Pemilik Berus

A Cursed Brush

 

Didalam tren menuju ke Itaewon Station. Ada beberapa penumpang yang ada di dalam gerabak yang pertama. Hampir kesemua mereka adalah pekerja syarikat. Seorang lelaki berpakaian sut hitam tiba-tiba rebah lalu jatuh di tepi tempat duduk penumpang. Kali terakhir mata lelaki itu melihat kelibat seseorang, iaitu Baekhyun yang memegang berus berwarna silver.

 

“ha-ha...matilah kau,”bisik Baekhyun, si Pembunuh Sumpahan.

 

 

Flashback

 

Baekhyun melangkah kakinya masuk ke bilik seni visual. Matanya tertumpu pada almari lama. Dia diberitahu oleh guru untuk membuang perkakas lama yang ada dalam almari tersebut. Tangannya mula menarik pintu almari. Terdapat banyak berus dan lukisan lama terletak di dalam almari ni. Apa yang menarik dimatanya ialah sebuah kotak kayu berukiran tengkorak di sebalik lukisan hitam.

 

“kotak??”Baekhyun mengambil kotak itu. “ni kotak malang ke?”

 

Perlahan-lahan kepala kotak itu dibuka. Sebuah berus silver menarik perhatian Baekhyun. Berus ni macam ada ‘aura’ yang tak pernah dia rasai. Bukan ‘aura’ kecantikan, bukan ‘aura’ personaliti seseorang tapi ‘aura’ kehebatan dalam berus ni. Jarinya mula menyentuh batang berus sebelum memegangnya. Sekeping kertas kecil terselit di tepi kotak. Dia mengambilnya dan baca.

 

‘bila bulu berus ini menyentuh badan seseorang, orang itu akan mati dalam pelbagai keadaan yang merupakan penyebab dia mati’

 

“ahaha!! apa ni?!”Baekhyun tertawa. “orang yang buat berus ni sengaja nak takutkan orang lain ke??”

 

Baekhyun terdiam semula. Kalau betul macam mana? Dia patut cuba atau tak? Sementara dia boleh berfikir dengan waras, dia rasa dia ingin mencubanya. Sebelum tu, dia mengambil semua perkakas yang ada dalam almari itu ke dalam plastik hitam. Semua dah siap. Tinggal nak cuba berus ni je.

 

Kakinya melangkah keluar dari bilik seni visual sambil memegang berus. Dia mencari mangsa yang patut dia cuba tapi dia terjatuh bila berlanggaran dengan seorang pelajar lelaki bernama Junhyeok. Dia selalu buli Baekhyun di sekolah tak kira tempat ;kelas, kantin, koridor dan sebagainya. Perasaan dendam dan keinginan nak membunuh mula bertambah, Baekhyun mengambil kesempatan untuk mencalit buku lali Junhyeok yang kelihatan itu. Junhyeok fikir Baekhyun nak kenakan dia setelah dia terlanggar Baekhyun.

 

“kau buat apa hah??!”dia menendang Baekhyun sehingga dia terhantuk ke dinding.

 

“agh!!”Baekhyun menegrang kesakitan dikepalanya. “b-berus...!”

 

Baekhyun tercari-cari berus yang baru dia sentuh dekat Junhyeok tadi. Selang beberapa saat, Junhyeok rebah lalu jatuh ke lantai. Baekhyun terdiam. Berus itu berada tepat disebelah kepala Junhyeok. Takkanlah...berus ni.

 

“Junhyeok!!”seorang sahabatnya berlari ke arahnya. Dia, Seungnim. “kau ok tak??”

 

Sungnim memeriksa nadi kawannya. Satu nadi pun tidak berdenyut. Wajah Junghyeok sepucat yang mungkin, dadanya berhenti bergerak, dia...dia dah mati. Semua pelajar terkejut dan menjerit ketakutan. Mereka segera menelfon ambulan walaupun kawan mereka sudah pun mati. Mereka masih tidak sedar tentang perbuatan Baekhyun sendiri. Berus Sumpahan tulah yang membunuh Junghyeok.

