Dia Z?!

A Cursed Brush

Pihak polis mula risau dengan perbuatan pembunuh sumpahan ini. Perbuatannya telah menjejaskan reputasi polis. Di dalam dewan, ramai ketua polis tempatan berkumpul. Semua orang kusut nak selesaikan kes pembunuh sumpahan ni. Kalau mereka tidak berbuat apa-apa, reputasi mereka sebagai polis akan menjadi buruk. Mereka berbincang pelbagai perkara tentang pembunuh sumpahan. Terlalu banyak misteri dan mereka tidak mempunyai bukti tentang identiti pembunuh upahan itu. Mereka mula bergaduh kerana tidak mempunyai pendapat yang sama.

 

“diam!!”teriak Ketua Polis Negara. “k-kita tiada pilihan lagi. Kita kena hubungi Z,”

 

“Z??”kali pertama polis-polis tempatan yang lain mendengar nama Z. “siapa Z?”

 

Ketua Polis Negara mula bersuara. “dia ialah penyiasat antarabangsa. Dia dapat selesaikan kes yang rumit di luar negara tapi dia hanya akan ambil kes yang menarik perhatian dia. Aku tak tahu kalau aku dapat hubungi dia,”

 

Bunyi deringan di poket seluar Ketua Polis Negara. Dia segera mengangkat panggilan telefonnya. Dia mendengar satu suara yang sedikit batuk.

 

“[Hello Ketua polis! Ni aku, Z]”

 

“Z?! Kau Z?!! M-macam mana kau dapat nombor telefon ni?”

 

“[huuurmmm~ aku baru je dapat. Tentang kes yang baru kau bincang dengan polis tu, aku terima tau!]”

 

“ehh??! Apa?! K-kau dekat mana sekarang ni? macam mana kau tahu kami semua bincangkan hal ni?”

 

“[relax~ Aku tak ada banyak masa lagi. Kejap lagi aku datang!!]”

 

Tap!

 

“ah...,”panggilan yang diterima Ketua Polis ditutup. “b-biar betul. Dia nak datang?!”

 

Bunyi ketukan pintu dari luar, menarik perhatian semua polis. Seorang lelaki memakai mask yang menutupi hidung dan mulutnya mula membuka pintu lalu berjalan masuk ke dewan. Baju lengan panjang dipakainya berwarna hitam yang mempunyai gambar donut, turut menarik perhatian orang lain kerana dia berada di dalam perbincangan rasmi polis. Dia menunduk hormat kepada Ketua Polis begitu juga dengan polis yang lain.

 

“anyeong. aku Z,”

 

“Z??!!”semua orang terpinga-pinga melihat Z. Baru bincang pasal dia, dia dah muncul depan mata. “t-tapi.....,”mereka semua merenung ke arah Z.

 

“hmm...,”Z memandang bajunya pula. “sorry lah kalau aku pakai baju macam ni. baju ni dah dikira sebagai uniform penyiasat yang rasmi bagi aku,”

 

Rasmi? Ok. semua orang masih lagi terkejut apa yang dikatakan oleh Z. Dia mempunyai pemikiran yang begitu pelik. Pada pandangan semua, Z seperti makhluk asing di dalam dewan ini untuk tawan dunia ni.

 

“jangan salah faham. Aku datang ni semata-mata nak selesaikan kes ni. Tanpa kerjasama korang semua, ia akan merumitkan lagi kes ni. jadi, harap korang semua bertenang.”Z tahu semua polis bergaduh sebelum dia memasuki dewan ini, dia malas nak tengok keadaan yang begitu tegang kerana itu bukan cara untuk selesaikan masalah.

 

Seorang pembantu polis menyediakan kerusi untuk Z. Dia pun mengucapkan terima kasih lalu dia segera melabuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut. Z meminta semua bukti-bukti yang baru mereka dapat untuk mendapatkan klu. Satu dokumen berwarna coklat perang diserahkan kepadanya. Dia membaca. Semua mangsa adalah penjahat ataupun criminal. Cara mati, ada dua. Ada yang mati kerana sakit dan ada yang mati kerana kemalangan. Sungguh sedikit bukti yang mereka dapat. Tapi bagi Z, ia merupakan sebuah bukti yang penting baginya.

 

“apa jalan penyelesaian korang untuk cari pembunuh sumpahan ni?”soal Z.

 

Seorang ketua Polis dari daerah Gangnam segera bangun. “kami akan buat pemantauan yang ketat!”

 

“tak!”bantah Ketua Polis daerah Itaewon. “cara tu tak berkesan! Dia tu pembunuh sumpahan! Dimana-mana pun dia boleh sumpah orang!!”

 

“dia mungkin polis sebab tu dia bunuh orang jahat,”terang Ketua Polis daerah yang lain.

