Part 1

Only One Day
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] “Please keluar dengan saya? Satu hari pun tak apa. Saya tak kisah. Janji awak keluar dengan saya. Tolonglah…” Rayu Sehun sampai pegang-pegang lengan segala. Rimas betul. Lelaki ini memang tak reti bahasa dan tak reti putus asa agaknya.

Irene menikamkan pandangannya kepada Sehun. Rasanya sejak Irene jejakkan kaki di SM University ni Sehun dah mula set eyes pada dia. Bukannya Irene tak mahu dating dengan Sehun. Sehun memang handsome, tinggi lampai, kurus tapi tak melidi, kulit seputih susu, hidung mancung tak berapa bak seludang, rambut coklat, pandai bergaya macam idol kpop. Senang kata dia memang jadi idaman semua junior. Bahkan para senior pun ada yang minat pada dia. Tapi yang peliknya Sehun tak habis-habis nak mengorat Irene. Irene naik rimas sebab bangun pagi, Sehun dah tunggu depan rumah sewa. Habis kelas, Sehun dah tunggu depan pintu. Time lunch, Sehun dah tunggu di kafe. Sampaikan satu kuliah salah sangka yang mereka berdua ni pasangan kekasih. Tolonglah... buat masa sekarang ni Irene nak fokus dulu dengan pelajaran. Yalah, baru tahun pertama, takkan dah berangan nak bercinta.

Ini kali ke 257 sehun pinta perkara yang sama dan ini juga adalah kali ke 257 Sehun kena reject. “Tak nak.” Irene tetap berdegil dengan pendiriannya. Tajam matanya mengerling Sehun sambil dia menggigit ais yang dikaut dari cawan kertas yang telah kosong.

“Kenapa awak tak nak keluar dengan saya? Saya kan handsome, tinggi, baik. Rugi awak tak jadi girlfriend saya.” Kata Sehun sempat memuji dirinya. Huh, masuk bakul angkat sendiri!

Irene menjeling lagi. Sebab itulah susah nak sukakan Sehun. Terlalu narsis. Dia ingat dia perfect sangat?

“Jawapan saya tetap no.” Kata Irene lalu mengemaskan beg. Cawan kertas tadi dihempas kasar atas meja betul-betul depan Sehun. Masih ada senyuman nipis di bibir Sehun. Meluap-luap rasa meluat melihatkan Sehun yang seolah-olah telah imun dengan segala penolakan Irene. “Saya dah lambat nak pergi kelas. Bye.”

 

 

 

“Dah dekat tiga bulan, Oh Sehun. Tak nak mengaku kalah lagi?” Suara nakal Jongin menyapa telinga dan Sehun buat muka menyampah. Sandwich tuna dia kunyah perlahan-lahan, memerhatikan Jongin, Baekhyun dan Junmyeon mengambil tempat di hadapannya. Seronok sangat lah tu dapat tengok Sehun kena reject live untuk kali yang ke 257. Bukannya dia tak tahu mereka bertiga menghendap di sebalik tiang kafe belakang Irene tadi.

“Bro, Irene takkan sangkut lah dengan dia. Sebab aku lagi handsome daripada dia!” Seloroh Baekhyun ketawa besar. Seronok sangatlah tu menganjing. Sehun buat muka mengejek.

“Tak habis-habis lagi ke bet korang tu?” Junmyeon menggeleng kepala. Tangannya tak henti-henti menaip sesuatu di telefonnya. “Tak baik permainkan hati dan perasaan orang.”

Jongin, Sehun dan Baekhyun serentak menahan ketawa. Junmyeon pandang mereka dengan muka naif. “What?”

“Hekeleh! Bull lah kau! Kau pun dua kali lima jugak! Awek keliling pinggang!” Tingkah Baekhyun terus saja sound Junmyeon yang acah-acah angel.

“Mana ada. Semua tu kawan je.” Junmyeon seperti biasa tak akan mengaku. Sedangkan setiap hari nama berlainan yang Sehun dengar dia call. Kelmarin, Lena. Semalam, Nami. Esok, Fei. Minggu depan, Mariah Carey.

“Apa-apalah wahai Junmyeon ku sayang.” Kata Jongin pula. Tanda tidak mahu lagi meneruskan topik tentang Junmyeon yang tidak akan berkesudahan dengan penafiannya. Perhatian pantas dialih kepada Sehun yang sudah kenyang. “So, bro, apa progress? Selagi kau tak dapat Irene, selagi tu aku takkan bagi kau apa yang kau nak tu.”

