Chapter 1

When Got7 Falling In Love : Omo, Wrong Confession!
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

      "Hani, dah ke belum? Cepatla, nanti diorang masuk sini habis la kita. Dahla ini kawasan larangan," ujar Chorong tidak sabar sambil matanya melilau mengawasi keadaan sekeliling, takut ada guru ataupun pelajar yang melalui bilik persalinan lelaki itu.  

     "Kejapla, saya tengah cari lokar Jinyoung sunbae ni.. 10, 11, 12, 13, 14.. Haa, jumpa pun!" teriak Hani kegembiraan. Dia cuba membuka pintu lokar tersebut namun tidak berjaya kerana pintu lokar tersebut berkunci. "Ala, Chorong pintu lokarnya berkunci la," adu Hani.    

     "Eish, memangla diorang kunci pintu lokar diorang! Awak ni pun, masukkan jela surat tu melalui celah celah lokar tu," balas Chorong. Dia menjadi gelabah apabila melihat kelibat beberapa orang pelajar lelaki yang baru berlatih tenis berjalan menuju ke arah bilik persalinan sambil ketawa.

      "Omo, Hani! Diorang dah datang. Cepat la Hani, kita kena keluar dari sini cepat," ujar Chorong cemas. Hani yang mendengar kata kata Chorong terus menjadi clumsy. Surat yang ingin dimasukkan ke dalam lokar seniornya terjatuh di atas lantai. Dia segera mengutip surat yang terjatuh itu sebelum memasukkan ke dalam lokar dan berlari keluar dari bilik persalinan tersebut bersama Chorong. Namun dia taktau yang suratnya itu bakal mengundang satu peristiwa yang takkan dilupakan olehnya.

      Yugyeom dan ahli ahli kelab tenis yang lebih dikenali sebagai GOT7 sedang bejalan menuju ke bilik persalinan mereka sambil mengulas latihan mereka. Tawanya terhenti apabila melihat kelibat dua orang pelajar perempuan berlari keluar dari bilik persalinan lelaki.  

     "Kenapa Yugyeom? Kau okay tak?" soal Jinyoung yang perasan akan perubahan rakan baiknya. "Takdela, aku nampak macam ada dua orang budak perempuan lari keluar dari bilik persalinan kita tadi," jawab Yugyeom.  

     "Kau biar betul? Jangan jangan diorang nak curi baju kita tak? Dahla aku tak kunci pintu lokar aku doh," ujar Jackson gelabah sebelum berlari masuk ke dalam bilik persalinan diikuti oleh ahli kelab tenis yang lain."Fuh, nasib baik takda barang yang hilang," ujar Bambam lega. Yugyeom dan Junior melangkah masuk ke dalam bilik persalinan sebelum membuka tshirt sukan yang dipakai olehnya semasa berlatih tenis tadi diikuti oleh yang lain. Yugyeom meregangkan bahu dan lehernya sambil mengambil tempat di bangku panjang yang ter

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
seolbanguls
#1
Chapter 5: aww. omg, so sweet. :") you did a great job, author-nim. ❤