Final

Gift Belongs To You
Please Subscribe to read the full chapter

Sepatutnya setiap tahun kita sambut Hari Natal sama-sama tapi bukan untuk tahun ni dan tahun lepas. Kali terakhir aku dapat dua tahun lepas semasa aku balik dari rumah. Kita dah janji waktu tu buat pertama kalinya kita akan tengok Tv sama-sama dan berjaga malam sama-sama memandangkan umma dengan appa keluar waktu tu.

Tapi tidak terjangka yang apabila aku balik, aku bunuh kau. Aku tikam kau dekat perut banyak kali. Kau mati. Hehehe. Aku bunuh kau. Ya aku yang bunuh kau. Banyak darah dekat perut kau. Aku pegang kerana aku tidak percaya. di sebelah kau ada pisau yang diguna untuk tikam kau. Memang dipenuhi darah.

Waktu tu jiran sebelah masuk kerana dia dengar bunyi kau menjerit. Dia terkejut tengok aku yang sedang duduk di hadapan kau terkaku dengan tangan aku sudah dilemuri darah kau. Dia kata aku bunuh kau. Hehehe aku bunuh kau. Semua kata aku bunuh kau.

Betul ke aku bunuh kau? Eh betullah kalau dah orang kata aku bunuh kau memang aku bunuh. Sejak hari tu aku sambut hari natal yang seterusnya dalam sebuah bilik. Aku tak tahu kenapa diorang letak aku disitu. Kawan-kawan aku semua benci aku dan diorang nampak takut bila aku pandang diorang. Kecuali jimin. Dia kata aku tak bunuh kau.

Tapi aku bunuh kau. Aku tak tipu sebab semua orang kata aku bunuh kau.

Tapi kau jangan risau, aku ada kawan dalam bilik ni, rupa dia sama macam aku. dia sambut hari natal yang pertama tanpa kau dengan aku di dalam bilik ni. kau jangan risau aku tidak berseorangan. Dialah yang menjadi kawan aku sepanjang aku dekat dalam bilik tu. Dia main dengan aku, berborak dengan aku, sekali sekala dia memberi tahu apa yang harus aku buat.

Dia kata aku kena berkelakuan baik duduk dekat tempat ni. jadi budak baik dan tidak menyusahkan orang lain. Dia memang betul. Tahun ni waktu hari Natal yang akan tiba beberapa hari lagi aku sudah dikeluarkan dari tempat dan dari bilik tu. Dia juga sama. Sebab dia berkelakuan baik.

Umma dan appa aku membawa aku pulang ke rumah.

Aku rindu rumah aku. Tapi umma appa , mereka baik. Mereka benarkan kawan aku ikut sekali ke rumah. Dia duduk sebelah aku. Dia kata inilah tempat di mana dulu aku bunuh kau. Hehehe aku rindu saat tu.

Jiran aku apabila nampak aku terus dia masuk ke dalam rumah dan mengunci pintunya. Aku tak tahu tapi rupa dia nampak sangat takut. Adakah muka aku macam hantu? Aku tak fikir macam tu. Mungkin memang dia nak masuk rumah sebab hari pun dah nak gelap.

Oh ya. Aku juga rindu kawan aku yang lain. Tapi kawan aku yang sekarang berada di sebelah aku kata aku tidak perlu jumpa mereka kerana sudah lama aku tidak berjumpa mereka. Walaubagaimanapun, Jimin akan menjadi orang pertama di kalangan kawan aku yang sendiri akan datang jumpa aku tanpa aku perlu pergi mencarinya.

Dia sememangnya kini sudah berada di rumah aku. umma dan appa kata dia rindu aku dan sudah pun berada di rumah ini menunggu aku pulang. Umma dan appa aku kata dia akan tolong keluarga aku untuk membuat persiapan Hari Natal.

Aku hanya senyum kerana dia telah menjadi terlalu baik untuk membantu aku. tidak dinafikan dia memang kawan terbaik aku di kalangan kawan baik aku. dia selalu berada di sisi aku bila aku sedih dan bila aku gembira dari dahulu lagi. Tapi aku tak faham kenapa dia seorang di kalangan kawan-kawan aku yang kata aku bukan pembunuh dan dia siap menutup telinga aku di saat semua menunding jari mengatakan aku pembunuh.

Aku memang pembunuh. Aku dah bunuh orang. Aku dah bunuh kau. Kawan aku yang sekarang sedang ikut aku pun kata aku yang bunuh. Jadi mungkin Jimin hanya mahu sentiasa beranggapan baik dengan aku. aku hanya diam sahaja membiarkan dia terus menganggap aku macam tu.

Dia memimpin aku untuk naik ke tingkat atas menuju ke bilik aku. Aku memandang ke sebelah bilik aku. pintunya tertutup. Itulah bilik kau. Jimin menolong aku meletakkan beg pakaian aku di dalam beg aku manakala aku hanya berhenti di hadapan bilik aku dan memandang bilik kau.

