Chapter 2

When Got7 Falling In Love : Omo, Wrong Confession!
Please Subscribe to read the full chapter

 

        Akhirnya loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Kesemua ahli kelab tenis mengemas barang mereka sebelum berjalan menuju ke luar kelas. "Korang, aku tak makan tau harini. Aku nak pergi somewhere kejap," ujar Yugyeom memaklumkan mereka. Ahli kelab tenis yang lain mengangguk sebelum mereka menuju ke kafeteria bersama sama manakala Yugyeom berjalan menuju ke taman bunga sekolahnya. Kawasan tersebut memang sunyi dan tenang, sesuai dijadikan sebagai tempat untuk mencari ketenangan apabila seseorang berada dalam keadaan runsing.

      Lima minit berjalan, Yugyeom melihat seorang pelajar perempuan duduk di sebuah bangku yang terdapat di taman sekolah itu. Dia menghampiri pelajar perempuan itu sebelum berdehem.  

     Hani yang sedang menunggu kedatangan Jinyoung berasa berdebar. Bermacam macam yang difikirnya. Bagaimana kalau Jinyoung sunbae reject dia? Macam mana kalau Jinyoung sunbae tak datang? Macam mana kalau.. Persoalan yang bermain di fikirannya mati begitu sahaja apabila mendengar deheman seseorang. Dia segera menoleh ke arah suara tersebut.  

     "J-Yugyeom sunbae? S-sunbae buat apa kat sini?" soal Hani pelik. Matanya mencari kelibat Jinyoung sunbae namun tak ada. Tiba tiba dia melihat Yugyeom sunbae mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.    

     "Surat ni, kau yang bagi kan?" soal Yugyeom sambil menunjukkan surat tersebut kepada Hani. Terbeliak biji mata Hani apabila surat yang seharusnya berada dalam lokar Jinyoung sunbae berada di tangan Yugyeom sunbae.  

      "M-mana sunbae dapat surat ni?" ujarnya panik. Dia cuba merampas surat tersebut namun tidak berjaya kerana perbezaan ketinggian yang amat ketara. Yugyeom tertawa melihat gelagat Hani yang terkapai kapai ingin merampas surat yang berada dalam genggamannya.  

     "Apahal kau nak ambil surat ni? Kan kau bagi kat lokar aku, so kau memang nak hantar kat akula. Ke kau sebenarnya nak bagi kat orang lain? Sebab tu kau nak rampas surat ni balik?" ujar Yugyeom sambil mendekatkan wajahnya dan merenung mata Hani tajam. Wajah Hani terus berubah merah kerana ni first time ada lelaki yang merenungnya dengan jarak yang terlalu dekat.  

     Takkanla aku nak bagitau yang surat tu sebenarnya untuk Jinyoung sunbae, nanti dia mesti sakat aku. Ish, taknakla! Baik diam je, getus hati kecil Hani. "T-takla, mana ada!" jawabnya sambil berundur dua langkah ke belakang, tidak mahu terlalu rapat dengan sunbaenya itu. Yugyeom tersenyum melihat gelagat Hani.

      "Berani betul ye kau ceroboh masuk bilik persalinan lelaki. Kau tau kan itu kawasan larangan bagi pelajar perempuan? Macam mana kalau pengetua tau pasal ni ye. Hmmmm" ujar Yugyeom berpura pura berfikir. Haninmenjadi semakin panik. Janganla bagitau pengetua, mampusla aku ngan Chorong kalau pengetua tau!

       "S-sunbae nak bagitau pengetua ke?" soalnya takut takut. Dia berdoa dalam hati agar seniornya tidak berbuat begitu. "Yela, disebabkan kau terlalu berani untuk datang menyelinap ke dalam bilik persalinan lelaki semata mata nak bagi surat ni dekat aku, so aku takkan bagitau pengetua. And aku akan terima kau confession kau," jawab Yugyeom.  

       Hani mengerdipkan matanya beberapa kali, tidak percaya dengan kata kata Yugyeom sunbae. "A-apa yang sunbae cakap tadi? S-sunbae terima saya?" soal Hani kurang pasti dengan apa yang didengarinya. Yugyeom menjentik dahi Hani perlahan.    

      "Kau ni, aku cakap ngan kau boleh pula kau mengelamun kan? Aku kata, aku terima confession kau. So mulai saat ni, kau makwe aku. Faham?" ujar Yugyeom sebelum menarik tangan Hani yang masih kebingungan.  

     "Eh, sunbae kita nak pergi mana ni?" soal Hani. "Makan la, aku lapar," jawab Yugyeom ringkas. Hani hanya mengikut tanpa sempat membalas. Sesampainya di kafeteria pelbagai bisikan rambang kedengaran. Semua pelajar tertanya tanya sebab mengapa Yugyeom dan Hani berpegangan tangan.

      "Guys, ni girlfriend aku, Jung Hani. Hani, ni kawan baik aku, " ujar Yugyeom. Air yang diminum oleh rakan rakannya hampir terembur keluar apabila mendengar kata kata Yugyeom.  

     "Your girlfriend! Seriously?" soal Jackson dan Bambam serentak. Yugyeom mengangguk dan menoleh ke arah Hani. "Aku nak beli makanan, kau nak apa apa tak?"soal yugyeom. Apabila melihat Hani menggeleng dia segera berjalan menuju ke kaunter makanan meninggalkan Hani bersama sama rakan rakannya.   

    "So, Jung Hani. Am I right? Dah lama ke suka Yugyeom?" soal Jinyoung mesra. Hani hanya mampu merenung Jinyoung dengan wajah yang merah, tidak sangka crushnya bercakap dengannya.

      "N-nae," dia menjawab perlahan. Belum sempat ahli kelab tenis yang lain ingin bertanyakan soalan, Yugyeom kembali ke meja makan. "Dah, dah, jangan kacau girlfriend aku. Nak girlfriend sendiri, cari ye," ujar Yugyeom sebelum menghulurkan sebungkus sandwish dan sekotak air susu coklat kepada Hani.     

     "Makan ni, nanti kau gastrik pula," arah Yugyeom. Nak taknak Hani terpaksa menghabiskan sandwish tersebut. Setelah habis waktu rehat, mereka segera berjalan menuju ke kelas masing masing dan memulakan sesi pembelajaran.

      Setelah tiga jam bel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
seolbanguls
#1
Chapter 5: aww. omg, so sweet. :") you did a great job, author-nim. ❤