Chapter 3

When Got7 Falling In Love : Sincerely, Your Fan.
Please Subscribe to read the full chapter

 

     Sudah hampir sebulan Gaeul menjadi teman wanita Mark, namun begitu Mark masih lagi dingin dengannya. Mark masih membahasakan  dirinya sebagai aku, engkau. Kadang kala Gaeul berasa bahawa Mark tidak menganggap dirinya sebagai teman wanita lelaki itu kerana mereka masih lagi seperti orang asing, tidak seperti Jackson dan Naeun yang sering melakukan skinship di hadapan pelajar lain. Gaeul mengeluh sebelum menekup wajahnya.

    "Kenapa ni? Asyik mengeluh je," tegur Naeun. Gaeul merenung Naeun. "Naeun, kau rasa aku dengan Mark ni memang betul betul couple ke?" soal Gaeul. Naeun mengerutkan dahinya. "Kenapa kau cakap macam tu? Of coursela kau couple ngan dia," jawab Naeun. "Bukan apa, aku cuma pelikla. Kau dengan Jackson couple tapi takdela macam aku ni. Awkward je tau tak. Dia pun still bahasakan diri dia aku, engkau. Aku taknak jadi clingy, tapi tula.." keluh Gaeul. Naeun menepuk perlahan bahu Gaeul untuk memberi semangat.

     "Ha! Since esok Valentines Day, apa kata kau buat coklat untuk Mark then kau letakla sticky note macam selalu kau buat tu. Pastu bagi dekat dia," cadang Naeun. Gaeul memikirkan cadangan rakannya itu. "Bagus juga cadangan kau. Okayla, balik nanti aku singgah kedai nak beli barang," ujar Gaeul. "Kau nak pergi balik ni ke? Nak ikut weyh. Aku pun nak buat juga coklat untuk Jackson. Harini aku stay kat rumah kau la, boleh tak?" pinta Naeun. Gaeul tersenyum dan mengangguk.

     Selesai sahaja sesi persekolahan, Gaeul dan Naeun mengemas barangnya dan segera keluar menuju ke rumah Naeun untuk mengambil pakaiannya sebelum pergi ke rumah Gaeul. Mereka membersihkan diri dan memakai pakaian yang lebih kasual sebelum bertolak ke pasar raya. Setelah selesai membeli barang, mereka pulang ke rumah dan memulakan operasi membuat coklat.

     Beberapa jam kemudian coklat tersebut siap dibuat. Gaeul tersenyum melihat hasil kerjanya. Dia membantu Naeun membungkus coklat yang ingin diberi kepada Jackson sebelum dia membungkus coklat yang ingin diberi kepada Mark. "Finally, siap juga. Can't wait to see their reaction tho," ujar Naeun gembira. Gaeul tersenyum dan mengangguk. Mereka segera membersihkan meja dan mengemas apa yang patut sebelum naik ke bilik untuk tidur.

**************

     Gaeul dan Naeun menuju ke sekolah bersama sama. Masing masing memegang coklat yang telah siap dibungkus. Naeun segera menuju ke arah Jackson diikuti oleh Gaeul. "Hey babe, Happy Valentines Day," tegur Naeun lalu mencium pipi Jackson sebelum memberi coklat yang dibuat olehnya. Jackson mengambil bungkusan coklat tersebut dan mencium pipi Naeun seambil mengucapkan terima kasih.

     Gaeul tersenyum lalu meminta diri untuk mencari Mark. Dia menuju ke kela

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
got7imsungri #1
Chapter 5: sweet sangat...siap lgu confession song lagi...