 

Baekhyun bangun dari lantai. Tak sangka untuk dirinya sendiri. Dia baru je bunuh Junghyeok,si pembuli tu sendiri. Tak, dia tak bunuh! Berus tu yang bunuh dia! Tapi..dia yang buatkan berus tu sentuh buku lali Junghyeok. Tak. Tak. Tak. Apa yang patut dia buat? Buang berus ni atau gunakannya. Rumit. Dia tak tahu nak buat macam mana sekarang ni. Bunyi ambulan telah pun sampai. Semua paramedik datang ke arah Junhyeok. Mereka mula memeriksa Junhyeok satu badan. Salah seorang dari mereka menggelengkan kepala bermaksud Junhyeok telah pun meninggal dunia.

 

“apa?!! Junhyeok dah mati!! Tak! Junhyeok takkanlah ada penyakit??!”Seungnim tak percaya kata-kata paramedik itu.

 

“maaf. Dia mati disebabkan serangan sakit jantung. Itu jelah yang kami tahu,”jelas mereka lalu membawa Junhyeok masuk ke ambulan untuk membedah siasat mayatnya.

 

Seungnim macam tak percaya bahawa Junhyeok mempunyai sakit jantung. Dalam seumur hidup dia, ni kali pertama dia dengar Junhyeok ada sakit. Apa yang dia fikir selama ni?? bukan ke dia ni kawan baik Junhyeok. Dia rasa sedih dan kecewa mendapat tahu Junhyeok berbohong dan mati tanpa meninggalkan kata-kata padanya.

 

****

 

Di rumah

 

Baekhyun dalam dilema bila dia mendapat tahu berus dia temui ini betul-betul mempunyai sumpahan. Dia memeriksa semula kotak coklat itu dan dia terjumpa sekeping lagi kertas warna putih itu.

 

‘berus ini juga boleh membunuh orang dalam jarak yang jauh. Anda tak perlu nak sentuh berus ni pada seseorang. Anda cuma perlu memegang berus ni dan menyebut nama orang yang anda ingin bunuh lalu anda perlu mengingat wajah orang itu, maka orang itu akan mati. Senang dan mudah’

 

“eh?! Berus ni pun boleh buat benda ni?”Baekhyun begitu kagum lalu matanya tertumpu pada television dihadapannya.

 

Berita hari ni mengenai seorang lelaki bernama Jinhoon yang telah membunuh ahli keluarganya sendiri lalu melarikan diri selepas membunuh mereka. Pihak polis cuba menjejakinya tapi tidak berjaya. Pembaca berita menasihatkan orang ramai untuk berjaga-jaga dengan pembunuh ini.

 

Baekhyun memegang batang berus itu. “Jinhoon....,”Baekhyun segera mengingat wajah Jinhoon yang baru dipaparkan di television tadi.

 

Sudah beberapa minit berlalu. Tiada apa-apa yang berlaku. Baekhyun fikir berus ini hanya berkesan apabila bulu berus ini disentuh oleh seseorang. Tiba-tiba berita terkini muncul ditelevision. Pembaca berita yang sama ingin mengumumkan sebuah berita mengejut. Pihak polis menjumpai mayat Jinhoon di tepi jalan. Dia mati disebabkan dia dilanggar oleh sebuah lori membawa batu simen.

 

Baekhyun terdiam, lama-kelamaan dia tersenyum. “ia betul-betul terjadi!!”

 

Bila difikirkan balik, dia rasa dia tak salah bunuh Junhyeok dan Jinhoon sebab mereka orang jahat dan kejam. Fikir dan fikir lagi, Baekhyun rasa dia ingin menggunakan berus ini untuk bunuh semua orang jahat. Sesiapa yang halangnya, dia akan sumpah mereka mengunakan berus ni.

 

End flasback

 

Di Korea, semua kes pembunuhan yang berlaku kepada semua penjahat mati menjadi berita tergempar diseluruh negara ini. Mereka fikir ini perbuatan pembunuh sumpahan yang boleh sumpah orang untuk mati. Ada yang fikir pembunuh sumpahan ini adalah ‘hero’ kerana dia ingin menghapuskan semua penjahat tapi ada yang fikir pembuunuh sumpahan ini keterlaluan. Mereka menganggap ini semua kerja ahli sihir tapi anggapan mereka salah. Semua perbuatan ini dari Baekhyun sendiri. Seorang manusia biasa. Kegilaannya untuk membunuh semua orang jahat semakin membuak.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Ifahzira
#1
Chapter 2: Saya suka watak Z.. btw update soon!! Saya enjoy baca fanfic ni..
KawaiiVJRBaby #2
I just - can't lol <3I just - can't lol <3