku pun tak percaya! Habis kalau ‘benda’ tu asyik muncul aje depan aku, aku nak cakap apa lagi!” suaraku sedikit meninggi.

                “Dah-dahlah tu! Jom balik! Nak senja dah ni!” ajak Kai untuk pulang ke rumah mereka.

                “Hemm yelah,” Aku mengangguk.

 

 

“Luhan,.... kenapa kau berhenti?” tanya Baekhyun. Hari semakin gelap. Luhan pula terkaku secara tiba-tiba. Kai dan Baekhyun memandang Luhan dengan perasaan yang pelik.

                “Kau...” suara Luhan bergetar.

                “Apa Luhan?” tanya Kai dan Baekhyun serentak. Secara tiba-tiba bulu roma mereka menegak!

                “Kau.. kau nampak tak per..” kata-kata Luhan dipotong oleh Kai.

                “Apa kau merepek ni Luhan. Perempuan? Takde oranglah kat sini kita bertiga je!”

                “Ha’ahlah Luhan! Kita aje kat sini! Takde orang lain,” beritahu Baekhyun sambil melihat sekeliling. Sebenarnya Baekhyun berasa tidak sedap hati.  Namun Luhan masih lagi berdiam diri dan matanya memerah seperti ketakutan.

                “Takkanlah korang tak nampak?” tanya Luhan. Suaranya seperti ingin menangis kerana begitu takut.

                Sebenarnya mereka telah melalui dikawasan yang terbiar. Disana terdapat sebuah rumah besar berwarna putih yang begitu usang. Ya! Untuk kepadang kecil mereka perlu melalui kawasan tersebut. Oleh kerana itulah ahli Exo jarang keluar dari rumah jika tiada pemandu yang ingin menghantar mereka untuk bersiar-siar.

Luhan seperti ingin menghampiri dan memandang ke arah rumah. Luhan perasan sesuatu dalam tetingkap loteng. Dengan perlahan-lahan tirai itu seperti terbuka sendiri dan telah dipindahkan dan Luhan dapat melihat seorang wanita. Dia memakai pakaian putih dan dia hanya berdiri di situ. Luhan terlalu terkejut dan b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 4: Oo ahli2 Exo sumenya muslim eh...hmm
cian Luhan...apa la yg jadi benaknya
mpreggoland
#2
Chapter 3: wah seram dan suspen! kesian Luhan..apa kes dia sorg je kena kacau..huhu
Ifahzira
#3
Usaha yang baik.. jgn lupa update selalu
HyuChannie #4
Chapter 1: updateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sooooooooooooooooooooooooon!!
xiuminees #5
Chapter 1: Update Soon! Fighting! ")