Sehun buat muka kerek. Dia cukup yakin Irene akan jatuh dalam pangkuan aku. Dia yakin Irene mesti akan gila bayang dengannya. “Tunggu je lah. Aku mesti dapatkan dia.”

 

 

 

Irene tercungap-cungap mengambil nafas sebelum dia duduk tersandar ke dinding cermin. Muzik dibiarkan berlagu sementara tangannya mencapai botol air yang tergolek di sisinya.

Sudah menjadi rutin baginya menari seorang diri di studio demi memanfaatkan masa yang terluang. Kadang-kadang kalau ada yang mendaftar untuk belajar menari, Irene dengan sukarela mengajar mereka di pusat komuniti dengan elaun yang cukup makan. Lagipun Irene tak kisah sangat, sebab dia bukannya nakkan duit orang, niatnya cuma mahu bergembira, melakukan apa yang dia suka.

Kedengaran pintu studio dibuka membuatkan Irene lantas tertoleh ke arahnya. Dia ingatkan Minho, salah seorang pengajar tarian di situ mungkin datang untuk melepak memandangnya kelasnya telah tamat beberapa minit lepas. Sebaliknya, seniornya, Junmyeon datang menghampiri sambil tersengih-sengih macam ada sesuatu yang hendak disampaikan. Ini betul-betul memeranjatkan Irene sebab dia memang tidak pernah beritahu sesiapa yang dia ada buat part time di pusat komuniti berdekatan dengan universiti. Tertanya-tanya pula dirinya bagaimana Junmyeon boleh menjumpainya di sini.

“Irene... Umm...” Ucap Junmyeon tampak serba salah setelah Irene menjemputnya duduk di sebelah. Dia belum cukup larat untuk bangun menyambut Junmyeon di muka pintu dek kekejangan yang mula merayap ke betis.

“Yeah?” Kata Irene, menunggu Junmyeon menyatakan hasratnya. Janganlah dia pun ajak keluar jugak, getus Irene. Cukup-cukuplah dengan Sehun yang tak reti bahasa tu. “Kenapa awak ada kat sini? Awak cari saya sampai kat sini?”

“Uh, ya. Saya tanya roommate awak, Wendy.” Jawab Junmyeon teragak-agak.

Semestinya Wendy yang akan beritahu. Kalau bukan dia siapa lagi. Dia bukannya boleh simpan rahsia lama-lama. Pantang diancam sikit, ketakutan terus. Mesti Junmyeon ada ugut apa-apa ni. Lantaklah! Bukan Irene mahu tahu pun.

“Awak tahu kan yang dalam tiga minggu lagi fakulti Art & Design akan adakan festival?” Junmyeon memulakan bicaranya dengan sedikit rasa tidak yakin. Sekejap-sekejap dia larikan matanya daripada memandang Irene. Jelas sekali pemuda kacak berkulit putih melepak itu berasa gementar dan gelisah. Sebab apa? Irene kurang pasti. Mungkin sebabnya akan dibongkar sebentar lagi.

“Sebenarnya untuk persembahan pembukaan dah ada peserta yang kami dah pilih. Tapi,” Junmyeon pandang Irene seketika lalu dilarikan lagi anak matanya. “Seorang peserta tu dah cedera kat pinggang. So, dia dah tak boleh nak join lagi. Dan kami dah kesuntukan masa untuk buat ujibakat lain.”

“And?” Usul Irene apabila Junmyeon tidak menyambung kata-katanya. Kerana lelaki itu rakus menggaru belakang tengkuk dan asyik-asyik menggigit bibir seolah-olah apa yang akan diucapkannya itu akan membuatkan Irene tidak senang.

“Saya harap awak pertimbangkan untuk gantikan dia.”

Irene terdiam. Dia ada juga dengar seorang pelajar performance art dah cedera dan dimasukkan ke hospital akibat jatuh dari tangga di kolej kediaman. Tak sangka pula pelajar itu yang sepatutnya melakukan persembahan pembukaan. Ia sebuah tanggungjawab yang besar. Irene tak nafikan itu. Namun, hati kecil Irene memujuk, apa salahnya tolong orang, lagipun ini peluang besar buat Irene untuk menonjolkan kebolehannya. Ini juga peluang besar buat Irene untuk menunjukkan kepada ibu bapanya bahawa dia layak menari di panggung dan disaksikan oleh orang ramai. Lagipun tak sampai hati hendak menolak permintaan Junmyeon memandangkan sudah susah payah Junmyeon datang mencarinya.

