Dingin

Mute
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]Episod 1[/CONTENTID1]

 

[CONTENTID2]dingin[/CONTENTID2]

 

 

[CONTENTID3]

 

Sandara yang kelihatan tidak terusik langsung akan kehadiran Jiyong menimbulkan seribu persoalan pada wajah jejaka itu.

 

Sepi. Hanya bunyi angin pagi kedengaran dan...degupan jantung masing-masing.

 

Jiyong memerhatikan penampilan Sandara dari hujung rambut hingga ke bawah. Entah mengapa, perasaan yang asing menyelubungi kalbunya. Ia terlalu sukar untuk diluahkan menerusi bibirnya yang seolah-olah terkunci rapat.

 

Kepala Sandara ditunduk sedikit ke bawah, sekadar memerhatikan timbunan salji mengelilingi tapak kaki bekas teman lelakinya, Jiyong. Sekali-sekala, anak matanya mengerling ke anggota tangan Jiyong. Dia berasa geram terhadap dirinya apabila merasakan bebanan di dalam hatinya seolah-olah terbebas apabila mendapati tiada cincin tersarung pada jari-jemari Jiyong.

 

'Tujuh tahun tak jumpa, benda pertama yang kau musykil adalah sekiranya dia sudah berkahwin atau tak? Tsk. Sandara ...boleh tak kau jangan memalukan diri sendiri...' Di dalam hati, Sandara masih mencuba mendisiplinkan dirinya.

 

Keluarga Jiyong dan Sandara rapat semenjak mereka lahir. Hasrat rasmi dua buah keluarga tersebut direstui takdir pabila hubungan Jiyong dan Sandara secara automatinya berputik kepada cinta ketika mereka di bangku sekolah lagi. Mereka tidak pernah terpisah, sentiasa melakukan sesuatu bersama-sama. Jiran, rakan sekelas, dan buah hati. Segala-galanya terlukis seperti cerita kayangan sehinggalah kemalangan yang mengakibatkan Sandara kehilangan suaranya merombak tali ikatan di antara mereka dengan drastiknya.

 

Jiyong yakin suaranya jelas untuk didengari namun yang dia tidak pasti ialah Sandara . Adakah Sandara sedang mendengar...ataupun dia sebenarnya malu? Tujuh tahun tidak bertemu dan hari ini, takdir menemukan mereka di perhentian bas untuk ke majlis reunion sekolah menengah masing-masing.

 

"Aku dengar kau dah boleh bercakap." Jiyong berdehem seraya itu meletakkan genggaman tangan di depan mulut. 

 

Bibir Sandara terangkat sedikit ke atas. Terbit perasaan ngilu di dalam sanubarinya. Tentu saja, Jiyong gagal mentafsir tanda tersebut pada wajah wanita tersebut. Tidak berpuas hati, Jiyong menapak satu langkah, mendekatkan jarak mereka. 

 

Salji menghujani dua insan tersebut. Mujur Jiyong sempat mengenakan jaket tebal sebelum keluar rumah tadi. Malang sekali buat Sandara , hanya blouse krim serta jaket luar yang tipis sehingga ke paras bawah lutut melindungi tubuhnya.

 

"Aish, k-kau tak tengok cuaca dulu sebelum keluar macam ni?" Jiyong menyambung bicara. Dia sedar, hanya dia seorang yang berkata-kata semenjak dua pasang mata mereka bertentang tadi. 

 

Segaris senyuman tawar tertampal pada bibir Sandara . Dengan gerak tanga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
QuincyOat
#1
Chapter 1: This is just so perfect. Maksud saya, suasana dekat perhentian bas tu betul-betul dingin and awkward sangat sampai saya yang kat rumah ni pun rasa feeling yang sama. Heol, mungkin background music tu yang membantu chapter ni. but anyway, saya suka!