 

Mulalah pergaduhan diantara Ketua Polis dari pelbagai daerah di dewan ini. Ketua Polis Negara bengang kerana melihat karenah anak bawahannya yang tidak berkelakuan sebagai polis yang profesional. Z pula tertawa riang kerana terlalu lawak sehingga ketawanya menarik perhatian semua polis di dalam dewan ini.

 

Z perasan semua orang melihatnya. “a-apa?”

 

“kau ketawa tu kenapa??!”marah mereka semua. Ketua Polis Negara terdiam tidak mengatakan apa-apa.

 

Z tersenyum nipis. “sebab cadangan korang semua tu terlalu bosan. B.O.S.A.N!”

 

“hah?!”semua terkejut dengan kata sindiran Z.

 

“bukan nak cakap apa. Buat apa nak susah-susah fikirkan cara nak tangkap pembunuh sumpahan tu dengan strategi yang mantap dan membosankan tu?! lebih senang kalau kita ‘berterus terang’ dan bersantai dengan dia. Senang kan?”cadang Z.

 

Itulah kali pertama mereka mendengar cadangan macam tu. Z dah gila ke? kalau berterus terang, pasti pembunuh sumpahan tu akan sumpah Z dan dia akan mati. Tapi Z kata polis tak perlu susah-susah kerana dia seorang penyiasat persendirian, jadi biar dia tangani kes ni. Ramai yang tidak bersetuju. Apa gunanya polis? Tugas polis adalah untuk menjaga keamanan negara tapi tugas penyiasat juga untuk selesaikan kes yang rumit. Matlamat dia dan mereka hampir sama, jadi mereka perlu berkerjasama walaupun tidak mempunyai sepakat yang kukuh.

 

“macam mana kita nak berterus terang dengan dia? Kau tak tahu siapa pembunuh sumpahan tu,”jelas Ketua Polis Negara.

 

Z memetik jarinya. “itu senang je. First, matlamat dia adalah nak bunuh orang jahat, jadi dia bukan berada dikalangan polis ataupun penjahat. Second, aku tengok fail tu, waktu kematian semua mangsa dalam waktu petang dan malam. cuba teka siapa yang ada masa pada waktu petang dan malam?”

 

“hmm..pekerja?”jawab yang lain.

 

“salah. Dia mungkin seorang pelajar,”jawab Z. Semua orang terkejut dan tak percaya, Z tidak mengendahkan keadaan sekelilingnya. “nak tahu kenapa? Pekerja biasa selalunya akan balik pada waktu malam dan mereka tiada masa untuk memikirkan hal-hal yang lain kerana terlalu penat berkerja di waktu pagi hingga waktu petang manakala pelajar pula, mereka balik pada waktu petang dan mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan,”

 

 

Semua orang pada mulanya fikir Z ini adalah penyiasat biasa, tapi mereka tak sangka hanya menggunakan bukti yang sikit, dia dapat tahu identiti pembunuh upahan adalah seorang pelajar. Mereka mula tertarik cara pemikiran Z walaupun dia ni sedikit pelik.

 

“tapi dekat Korea, terlalu banyak sekolah. Susah nak cari,”jelas mereka.

 

Z hanya tersenyum lebar. “senang je. Criminal yang pertama mati dulu ialah Jinhoon kan? pada hari yang sama, ada seorang pelajar mati. Nama dia Junhyeok. Dalam laporan kesihatannya mengatakan, dia tiba-tiba diserang sakit  jantung. Pelikkan? Keluarganya pun terkejut dengan kematiannya. Seumur hiduo Junhyeok, dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik seperti sakit jantung. Jadi, pembunuh tu mungkin berada dalam sekolah tu,”jelas Z lalu melemparkan dokumen di atas meja. “itu je yang aku tahu,”

 

“emm....Z,”panggil seorang ketua polis daerah Ilwa. “kenapa kau terima kes ni?”

 

Z tersenyum sambil menutup matanya. “hmm.....sebab aku suka dia~”

 

“Haaaaaaaaaaaahhhhh???!!”tercengang semua orang. “s-suka??!”

 

Kata-kata Z sering mengundang ketidakselesaan mereka. Ia sememangnya sebuah dunia baru yang pernah mereka menyelami tentang Z.

 

“ahaha!”Z tertawa riang walaupun dia tahu keadaan sekarang sungguh tegang, dia tak nak semua polis berasa gentar menghadapi Pembunuh Sumpahan tu nanti. Dia pun tahu, musuh yang dia temui nanti amat berbahaya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Ifahzira
#1
Chapter 2: Saya suka watak Z.. btw update soon!! Saya enjoy baca fanfic ni..
KawaiiVJRBaby #2
I just - can't lol <3I just - can't lol <3