Part 2

Only One Day
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2]

“Saya ingat esok nak rehat sehari dari practice. Saya nak balik kampung jumpa mak.” Umum Irene usai sahaja latihan hari itu. Setiap rutin mereka sudah hampir sempurna. Cuma kadang-kadang Irene punya ada masalah dengan timing. Tapi Sehun rasa dengan beberapa kali latihan lagi, ianya boleh dibaiki.

“Buat apa balik kampung?” Tanya Sehun. Setahunya, jarang pelajar pulang ke kampung kalau tiada cuti yang panjang. Setakat cuti dua tiga hari begini, biasanya mereka lebih selesa berada di kampus kerana takut tak sempat menghadiri kelas pada keesokan harinya.

“Saja. Nak jumpa mak.” Ujar Irene ringkas. Dia mula mengemas-ngemas begnya. Botol air telah diisi semula selepas diteguk sampai habis. Kening Sehun berkerut. Takkanlah semata-mata nak jumpa mak sahaja. Pelik ni. Ke nak jumpa boyfriend? Tidak semena-mena Sehun panas hati. Ini tidak boleh jadi!

“Saya nak ikut boleh?” Pinta Sehun bersahaja. Dia juga mengangkat duffel bag coklat ke bahu. Ringan kerana dia hanya sumbatkan sehelai tuala dan painkiller spray di dalamnya.

Irene memandangnya terkejut. Scandalized semacam. Macam tak pernah pulak orang nak ikut dia balik kampung. Tapi melihatkan reaksi Irene itu, memang sah baru Sehun seorang yang buang tebiat nak ikut anak dara orang balik kampung. “Kenapa pulak?”

“Saja?” Sehun angkat bahu. Kening Irene berkerut, memikirkan jawapan yang sepatutnya. Pasti dia sedang cari alasan untuk mengelakkan Sehun daripada mengikutnya.

“Boleh kot. Nanti boleh awak tolong saya buat kek.”

What a surprise! Sudahlah tidak direject mentah-mentah. Malah dipelawa buat kek pula! Rasa teruja pula Sehun mendengarkannya. Buat kek dengan Irene? Seronoknya!

“Hari jadi siapa esok?”

Irene gigit bibir bawah seolah-olah sukar untuk dia memberitahu Sehun. Selang sesaat yang sangat awkward, Irene akhirnya menjawab. “Arwah adik. Nanti Kyungsoo pun ada sekali.”

Dahi Sehun berkerut. Oh. Tapi, rasanya maklumat tambahan tentang Kyungsoo itu tidak perlu untuk Sehun tahu. Boyfriend barangkali. Begitupun, Sehun digigit rasa ingin tahu yang amat sangat. “Siapa Kyungsoo?”

“Adalah. Esok awak tahulah.” Dalih Irene cuba bermain teka-teki pula dengan Sehun. Follow the flow ajelah. Janjinya esok. Esoklah Sehun akan tahu. Boyfriend ke?

Sehun tersengih kelat. Cuba bersangka baik. Bukan boyfriend dia kot. Agaknya Kyungsoo itu datuk tua sebelah rumah kot. “Okey. Esok saya jemput awak. Pagi ya?”

“Haah. Pukul lapan tau. Saya balik dulu.” Janji Irene seraya melangkah pantas keluar dari studio tanpa menanti Sehun seperti selalu. Mesti dia perlu bergegas untuk berkemas-kemas.

Apapun, Sehun tetap bergembira dan berbahagia kerana dia bakal meluangkan masa dengan Irene pada hujung minggu nanti.

 

 

Sehun menjemput Irene dengan kereta convertible zaman 90-an yang telah direnovate sehingga kelihatan begitu moden. Banyak imej animasi Larva menghiasi setiap permukaan badan kereta sehinggakan tidak ada satu permukaan pun yang tidak bercorak. Baru sahaja Irene masuk ke tempat duduk sebelah pemandu, Sehun telah pun mula mengambil gambar selfie.

Dia kelihatan kacak bergaya seperti biasa, kecuali hari ini dia memakai baju kemeja T yang lebih kemas dan bercorak ringkas. Tidak seperti kemeja T yang punya tulisan idea nihilis, anarkis, revolutionist, dan macam-macam lagi idea moden yang direka dalam bentuk abstrak yang boleh memusingkan kepala setiap kali mata memandang. Seluar track yang juga digantikan denim straight cut berwarna biru gelap. Rambutnya ditutup dengan topi berwarna hitam, langsung melindungi rambutnya yang coklat keperangan. Sayang pula rambut menawan itu tidak ditayangkan.

“Jom, Irene. Nak upload kat Insta.” Pelawa Sehun lalu mendekatkan telefon bimbitnya ke wajah Irene. Irene tersentak lantas mengalihkan pandangan kepada skrin telefon milik Sehun.

