Chapter 1

When Got7 Falling In Love : Sincerely, Your Fan.
Please Subscribe to read the full chapter

         Gaeul memerhatikan suasana kelas yang riuh rendah dengan suara pelajar perempuan memberi hadiah kepada pelajar lelaki paling popular di sekolahnya, iaitu Mark dan Jackson. Kedua pelajar itu merupakan pelajar paling popular dalam sekolah disebabkan mereka lahir di luar negara, Jackson di Hong Kong dan Mark di Los Angeles. Selain itu, Mark dan Jackson juga terkenal disebabkan wajah mereka yang kacak, kemahiran mereka bermain bola keranjang, pandai dan macam macam lagi. Pendek kata mereka merupakan karakter paling sempurna dan layak digelar hero dalam drama. Namun kedua duanya mempunyai watak yang berbeza. Mark merupakan seorang yang pendiam dan dingin. Dia lebih suka menyendiri dan sangat bencikan perhatian. Dia lebih suka menghabiskan masanya di perpustakaan, taman ataupun di bumbung sekolah mereka berbanding Jackson yang ceria dan mesra dengan semua orang. Macam mana Gaeul boleh tau? Sebab dia meminati Mark semenjak kali pertama Mark dan Jackson kasuk ke dalam kelas mereka.

        Pang! Bunyi meja diketuk mematikan lamunan Gaeul. Dia merenung kawan baiknya Naeun yang sedang tersengih melihatnya. "Ish, terkejut aku. Kau ni, janganla ketuk ketuk macam tu, tak sukala," marah Gaeul. Naeun hanya tersengih melihat gelagat rakannya yang masam itu. "Alolo, janganla marah. Aku dah panggil kau berkali kali, kau je yang tak pandang. Mengelamun je. Kau ingatkan siapa? Ice Prince keeeeee," usik Naeun. "Mana ada, tak dela. Aku tengah fikir mana kau ni, tak datang datang lagi hmm," dalih Gaeul. "Yela Gaeul, yela.." balas Naeun sambil lewa. Dia mengeluarkan buku buku teks Sejarahnya namun tiba tiba dia teringat sesuatu dan segera menoleh ke arah Gaeul.

         "Gaeul, kau dah buat rutin kau tu ke?" soalnya. Gaeul mengangguk perlahan, memahami rutin yang dimaksudkan oleh Naeun. Sudah menjadi rutin Gaeul setiap pagi untuk memberi sticky note yang mengandungi kata kata semangat kepada Mark semenjak dia mula menyukai Mark. Idea itu datang daripada Naeun, katanya dengan memberi sticky note yang mengandungi kata kata semangat untuk orang yang disukai boleh menunujukkan keihlasan seseorang kepada orang yang disukai olehnya. Pada mulanya, Gaeul membuat sticky note itu untuk mencuba nasibnya sahaja namun lama kelamaan perbuatan tersebut sudah menjadi habitnya. Oleh itu, setiap pagi dia akan melekatkan sticky note tersebut ke dalam laci meja Mark.

       "Wah, bagus la kau ni. Tak pernah miss ye. Isteri yang taat," usik Naeun. Gaeul membuat muka sebelum kembali m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
got7imsungri #1
Chapter 5: sweet sangat...siap lgu confession song lagi...