Kau tahu, betapa rindunya aku dengan kau sehingga aku tidak dapat ungkapkan. Sementara jimin sibuk bercakap dengan aku yang tidak sepenuhnya menumpukan apa yang dia katakan, aku mula melangkah untuk membuka pintu bilik kau.

Aku rindu melihat ini. melihat bilik kau. Bilik kau sungguh tenang. Setiap kali di waktu hujan kalau petir dan guruh mula menyabung dan berdentum dengan kuatnya aku mula mencari kau. Kau sahaja yang mampu membuat aku tenang dari terus menangis dalam ketakutan. Kau pasti nyanyi dan menenangkan aku sehingga aku tertidur. Hanya dengan cara tidur aku dapat memekakkan diri dari terus mendengar dentuman guruh yang cukup menggerunkan.

Bilik ini juga tempat bersembunyi dan mengadu jikalau aku dimarahi umma atau appa kerana kenakalan aku sendiri dan bilik ini juga aku selalu bermain bersama dia kerana dia kata bilik aku selalu bersepah untuk dibuat main.

Aku tersenyum mengimbas kenangan-kenangan dahulu.

Ada satu peristiwa yang aku ingat lagi. Waktu itu aku baru berumur enam tahun dan masih di sekolah tadika. Waktu itu umma dan appa baru dapat tahu aku masih tidak tahu membaca dengan betul. Apabila umma dan appa tahu, mereka memarahi aku dan memaksa aku membaca satu muka surat sebuah buku cerita sehingga lancar atau aku tidak boleh masuk tidur dan menikmati sarapan pagi esok.

Waktu tu dah lewat malam tapi um asih lagi berjaga memastikan aku dapat membacanya. kau pula waktu itu sibuk belajar malam untuk peperiksaan esok hari dan aku ingat engkau sudah berada di sekolah rendah. Umur kau sembilan tahun waktu itu.

Aku hanya mendiamkan diri dan air mata aku terus mengalir sebab aku masih tidak mampu membacanya. aku jadi geram dengan sifat umma appa yang memaksa aku. aku juga jadi geram kerana aku tidak boleh membaca. Aku terus menangis dengan teruk dan berlari ke tingkat atas. Umma memanggil nama aku tetapi kerana aku sudah merajuk dengannya aku hanya mempedulikan sahaja.

Kau mendengar tangisan aku dan terus keluar dari bilik kau. Saat aku nampak kau berdiri di hadapan bilik kau aku terus datang memeluk kau. Aku takut dengan umma appa yang memaksa aku dan aku hanya berharap mengadu dengan kau. Kau memeluk aku dan menggosok belakang badan aku.

Umma juga waktu tu sudah sampai ke tingkat atas dan melihat kau yang sedang memeluk aku yang masih tidak berhenti menangis di dalam pelukan kau. Aku tidak tahu apa terjadi di antara kau dengan umma tapi kau berjaya membawa aku jauh dari umma dan membawa aku memasuki bilik kau.

Kau menyuruh aku duduk di atas katil kau dan kau masih memujuk aku.

‘’kenapa nangis?’’

Kau tanya aku dengan penuh kerisauan. Aku yang asyik teringat kenapa sebab aku nangis menyebabkan aku tidak dapat menghentikkan tangisan aku melainkan hanya asyik menyebabkan lebih banyak air mata aku mengalir. Tapi dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan aku tersedu-sedu untuk berkata aku cuba kata yang aku tak tahu membaca.

Waktu tu aku fikir kau akan berkelakuan sama seperti umma dan appa yang akan memarahi aku juga tapi tidak, kau tersenyum dan mula mengelap air mata aku dengan ibu jari kau. Aku terkejut dan aku mula berhenti menangis. Walaupun aku masih tersedu tapi aku juga sudah mampu menenangkan diri waktu tu.

Kau kata aku tidak perlu risau kau akan bantu aku. kau memeluk aku dan suruh aku masuk tidur. Aku takut umma dan appa akan mencari aku semula. Aku tidak mahu kelaur dari bilik kau. Waktu tu berada dalam pelukan kau adalah saat paling selamat aku pernah rasa.

Dan malam itu kau menemani aku sehingga aku dapat tidur.

Betapa baiknya manusia seperti kau. Kau dekat mana ya? Aku tidak nampak kelibat kau lagi tadi. Ap-apa? Kawan aku kata aku dah bunuh kau. Kawan yang sering ikut aku ini kata aku dah bunuh kau.  Aku tak bunuh kau. Ya aku dah bunuh kau. Mana boleh aku bunuh kau.

Mana kau! Aku perlukan kau sekarang. Aku rindu kau! Umma appa! Mana dia sekarang?

Bukan sepatutnya dia ada kalau aku memerlukannya. Mana dia? ka-kau dah bunuh dia!

Aku tidak tahu tiba-tiba aku jadi tidak dapat mengawal kesedihan aku. aku tidak percaya rupanya aku lah yang sudah membunuh kau. Aku menjerit memanggil nama kau dengan harapan kau datang tapi lepastu aku tergelak-gelak kerana kau baru ingat aku dah bunuh kau jadi bagaimana kau nak muncul?

