The Truth and Perhaps Another Chance

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] THE TRUTH AND PERHAPS ANOTHER CHANCE [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] 2076.

Nombor yang tertera pada kertas kecil itu dilihat dengan mata yang semakin berat. Gilirannya masih jauh. Angka di papan elektronik masih lagi mengekalkan nombor 2041. Entah kenapa lama sangat. Ambil ubat saja kot. Dah berapa kali Bomi menguap pun dia dah tak ambil kira. Dua tiga hari ini bukan main lagi penatnya. Lepas kelas, dia kena pergi kerja. Balik kerja pula, terus ke hospital untuk melawat abangnya. Petang nanti Luhan dah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Oleh itu, Bomi harus ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat abangnya.

Junmyeon masih tidak tahu tentang kecelakaan yang menimpa abangnya. Apa agaknya reaksi Junmyeon kalau dia tahu? Adakah Junmyeon akan datang melawat? Adakah mereka akan cuba memulihkan hubungan mereka yang keruh?

Aduhai... bilalah Bomi boleh pulihkan hubungan mereka berdua. Nak juga kembali macam masa sekolah dulu. Ke mana-mana saja mesti bertiga. Tapi dengan life Bomi yang mula kusut ni, baik Bomi selesaikan yang depan mata dulu. Mujurlah Chorong tak mahu ganti rugi. Urusan insurans dan laporan polis telahpun di uruskan oleh adiknya, Chanyeol.

Hayoung tak dapat menemaninya hari ini kerana banyak stok pakaian baru sampai di butik tempat kerjanya. Hanya Naeun saja yang kerap datang berkunjung membawakan makanan kepada abangnya. Curiga juga dia dengan hubungan mereka. Namun, setelah ditegaskan mereka hanya berkawan, Bomi dah malas nak menyakat.

Baekhyun pula memang dah lama tak datang. Dia datang pun masa hari pertama Luhan ditahan di hospital. Lepas tu tak ada pula dia datang melawat. Di Lavenda pun dia tak singgah sewaktu shift kerja Bomi. Call pun tak. Mesej pun tak.

Rindu?

Adalah sikit. Rindu nak gaduh dengan si Monyet tu.

"Oh! Bomi!" Teguran itu membuatkan Bomi tersentak dari lamunannya. Habis hilang bayangan si Monyet itu dari kotak fikirannya. Berkaca mata tebal, seorang pemuda berkot makmal putih berdiri di sebelah tempat duduknya. Senyuman mesra tak lekang dari bibirnya.

"Ermm... siapa ek?" Bomi memang tak cam siapa pemuda yang menegurnya.

Kaca mata itu ditanggalkan. "It's me. Minhyuk. Relatives Baekhyun. Remember?"

Terbeliak Bomi melihat wajah Minhyuk yang tiba-tiba jadi tampan lepas dia tanggalkan kaca mata. Kalau dia kenakan kaca mata, memang nampak smart tapi kalau tak pakai, peh, 100 kali ganda handsome dari Baekhyun. Namun, masih tak boleh dibandingkan dengan Junmyeon.

"Ah! Saya ingat! Apa awak buat kat sini?" Seraya Bomi bangun sebagai tanda hormat. Tapi ditahan oleh Minhyuk yang menyentuh sebelah bahunya. lalu Bomi kekal melabuhkan punggung di kerusi plastik itu sementara Minhyuk mengambil tempat di sebelahnya.

"Saya doktor kat sini. Awak pulak buat apa kat sini?"

Whoa... doktor? Memang tak sangka langsung.

"Saya nak ambilkan ubat untuk abang saya. Dia kemalangan tiga hari lepas. Petang ni dah boleh balik." Jelas Bomi. Minhyuk menunjukkan riak simpati seraya tangan Bomi ditepuk lembut. "I'm sorry to hear that. Harap abang awak cepat sembuh. Boleh saya tahu macam mana abang awak kemalangan?"

Dari mula sampai habis Bomi ceritakan alkisah kemalangan yang menimpa abangnya hingga ke hari dia dimasukkan ke hospital. Minhyuk setia mendengar dan memberikan reaksi yang sepatutnya. Sekejap dia angguk kepala, sekejap dia tertawa, sekejap dia hanya mendiamkan diri memasang telinga.

Terlintas satu persoalan yang hanya Minhyuk sahaja yang punya jawapannya. "Boleh saya tanya awak something tak?"

"Boleh je. Tak ada hal."

"Since awak ni relatives Baekhyun, awak kenal ke dengan Park Chorong? Dialah yang kemalangan sama dengan abang saya."

Muka Minhyuk nampak terkejut bukan kepalang. "Betul ke ni? Kenapa saya tak tahu apa-apa ni? Ni mesti sebab saya busy sangat dengan kerja. Yes. Saya kenal dengan Chorong tu. Dia salah seorang board director hospital ni besides me."

Kali ini Bomi pula yang terkejut. Patutlah Chanyeol tolong settlekan bab bayaran hospital. Wait. Ini bermakna Chanyeol sebenarnya seorang chaebol seperti kakaknya? Seperti Minhyuk? Seperti Junmyeon? Seperti Baekhyun?

Tapi kenapa dia bekerja sebagai setiausaha Baekhyun? Selama mereka kenal, tak pernah Chanyeol bercakap tentang latar belakangnya. Hayoung pun sekadar mengenali teman lelakinya itu sebagai pemuda yang sederhana saja.

Apa semua ni??????????

"Bomi? Are you okay? You looked so pale." Tegur Minhyuk berbaur risau.

Lantas Bomi mengukir senyum setelah mengusir lamunannya tadi. "Oh, yeah. Yeah. I'm okay."

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Nak balik. Dah dua hari tak balik rumah. Baik-baik ye?" Ujar Minhyuk sebelum dia bangkit dari kerusi. Bahu Bomi disentuh lembut. Memang gaya doktor.

"Okay. Bye, Minhyuk. Eh, Dr. Minhyuk." Bomi sempat lagi berseloroh dengan Minhyuk. Berdasarkan personaliti Minhyuk, dia yakin nanti Minhyuk pasti tak bagi dia panggil gelarannya.

"Ish, tak payah nak berdoktor sangatlah." Haaa... kan betul!

Bomi dan Minhyuk sama-sama tergelak. Selepas Minhyuk beredar, Bomi duduk kembali. Menanti giliran untuk mengambil ubat. Nampaknya sudah berbaki lagi lima orang sebelum Bomi.

Adakah Hayoung tahu Chanyeol sebenarnya anak orang kaya? Patutkah Bomi beritahu? Kenapa Chanyeol sembunyikan identitinya? Ini kira Chanyeol dah tipu Hayoung dan Bomi ke?

Lantas dia keluarkan telefon selepas d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)