Chapter 4

When Got7 Falling In Love : Omo, Wrong Confession!
Please Subscribe to read the full chapter

 

      Akhirnya, hari Ahad yang dinanti nantikan sudah pun tiba. Hani bangun dengan semangat sebelum menuju ke dapur untuk membuat sarapan untuk dirinya dan Hoseok. "Morning oppa, jom sarapan sini," ujarnya. "Amboi, cerianya. Suka la tu bila oppa kena pergi office," ujar Hoseok.   

    "Takla, apala oppa ni. Oh, ye! Oppa, harini Hani keluar dengan kawan tau, so maybe Hani tak buat makan malam. Oppa balik pukul berapa?" soal Hani sambil menyediakan bekal buat Hoseok. "Oppa balik pukul sembilan macam tu kot," balas Hoseok. Hani mengangguk mendengar jawapan abangnya.  

     "Okayla, oppa pergi dulu. Nak keluar nanti macam biasala, pintu tingkap semua jangan lupa kunci. Oppa ada bawa kunci spare, so simpan kunci tu dalam handbag okay. Bye," pesan Hoseok. Hani mengangguk dan melambai ke arah abangnya. Kemudian dia naik ke bilik dan membersihkan dirinya. Setelah selesai bersiap, dia turun dan mengambil kasut flatnya sebelum membuka pintu rumahnya. Yugyeom yang baru sahaja ingin menekan loceng terhenti apabila melihat Hani sudahpun keluar.     

     "So, kita nak pergi mana harini?" soal Hani setelah mengunci pintu rumah dan pintu pagarnya. "Kita tengok wayang, harini movie kegemaran aku dah keluar," balas Yugyeom. Hani hanya mengikut tanpa banyak soal. Sesampainya di panggung wayang, Yugyeom segera pergi membeli dua tiket untuk dirinya dan Hani. Kemudian dia membeli dua kotak popcorn dan dua cawan air Coke sebelum menghampiri Hani yang sedangbtermangu mangu melihat trailer filem yang dipaparkan di skrin tv yang terdapat di situ.

      "Ha, mengelamun!" sergahan Yugyeom membuatkan Hani terkejut. Dia mengurut dadanya sebelum menjeling ke arah Yugyeom. "Sunbae ni suka buat macam ni tau," ujarnya samnil mengambil popcorn dan air Coke yang dihulur oleh Yugyeom. "Jangan menjeling, kau comel sangat bila menjeling. Rasa nak cubit pipi kau then nak kiss kau je tau tak," ujar Yugyeom membuatkan wajah Hani berubah merah. Dia segera menuju ke pintu masuk dan mengambil tempat tanpa mempedulikan tawa kecil Yugyeom.  

      Setelah mengambil tempat dan meletakkan pipcorn dan airnya di tempat yang disediakan, Hani menyoal Yugyeom mengenai tajuk movie mereka. "Cerita The Eyes," jawapan Yugyeom membuatkan Hani terkedu. Dia amat membenci apa apa sahaja yang bertemakan seram, tak kisahla movie ke, drama ke, rumah hantu ke.. Dia memang benci dengan benda macam tu.

   Yugyeom yang perasan akan perubahan pada Hani menoleh ke arah gadis itu. "Kau okay tak? Kenapa tiba tiba diam?" soal Yugyeom hairan. "Takdela, saya okay je," jawab Hani. Dia menarik nafas panjang dan cuba untuk bertenang tatkala cerita tersebut ditayangkan. Dia berasa mual dan pening kepala apabila melihat terlalu banyak darah dan cerita seram sebegitu. Dia mengerling ke arah Yugyeom, Yugyeom kelihatan tenang dan menonton cerita tersebut dengan fokus. Yela, cerita macam ni yang dia suka kan.  

      Tamat sahaja cerita yang ditayangkan, Hani segera berlari keluar dari panggung wayang dan menuju ke tandas sebelum dia memuntahkan segala yang dimakannya pagi tadi. Hampir sepuluh minit jugala dia memuntahkan segalanya. Apabila berasa lega, dia menuju ke sinki dan membasuh mulutnya sebelum keluar dari tandas tersebut.

       "Kau okay tak?" soal Yugyeom. Risau dia apabila melihat keadaan Hani yang berubah pucat. Dia segera memapah Hani menuju ke bangku yang berdekatan. Hani hanya mengangguk lemah dan menuruti langkah Yugyeom. "Tunggu sini kejap," arah Yugyeom sebelum dia berlari ke kedai serbaneka yang terdapat berhampiran dengan panggung wayang tersebut. Tidak sampai lima minit dia kembali semula bersama sebotol gula gula getah doublemint. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan Hani sebelum menghulurkan gula gula tersebut kepadanya.

        "Kenapa tak bagitau aku yang kau tak boleh tengok cerita seram macam ni?" soal Yugyeom. "Maafla, saya taktau pun sunbae nak tengok cerita tu. Ingatkan sunbae tengok cerita komedi ataupun romantik," jawab Hani perlahan. Yugyeom terdiam dan merenung Hani yang kelihatan tidak bermaya itu. "Maafla, salah aku juga sebab tak tanya dulu," ujar Yugyeom. Hani tersenyum.

       "It's okay sunbae, sunbae bukannya sengaja kan. Lagipun saya ni yang penakut sangat. Dahla tak peka, patutnya saya tanya sunbae dulu," Hani menjawab seraya memegang tangan Yugyeom yang kelihatan bersalah. Yugyeom merenung tangan Hani yang memegangya lama. Hani yang baru terperasankan tindakannya segera menarik tangannya namun Yugyeom pantas memegang tangan Hani sebelum menariknya bangun dan berjalan di shopping mall. Jantung Hani berdebar pantas apabila melihat perlakuan Yugyeom, beberapa kali dia mencuri curi lihat reaksi Yugyeom namun Yugyeom hanya membuat reaksi selamba bagaikan tiada apa yang mengganggunya.    

        Langkah mereka terhenti di sebuah kedai hadiah. Yugyeom menarik perlahan tangan Hani dan melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. "Kau te

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
seolbanguls
#1
Chapter 5: aww. omg, so sweet. :") you did a great job, author-nim. ❤