Baekhyun, Help!

Detective Hunnie

Sehun POV

 

 

“uurrghhh....”badanku mengeletar kerana kesejukan. Badan aku rasa basah. “hujan..?”

 

 

Aku cuba nak bangun tapi tak boleh. Aku rasa badan aku lemah tak terdaya. Aku perlu bangun. Tapi aku dapat rasa ada seseorang menyentuh lenganku.

 

 

“adik ok??”seorang makcik lingkungan 40 tahun. Dia menyentuh kepala aku. “k-kepala adik berdarah!!!”

 

 

“adik??”aku rasa pelik. Kenapa dia panggil aku adik??

 

 

“biar makcik rawat kepala kamu!”Makcik itu kelihatan cemas terhadapku. Dia segera menghulurkan tangannya pada aku.

 

 

Mana boleh makcik ni nak angkat aku. Dah lah aku ni berat sebab asyik makan kebelakangan ni. Ahhhh!!! Apa??!

 

 

“biar makcik bawa kamu ke rumah makcik.”Makcik itu mengangkat aku dengan senang. Biar betul! Kuat betul makcik ni.

 

 

Aku segera melihat tangan dan kaki aku. Tak! Tak! Tak! B-badan aku mengecil??!! Kenapa boleh jadi macam ni??!!

 

 

“adik?! Kenapa ni??!”dia melihat aku meronta-ronta ketika dia mengangkat aku. “adik??!!!”

 

 

Aku segera turun dari pegangan makcik itu lalu berlari ke balai polis walaupun larian aku ni tak sekuat dulu dengan pakaian sekolah yang begitu besar ni, aku perlu lari ke sana. Sampai di hadapan pintu balai polis, aku kena laporkan semua kejadian yang berlaku tadi. Mesti lelaki jahat tu kena tangkap. K-kejap! Kalau aku bagi tahu hal ni dalam keadaan macam ni, polis mana percaya dekat aku. Dalam keadaan macam ni....errghh!! Sekarang ni aku stuck!! M-macam mana ni?!!

 

 

“ada apa ni adik??”soal seorang polis lelaki yang baru keluar dari pintu balai polis.

 

 

“aarhh! T-tak ada apa-apa!!”aku kelam kabut sekarang ni. Aku tak boleh bagi tahu polis pasal ni. Aku dah buat keputusan!

 

 

“a-adik??”polis lelaki itu mendekati aku.

 

 

Dengan cepat aku berlari dari situ. Aku kena balik rumah dan cuba selamatkan keadaan!

 

 

Author POV

 

 

Sehun tiba di hadapan pagar rumahnya. Dia kena lompat dulu untuk membuka pagarnya yang tinggi.

 

 

“ish!! Susahnya!!”Sehun mengeluh. Dia segera menutup pagarnya lalu berjalan ke pintu rumahnya. “nasib baik tak ada omma dengan appa dekat rumah..”katanya lagi.

 

 

Sehun segera mengambil kunci rumahnya dalam seluarnya yang besar ni. Dia ambil kunci rumah lalu membukanya. Dia masuk ke rumah, seluar yang dia pakai itu terjatuh kerana seluarnya terlalu besar baginya.

 

 

“aku tak patut pakai macam ni. Hmm..rasanya dekat bilik bawah tanah ada baju aku masih kecik.”Sehun segera ke bilik bawah tanah. Bila dia buka pintunya, ada tangga menuju ke bawah. Dia pun turun dengan perlahan-lahan takut terjatuh.

 

 

Sesampai di bilik bawah tanah, terdapat banyak timbunan kotak-kotak lama. Sehun mencari kotak yang tertulis ‘Sehun, anakku’. Dia ingat lagi, omma dia yang tulis dekat kotak yang berisi baju Sehun sejak kecik. Omma dia pernah cakap dia berharap Sehun menjadi kecik semula, nampaknya kata-kata ommanya jadi kenyataan.

 

 

“ahh!! Dah jumpa!!”Sehun segera membuka kotak itu. Terdapat banyak bajunya didalam.

 

 

Dia segera ambil seluar paras lutut yang berwarna coklat dengan T-shirt yang tertulis ‘I am a Good Boy’. Selepas memakainya, Sehun ambil beberapa pakaian untuk dia bawa ke bilik tidurnya.

 

 

Di biliknya, baju-baju yang Sehun ambil dekat bilik bawah tanah tadi di susun rapi didalam almarinya yang besar. Dia telah membuat satu keputusan. Dia nak telefon Baekhyun.

 

 

Di Dorm Exo.

 

 

Baekhyun berada dalam biliknya, sibuk buat eksperimen. Biliknya dah macam kelihatan makmal saintis dah. Baekhyun tersedar bunyi deringan telefonnya. Dia tengok Sehun menghantar mesej kepadanya. Dia segera membaca mesej tersebut.

 

 

T0 : Baekhyun
From : Sehun

 

 

 

Mesej :Baekhyun, datang ke rumah aku sekarang! Jangan bawa sesiapa pun!! Cepat!!

 

 

 

“s-seriousnya mesej dia ni..”Baekhyun tertanya-tanya dengan mesej dihantar pada Sehun. “apa dah jadi sebenarnya.....”

 

 

Baekhyun segera menyarung baju sejuknya sebelum keluar dari biliknya. Baekhyun berjalan menuju ke ruang tamu yang sungguh besar. Dia ternampak D.O dan Chanyeol bermain game.

 

 

“oh! Baekhyun! Kau nak pergi mana??”soal D.O yang tersedar Baekhyun nak keluar dari dorm.