Jimin , umma dan appa muncul cuba mendapatkan aku yang tidak henti-henti tergelak seorang diri dengan bangganya. Yelah aku dah bunuh kau. Mestilah aku tergelak tidak percaya. tapi kenapa aku gelak? Sepatutnya aku sedih. Apabila umma mula memelukku aku tidak lagi tergelak memikirkan aku sudah bunuh kau. Aku menangis dan menggigil seperti tidak percaya riwayat kau aku yang tamatkan.

Tidak lama selepas itu Jimin membantu aku berjalan membawa aku ke bilik aku. bilik aku tidak ubah seperti dulu. Cuma semuanya kemas dan sama sejak hari aku meninggalkannya. Jimin keluar membantu appa aku untuk persiapan dan umma menemani aku.

Aku menyuruh umma aku keluar kerana aku tidak suka diganggu. Fikiran aku serabut. Umma menjadi risau dan dia cuba memberi alasan untuk tidak meninggalkan aku tapi aku tetap berkeras supaya dia meninggalkan aku. dia keluar dan sekarang aku tinggal bersama kawan aku dua orang dalam bilik ini.

Aku terbaring menyelimutkan diri aku sehingga hanya terlihat kepala aku.

Kawan aku kata aku memang dah bunuh dia dan sekarang aku adalah seorang pembunuh. Seorang pembunuh mestilah pergi membunuh lagi. Dia kata itu sahaja cara untuk menjalani hidup aku. jadi aku kena membunuh orang lagi? Yeay! Lepasni kau takkan berseorangan menjadi orang yang aku bunuh. Aku minta maaf kerana aku membiarkan kau dibunuh aku dan biarkan kau berseorangan.

Aku bangun dan ke tandas. Selesai membersihkan diri aku melihat pada almari aku. pakaian apa yang harus aku pakai. Aku ingat kebiasaannya kalau aku tak tahu apa yang harus aku pakai aku akan minta pendapat kau dan segala pendapat kau selalu bersesuaian untuk di pakai oleh aku. tapi bukan kali ini. aku kena memilihnya sendiri dan yang pasti lepas ni aku tidak akan biarkan aku memilihnya seorang diri seperti ini lagi buat selamanya.

Aku memilih untuk hanya memakai baju t-shirt berlengan pendek bewarna putih kosong dan longgar serta memakai seluar jeans yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar bewarna biru yang amat gelap. Membetulkan rambut aku sedikit aku terus keluar bilik untu ke tingkat bawah. Aku melihat jimin masih lagi membantu appa aku mengemas dan aku lihat ia hampir siap.umma pula di dapur memasak untuk makan malam.

Mereka terkejut dengan kehadiran aku dan memandang aku. umma pula yang baru hendak ke ruang tamu juga terhenti jalannya apabila terlihat aku. dia memanggil nama aku.

Aku hanya bertanya adakah apa-apa lagi yang boleh dibantu. Jimin terus menyuruh aku membantu dia memindahkan kotak-kotak kosong ke dalam stor. Appa hanya menyambung kerjanya semula manakala umma tersenyum sebelum kembali ke ruang dapur membersihkan apa yang patut setelah selesai masak.

Aku menolong Jimin memindahkan kotak yang agak banyak bilangannya sehingga selesai. Kami menyusun dengan teratur. Jimin sudah pun seperti mahu beredar dari stor setelah kerja siap tetapi aku asyik memandang kotak-kotak tersebut. Aku fikir ia sangat sesuai kalau nak dijadikan sebagai kotak hadiah. Hadiah untuk kau.

Aku senyap dan menutup bilik stor tersebut.

Umma memanggil kami untuk ke dapur menikmati masakannya. Sudah lama aku tidak dapat membau aruma yang lazat ini. masakan umma memang yang terbaik lagi-lagi kalau kau berada di dapur membantu umma. Kau selalu tahu apa yang aku makan dan apa yang aku tak makan. Aku tidak suka makanan laut kerana ada sesetengah yang memberi aku alahan dan ada yang tidak boleh di terima mulut aku. itu apa yang aku rasa sepanjang berada di tempat bersama kawan aku itu. Amat terseksa tapi a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 1: Hebatttttt.....macam biasa laaa mmg awesome punya cerita..kinda creepy but best
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: wooooooo......daebakkkkk
Eisyaiskandar #3
Chapter 1: Deabakk! Thankyou author nim sebab hasilkan ff gempak macam ni!
baekki_kook #4
Chapter 1: Chapter 1: BEST !!!SUKA SANGAT FF CAMNI!!
misz_dina #5
Chapter 1: pshycopath kookie jd gile.cite ni plop alienku jd x betul.huhuhu..tp,ttp da beshttt...bak kata org,DAEBAK
Areum_97 #6
Chapter 1: DAE to the BAK!! Dae~~~bak!!
miera_yoseob
#7
Chapter 1: Daebak ah authornim..tpy yg perbualan akhir tu antare doktor ngan siape..?mse taehyung dlm penjare..?
bunny_tae #8
Chapter 1: Omaigod this is daebakkk authornimm I love it ♥