“Awak ni... Semuanya nak upload kat Insta.” Omel Irene. Tapi dia dekatkan juga tubuhnya ke arah Sehun agar tubuhnya juga turut muat dalam lensa kamera Sehun. Sudah cukup cantik dia hari ini dengan secalit gincu merah jambu dibibir, eyeliner nipis berbentuk eyecat di kelopak mata, kening telah dirapikan dengan pensel alis, pipi juga sempat dilayangkan blusher berwarna pic. Pokoknya hari ini Irene tampak sempurna dengan mekap penuh yang biasanya akan diaplikasikan sekiranya ada event. Tampak secocok pula apabila kedua-dua wajah mereka muncul di skrin telefon.

“Mestilah. Saya kan hot stuff!” Pantas Sehun memeluk bahu Irene. Shutter diklik sebaik sahaja Irene mengukirkan senyum. Dia tidak nafikan dadanya telah bergendang laju. Janggal! Janganlah senyumannya nampak pelik dalam gambar itu.

Sehun kembali bersandar ke kerusinya. Dia tersenyum gembira melihat gambar yang di ambil tadi. Apabila Irene mahu melihatnya, Sehun menghalang dengan alasan muka Sehun dalam gambar itu tidak cantik.

‘Muka dia ke muka aku?’ Irene menggumam sendiri tidak puas hati.

“Okay, let’s go!” Laung Sehun gembira lalu memulakan pemanduannya.

Amboi, suka benar Sehun nampaknya. Dalam diam pun Irene ikut jadi seronok.

 

 

Lelah kepenatan terus Sehun dibuatnya. Termengah-mengah dia sebaik sahaja mereka melangkah naik ke tingkat sepuluh. Bayangkanlah Sehun kena daki tangga dari ground floor hingga ke tingkat sepuluh untuk ke rumah ibu Irene. Kisahnya Irene enggan naik elevator sebab dia pernah tiga kali terperangkap dalam elevator sepanjang dia membesar di apartment tiga belas tingkat itu. Ikutkan hati Sehun mahu saja naik lif, biarlah Irene seorang yang naik tangga. Lagipun dia kelihatan cergas saja mendaki tangga, tak adalah sampai tak cukup nafas macam Sehun. Tapi, tak sampai hati pula biarkan Irene naik tangga, dia pula senang lenang naik lif. Akhirnya, Sehun ikut juga Irene daki tangga walaupun dia rasa sekarang ini dia benar-benar perlukan setong tangki oksigen.

“Kita dah sampai.” Umum Irene halus. Baru ada butir-butir halus keringat di sekeliling garis anak rambut. Sehun cuba berdiri tegak setelah memegang lutut yang lenguh. Mereka kini berdiri di depan pintu berwarna pine, plak bertulis 23-10 tertampal di atas pintu. Sehun segera meraup rambutnya yang kebasahan dek peluh ke belakang. Dia tahu Irene sedang merenungnya. Sengaja dia mengipas-ngipas bajunya sebelum Irene mengalih pandang untuk menekan loceng.

Kurang lima belas saat- Sehun tak kira okey- pintu ditarik buka dari dalam. Udara sejuk pendingin hawa terlepas keluar dari dalam rumah. Sehun bersyukur sekejap kerana wajah terasa sejuk meskipun hanya untuk seminit dua.

“Irene!”

“Hai, mak.” Tegur Irene kepada ibunya. Ibunya tampak masih muda meskipun ada tiga empat bintik hitam jeragat bertompok di tulang pipi. Muka memang seiras dengan Irene. Cuma versi yang tua sahaja. Begini agaknya rupa Irene bila dia tua nanti. Cantik lagi!

“Eh, kamu tak bagitau pun nak bawak kawan?” Tanya ibunya sebaik sahaja menyedari kehadiran Sehun di situ. Sehun mengukir senyum janggal. Irene menapak selangkah ke tepi untuk memberi ruang kepada Sehun bersalaman dengan ibunya.

“Apa khabar, mak cik?” Sapa Sehun mesra sambil bersalaman. Ibunya tersenyum riang, tampak gembira menerima tetamu tambahan yang tidak diundang.

“Boyfriend kamu ke ni?” Soal ibu Irene lagi. Terbeliak mata Irene walaupun Sehun sudah tidak dapat menahan senyum gembira. Seronoknya ibu Irene dah claim dia sebagai teman lelaki Irene. Nampaknya dah dapat restu!

“Mana ada. Dia kawan je la. Kitorang satu team untuk persembahan nanti.” Terang Irene yang mula menanggalkan kasut lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Ibu Irene mula tersengih mengusik. “Irene tu susah lah nak dibawak bergurau. She’s no fun!”

