Suara

Mute
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]

Tujuh Tahun Lalu

 

"Arghhh!"

 

Bertubi-tubi jeritan kedengaran dari dalam bilik tidur Eunjung. 

 

"Kai!"

 

Seruan nama 'Kai' bagaikan rayuan mentera yang menghakis kewarasan minda. Sandara gagal bernafas setiap kali melihat tapak tangan Eunjung mencengkam pedih baju tidur di hadapan dadanya.

 

Kalau dulu, dia lah yang akan mencapai tangan Eunjung dan kawan itu sehingga dia bisa memejamkan mata untuk tidur tetapi sekarang, dia telah kehilangan hak untuk berada di tempat itu. Ekoran kecuaian dirinya, teman lelaki Eunjung, Kai, meninggal menyelematkannya. Dan yang menyakitkan sekali ialah—Sandara masih bernafas.

 

"Balik lah, Enn..." Sepasang tangan menyentuh lembut kedua belah bahu Sandara​​​​​​​ . Dari sudut pandangan mata Sandara​​​​​​​ , dia melihat Jiyeon, iaitu kakak sulung kepada Eunjung. Gadis itu turut sama memerhatikan situasi tragis dari luar pintu bilik Eunjung. 

 

"Aku merayu..." sambung Jiyeon. Wajahnya ditoleh sedikit ke arah kanan, anak matanya mengerling dari tepi. "Jangan muncul...di hadapan adik aku lagi." 

 

Buat kali pertamanya, Sandara​​​​​​​ menggigit bawah bibirnya, seakan-akan menahan air mata daripada gugur menyembah bumi. Namun, siapa dia untuk berasa demikian? Segala yang telah berlaku semua berpunca daripada dirinya. Satu nyawa melayang demi menyelamatkan nyawanya...

 

"Aku mohon..." Baru setapak kaki Sandara​​​​​​​ melangkah mahu beredar, kata-kata Jiyeon membantutnya niatnya. Jiyeon mengiringkan tubuhnya separuh ke belakang. Dia mahu memastikan ucapannya ini sampai dengan jelas ke pendengaran Sandara​​​​​​​ .

 

"To-Tolong k-kalau kau masih sayangkan Jiyong, tinggalkan dia kerana sekarang ni semua orang dah mula bencikan dia kerana masih berdegil untuk berpihak dengan kau..." Setiap bait perkataan yang terucap menerusi bibir Jiyeon hanyalah kesan sampingan buat Sandara​​​​​​​ . 

 

Kotak suaranya tercedera semenjak kemalangan dua minggu lepas, dan dia bakal menjalani pembedahan tidak lama lagi. Walaupun pembedahan itu tidak memberi jaminan terhadap pemulihan suaranya dahulu namun dia tekad mahu menjalaninya...demi Jiyong. Tapi, kalau Jiyong juga meninggalkan dirinya, membenci takdir yang meliputi saki-baki hidupnya...Sandara​​​​​​​ , akan retak.

 

2016

 

"Macam mana dengan keadaan uncle?" Onah lepas yang bersemadi di dalam dada Sandara​​​​​​​ tercetus kembali pada saat Jiyong bertanya khabar tentang ayahnya. Dengan segera, kepalanya dihadapnya ke arah Jiyong yang duduk di sebelah. Dahinya berkerut seolah-olah ingin bertanyakan sesuatu...

 

'Kwon Jiyong, b-berani kau tanya macam tu dengan aku? Un-Uncle? Dia dah lama meninggal dunia sebab spesis manusia macam kau ni!' Sandara​​​​​​​ berbicara di dalam hati. Dadanya kembang kempis mengingat kembali insiden tragis sewaktu ayahnya meninggal empat tahun lepas...

 

"Huh? So...uncle sihat tak?" Jiyong menyoal lagi. Dia tidak reti berhenti sehingga soalan di mindanya terjawab. Sandara​​​​​​​ akur, sifat itu masih lagi Kwon Jiyong. Dia langsung tak berubah, namun apa yang membuatkan dia fikir Sandara​​​​​​​ masih sama seperti dahulu?

 

Bergelar dalang kepada kematian Kai, Sandara​​​​​​​ telah menghadapi saat-saat tersukar di dalam kehidupannya pabila kotak suaranya hampir mengancam nyawa. Keluarga Eunjung dan Sandara​​​​​​​ menjadi tidak sehaluan sehingga akhirnya mereka menarik diri daripada menjadi salah satu pemegang syer terbesar di dalam syarikat ayah Sandara​​​​​​​ . Tindakan itu bukan saja menjejaskan kestabilan kewangan syarikat ayah Sandara​​​​​​​ , secara tidak langsung, ia juga telah memusnahkan syarikat itu. Tidak sampai setahun, syarikat keluarga Sandara​​​​​​​ lingkup dan mereka sekeluarga diisytiharkan bankrup. 

 

Dan...di dalam kekalutan itu semua, Jiyong memutuskan perhubungan dengan Sandara​​​​​​​ .

 

"Wei, Jiyong! Boring nyer soalan kau ni..." Jungkook akhirnya mencelah seraya menoleh ke belakang. Kening belah kanannya terangkat ke atas.

 

Jiyong mendengus perlahan. Dia berasa kurang selesa menerima kritikan daripada Jungkook, macamlah dia saja-saja nak tanya soalan tu untuk menyakitkan hati sesiapa. Dia ingin tahu, serius. Kalau dah tahu buat apa tanya kan? Selurus bendul macam mana sekalipun Jiyong, dia takkan sesekali menggunakan 'ahli keluarga' untuk melukakan perasaan sesiapa jua. Cumanya, semenjak dia berpisah dengan Sandara​​​​​​​ , kel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
QuincyOat
#1
Chapter 1: This is just so perfect. Maksud saya, suasana dekat perhentian bas tu betul-betul dingin and awkward sangat sampai saya yang kat rumah ni pun rasa feeling yang sama. Heol, mungkin background music tu yang membantu chapter ni. but anyway, saya suka!