“It’s okay. I guess.” Putus Irene. Junmyeon terus sengih lebar sambil menepuk tangan. Nampak gaya macam hendak melompat pun ada. Terlalu gembira gamaknya.

“Betul ke ni?” Junmyeon menyoal kembali bagi memastikan Irene betul-betul bersetuju. Irene angguk kepala lagi sekali. Dia pun buat muka bersungguh agar Junmyeon nampak bahawa Irene benar-benar serius.

“Yeah. Bila start practice nya?” Tanya Irene. Junmyeon melihat jam tangannya sebelum dia menoleh semula ke arah Irene.

“Esok pukul dua petang. Awak ada kelas tak?”

Mujurlah esok semua kelas Irene bermula pada awal pagi. Menjelang petang memang dia tidak sibuk dan dia akan berada di studio ini untuk terus menari. Irene menggeleng. “Esok petang saya free.”

“Okay. Kalau macam tu, saya akan beritahu partner awak yang awak akan datang nanti. Diorang biasanya practice kat studio kat bangunan fakulti muzik. Awak tak kisah ke kalau awak perlu ke sana?”

“It’s okay. Saya boleh ke sana nanti.” Kata Irene cuba meyakinkan Junmyeon bahawa dia boleh pergi sendiri ke studio yang disebut oleh Junmyeon. Lagipun dia pernah sekali ke sana untuk menemani Seulgi berlatih drama teater semester lepas.

“It’s all set then. Mujurlah awak ada. Saya dah panik tak tahu nak buat macam mana. Nasib baik ada orang yang cadangkan nama awak.” Jelas Junmyeon lalu mereka bersalaman. Telapak tangan Junmyeon terasa basah dek peluh keringat. Memang senang nervous Junmyeon ni.

Irene tidak sempat untuk bertanya siapa yang telah mencadangkan namanya kerana Junmyeon nampaknya betul-betul panik dan kelam kabut untuk beredar.

 

 

 

Irene terlambat lima belas minit dari waktu yang dijanjikan. Dia akui dia benar-benar terlupa dan apabila Wendy bertanyakan tentang Junmyeon semalam, barulah Irene teringat.

Di hadapan pintu studio yang masih bertutup rapat itu, Irene berdiri dengan penuh debaran. Takut pula akan dimarahi oleh pasangannya nanti memandangkan terdengar sayup-sayup muzik rancak dari dalam. Sambil berdoa banyak-banyak, Irene menolak pintu lalu meloloskan dirinya ke dalam.

Studio itu tidaklah sebesar studio di pusat komuniti. Tapi kemudahannya lebih hebat dan lengkap dengan speaker stereo di setiap penjuru siling, dinding cermin yang membalut setiap persegi studio lengkap dengan lantai parket berwarna merah gelap yang tampak lebih mewah berbanding lantai linoleum kelabu di studio pusat komuniti.

Mata Irene terus tertancap kepada seorang pemuda yang menggerakkan tubuhnya mengikut rentak muzik. Dia begitu asyik menari sehingga tidak menyedari kehadiran Irene. Irene membiarkan sahaja pemuda itu tenggelam dalam keghairahan menari. Irene sendiri terleka melihat tarian pemuda itu sehinggalah topi yang dipakai tertanggal dan terpelanting ke cermin ketika dia sedang membuat satu rutin pusingan. Secara tak langsung terlepas helaan nafas terkejut oleh Irene.

“Sehun!” Sebut Irene yang benar-benar terperanjat. Jadi pasangannya untuk persembahan pembukaan itu ialah Sehun? Oh Tuhan, apalah dosanya hingga dia perlu menjadi pasangan tarian Oh Sehun.

“Hei,” Tegur Sehun bersahaja, topi hitam dikutip semula sebelum di kemaskan ke kepala. Rambutnya yang berwarna coklat hilang di sebalik topi. “Datang pun. Ingatkan tak datang.”

Jadi Sehun sememangnya menantikan kehadiran Irene dan pada masa yang sama semuanya terbongkar. Jadi, Sehun yang mencadangkan namanya kepada Jun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
TisyiaKpopper #1
Chapter 1: You are a good writer
nhmuhammad #2
Chapter 2: Bestnyeee..update soon pleaseeeee...
Seasony
#3
Chapter 1: Satu chapter dah mcm baca 3 chapter. Panjang ^^ tapi puas baca. Goodluck authornim.
Syifiqifa01 #4
Chapter 2: Wahhhh... so sweet!!! Best nye dpt boyfriend cenggini..