Sehun tertawa kecil. Sporting rupanya ibu Irene. Mudahlah kerjanya untuk tackle bakal ibu mertua.

“Jom masuk. Siapa nama kamu?”

“Saya Sehun.”

“Sehun...” Sebut ibu Irene seperti mahu membiasakan silabus nama itu ke lidahnya yang masih pekat dengan loghat Busan. “Mari masuk cepat.”

Masuk sahaja ke dalam, Irene telah pun berada di dapur. Beberapa utensil dan bahan-bahan untuk membuat kek telah di sediakan di atas counter top. Sehun sempat intai ketika dia sedang duduk di ruang tamu, merenung kosong ke peti televisyen yang menayangkan siaran ulang sebuah drama telenovela amerika latin.

Ibu Irene telah lesap ke dalam bilik, mungkin untuk membersihkan diri sebab tadi pun wanita itu kelihatan baru sahaja seperti selesai memasak.

Sehun memerhati sekeliling. Rumah ini punya tiga bilik tidur serta ruang tamu dan dapur yang boleh tahan besar. Dekorasi moden meskipun dia boleh lihat ada hiasan tradisional di dinding dan di atas kabinet hiasan.

Tiba-tiba Irene menjengulkan kepala dari rak divider yang menghadang ruang dapur. “Sehun, jom makan dulu.”

“Mak awak mana?” Sengaja Sehun bertanya walaupun dia telah tahu dimana ibu Irene berada. Bilik ibu Irene berada betul-betul depan ruang tamu, jadi dia memang jelas nampak ibunya itu memasuki bilik. Sengaja Sehun bertanya begitu kerana baginya tidak elok kalau mereka makan dulu tanpa menjemput ibu Irene makan sekali.

“Mak tengah mandi kot. Dia suruh makan dulu. Kalau awak nak tunggu dia pun okay je. Tapi, sini lah tolong saya hidang makanan ni.” Pelawa Irene sebelum hilang ke dapur.

Sehun melangkah malas ke dapur. Di atas meja makan berpermukaan marble, telah ada dua mangkuk yang berisi sayur kubis tumis sambal dan daging masak kicap. Melihatkan dua lauk ringkas itu sahaja sudah cukup membangkitkan selera Sehun meskipun jam baru berganjak ke angka sebelas.

“Awalnya makan tengah hari?” Kata Sehun. Rasa aneh sedikit sebab dia tidak pernah makan tengah hari seawal ini.

“Dah biasa macam ni. Mak saya strict sikit bab jadual makan ni. Jaga badanlah katakan.”

Sehun terangguk-angguk sambil mengambil tiga keping pinggan putih yang dihulurkan oleh Irene dari rak pinggan. Pinggan-pinggan itu kemudiannya di susun di depan tiga buah kerusi. Dua pinggan di kedudukan bertentangan, dan satu pinggan di hujung meja khas untuk ibu Irene. Irene mencedokkan nasi ke dalam mangkuk besar sementara Sehun mendapatkan tiga buah gelas untuk menuangkan jus anggur yang telah siap tersedia di atas meja.

Sehun dapat membayangkan inilah life selepas dia settle down dengan Irene. Meskipun idea itu kedengaran relevan hanya untuk lima tahun akan datang, -sebab Sehun rasa dia masih belum bersedia untuk settle down-, dia tahu inilah bayangan bahagia kalau dia berjaya mendapatkan Irene. Dalam hati dia telah yakin separuh hati Irene telah pun dimiliki. Melihatkan reaksi ibunya tadi pun, Sehun dapat meneka bahawa Irene tidak pernah membawa rakan lelaki datang ke rumah. Untungnya dia orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke rumah ibu bapa Irene.

“Awak berangan apa tu? Cepatlah duduk.” Tegur Irene. Sehun terus mengambil tempat bertentangan dengan Irene. Gadis itu telah pun selesai mencedokkan nasi ke dalam pinggan. Ibu Irene masih belum tiba, jadi mereka masih ada masa untuk menunggu. Sementara menunggu, mereka berbual kosong. Tentang filem yang Sehun tonton di panggung wayang bersama kawan-kawannya tempoh hari, tentang pelajar Irene yang bermacam ragamnya dan tentang minat mereka terhadap seni tari.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
TisyiaKpopper #1
Chapter 1: You are a good writer
nhmuhammad #2
Chapter 2: Bestnyeee..update soon pleaseeeee...
Seasony
#3
Chapter 1: Satu chapter dah mcm baca 3 chapter. Panjang ^^ tapi puas baca. Goodluck authornim.
Syifiqifa01 #4
Chapter 2: Wahhhh... so sweet!!! Best nye dpt boyfriend cenggini..