Chapter 4

When Got7 Falling In Love : Sincerely, Your Fan.
Please Subscribe to read the full chapter

 

      Sudah hampir tiga hari setelah kejadian itu berlaku. Selama tiga hari itulah Gaeul tidak hadir ke sekolah. Naeun memaklumkan kepada guru kelasnya bahawa Gaeul mengalami demam panas. Mark dan Jackson ingin melawat Gaeul, namun Naeun berkata bahawa Gaeul tidak mahu menerima sebarang lawatan daripada sesiapapun, termasukla dirinya.

     "Bosannya," keluh Naeun. Jackson mengelus perlahan rambut teman wanitanya sambil tersenyum. "Rindu Gaeul ke?" soalnya. Naeun mengangguk. Naeun, Mark dan Jackson berada di kafe untuk menikmati sarapan sebelum kelas bermula. "Morning Naeun," ujar satu suara yang amat dirindui oleh mereka bertiga. Mereka segera menoleh dan melihat Gaeul sedang tersenyum memandang rakan baiknya.

     "Omo Gaeul! Kenapa tak cakap dengan aku kau nak datang sekolah hari ni? Boleh aku pergi dengan kau. Demam kau dah okay ke?" soal Naeun, teruja bercampur prihatin. Gaeul tersenyum kecil dan mengangguk. "Sorryla aku kacau kau sarapan dengan buah hati kau. Saja je nak inform kat kau yang aku dah masuk, nanti takdela kau buat drama jejak kasih kat kelas nanti," jawab Gaeul bergurau.

     "Mana ada kacau, eh jomla makan sekali," ajak Naeun. Gaeul tersenyum sebelum menggeleng. "Takpela, aku nak masuk kelas dulu. Have fun. Jackson, jaga Naeun kayh. Bye," jawab Gaeul sebelum berlalu. Dia langsung tidak menegur Mark yang hanya merenungnya dari tadi. "Kau tak tegur dia ke Mark?" soal Jackson. Mark menggeleng. "Takpela, aku rasa dia masih marahkan aku," jawab Mark.

     Jackson dan Naeun hanya menggeleng melihat gelagat Mark. Seminggu sudahpun berlalu selepas Gaeul hadir ke sekolah, dan sepanjang tempoh tersebut dia langsung tidak menegur Mark, apatah lagi mahu merenungnya. Tiada lagi sticker note yang mengandungi kata kata semangat yang bertampal di dalam meja Mark. Perangai Gaeul juga sudah berubah.

    Jika dulu selepas waktu persekolahan tamat, kebiasaannya dia akan keluar bersama Naeun namun kini dia terus pulang ke rumahnya. Pelbagai alasan yang diberi olehnya apabila Naeun mengajaknya keluar. Mark sedar bahawa Gaeul ingin menjauhkan diri daripadanya, dan sejujurnya dia amat terluka dengan perubahan gadis itu. Dia bertekad untuk memberitahu Gaeul kebenaran yang disimpan selama ini.

**************

    Mark sedang berjalan bersama Jackson menuju ke gim sekolah apabila tiba tiba sahaja Gaeul menghampiri mereka berdua. ""Jackson, Naeun panggil awak. Dia ada dekat bilik rawatan, kaki dia terseliuh tadi," ujar Gaeul. Jackson segera berlalu meninggalkan Mark dan Gaeul dan menuju ke bilik rawatan. Gaeul terus berpaling dan melangkah pulang namun dihalang oleh Mark.

    "Awak nak balik dah ke? " soalnya. "Hmm," jawab Gaeul dingin. "Saya temankan awak," ujar Mark. Gaeul menoleh ke arah lelaki itu. "For what? Tak payahla, selama ni saya boleh je balik sendiri," balasnya dan terus berlalu. Mark mendiamkan diri namun masih mengikutinya dari belakang.

     Gaeul mengeluh apabila lelaki itu masih berdegil ingin menemaninya pulang namun dia hanya membiarkan sahaja dan mengeluarkan mp3 miliknya untuk mendengar lagu. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Gaeul, Mark memerhatikan gelagat Gaeul yang kelihatan tenang apabila mendengar lagu daripada mp3nya. Sesekali Gaeul menyanyi kecil mengikut lagu yang didengarnya. Mark tersenyum melihatnya.

     Akhirnya mereka berdua tiba di  rumah Gaeul. Gaeul sedikitpun tidak menoleh ke arah Mark, dia segera membuka pintu pagar rumahnya. Mark segera memgang tangan Gaeul menahannya masuk. Gaeul merasakan ada cas eletrik yang mengalir tatkala Mark memegang tangannya. Jantungnya automatik berdegup laju. Secara jujurnya dia sedar kehadiran Mark, namun dia tahu tiada apa yang ingin diucapkan oleh lelaki itu sebab itulah Gaeul hanya membuat tidak tahu akan kehadirannya.

    Gaeul memandang Mark sebelum menghalakan pandangannya ke arah tangannya yang dipegang oleh lelaki itu. Mark segera melepaskan pegangannya apabila melihat pandangan Gaeul. Anehnya perbuatannya itu menyebabkan jantung Mark bedegup kencang dan wajahnya berubah merah. "Awak nak apa?" soal Gaeul bosan apabila melihat Mark hanya merenungnya dan mendiamkan diri walaupun renungan Mark membuatkan jantungnya berdegup pantas.

    Mark tersentak apabila mendengar nada suara Gaeul. Dia segera mencapai beg galasnya sebelum mengeluarkan sebuah surat dan menghulurkannya kepada Gaeul. Gaeul merenung kosong surat tersebut sebelum memandang ke arah Mark. "Apa ni?" soal Gaeul. "Awak nak penjelasan saya kan? Kat dalam surat ni ada semua penjelasan saya. Awak bacala, tapi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
got7imsungri #1
Chapter 5: sweet sangat...siap lgu confession song lagi...