 

 

“ah....ya”jawabnya dengan ringkas.

 

 

“nak ikut!!!”D.O segera bangun dari sofa malangnya lengannya ditarik oleh Chanyeol. D.O terduduk di sofa semula.

 

 

“yaahh!! Kau tak boleh pergi! Teman aku main game!”kata Chanyeol yang masih pegang lengan D.O.

 

 

“sorry lah D.O, aku tak boleh bawa kau. Aku ada urusan penting..”kata Baekhyun lalu dia menyarung kakinya pada kasut sebelum keluar dari dorm.

 

 

Dihadapan rumah Sehun.

 

 

“hmm...pagar tak berkunci. Mesti dia dah tunggu dekat dalam rumah.”Baekhyun segera menolak pintu pagar. Selepas menutup pintu pagar, dia pun menunggu dihadapan pintu rumah.

 

 

Klik!

 

 

Pintu rumah dibuka. Baekhyun pun bersedia nak masuk ke dalam rumah. Tapi dia terberhenti. Matanya membesar dengan kening terangkat. Seorang budak comel dihadapannya.

 

 

“s-siapa ni??”Baekhyun mengcangkung dihadapan Sehun. “kau ni siapa??”

 

 

“Oh. Se. Hun.”jawabnya.

 

 

“hhuuuuhhh??????”ia ambil masa untuk Baekhyun berfikir. *loading* “ahahaha!!!!! Sehun?? Hei..budak. walaupun wajah kau ni sama dengan Sehun, tak mungkin kau ni sehun. Kau ni budak kecik”

 

 

“Baekhyun!!!”teriak Sehun.

 

 

“bawa bersabar budak....”Baekhyun mengangkat kedua tangannya seperti menyerah kalah. “walaupun aku tak kenal kau tapi macam mana kau tahu nama aku??”

 

 

“sebab aku ni Sehun!!”dia cuba jelaskan kepada Baekhyun.

 

 

“jangan nak buat lawak....mana Sehun??”Baekhyun menjengah ke dalam rumah Sehun. Tercari-cari kelibat Sehun, dia tak nak membazir masa dengan budak ni.

 

 

“ishh!! Aku ni sehun!!!”jelasnya berkali-kali.

 

 

“hmmp. Kalau kau ni Sehun, kau tahu rahsia aku??”soal Baekhyun dengan senyuman sinis. Pasti budak ni tak dapat jawab.

 

 

“hmmp! Aku tahu.”Sehun membalas senyuman sinis pada Baekhyun. “kau ni anak pengarah syarikat Royal. Betul tak, Baekhyun...”

 

 

“waarrghh!! Sshhh!!! Jangan cakap kuat sangat!!”Baekhyun segera menekup mulut Sehun yang kecil ni. “j-jadi..kau ni memang Sehun!!”

 

 

Di ruang tamu

 

 

Baekhyun duduk disofa yang lembut manakala Sehun duduk di sofa yang bertentangan dengan Baekhyun. Selepas dia menceritakan segalanya pada Baekhyun, Baekhyun hanya mengangguk kerana memahami keadaan sekarang ni.

 

 

“jadi....lepas kau kena pukul dekat kepala, bila kau bangun dari pengsan, kau tersedar badan kau ni dah mengecil...kau cuma tahu nama diorang je. ‘Silver’ dan ‘Black’...”kata Baekhyun. Dia masih memandang Sehun dari atas hingga bawah. “jadi kenapa kau panggil aku?? Kenapa kau tak laporkan pada polis??”

 

 

Sehun menunduk kepalanya, dia merenung ke lantai. “tak boleh. Kalau aku bagi tahu, mesti polis tak percaya. Lagi-lagi badan aku dah mengecil. Kalau orang jahat tu tahu, aku pasti dalam bahaya...”jelasnya. kata Sehun lagi. “kau kan bijak!! Kau kena tolong aku besarkan badan aku semula!!”

 

 

Baekhyun terdiam lalu mengeluh. “walaupun aku ni bijak, tapi sampai tahap yang boleh buat badan kau ni mengecil...aku tak boleh buat. ”kata Baekhyun. “hmm... ‘orang’ yang buat pil tu mesti bijak dengan IQ 180..”jelas Baekhyun.

 

 

“jadi...kau tak boleh tolong aku...”Sehun merenung Baekhyun. Dia berputus asa. “apa aku nak buat sekarang ni??”

 

 

Baekhyun tersenyum. “apa kata kau tinggal dengan kitorang??”

 

 

“huh?? ‘kitorang’??”Sehun loading buat sementara waktu. “duduk dekat EXO dorm??!!”

 

 

“hehe....jangan risau. Aku tak bagi tahu diorang pasal identiti kau!!”Baekhyun buat thumb up pada Sehun.

 

 

“t-tak nak!!”Sehun memandang ke arah lain.

 

 

“kalau kau duduk dekat EXO dorm, senang aku nak pantau kau. Sambil tu aku boleh cuba buat ‘ubat’ untuk membesarkan badan kau...”kata Baekhyun dengan tepat. “kau nak atau tak nak??”

 

 

“guhh.....tak boleh buat apa”kata Sehun. “yelah...aku ikut kau pergi EXO dorm..”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Hanna27 #1
Chapter 3: ahaha....daebak authornim!!! ^^
wooww 2.5 juta won!! kayanya Hunnie!
anyway always update! ;)
drangkie #2
Chapter 2: Update soon authornim
Syifiqifa01 #3
Chapter 2: Adakah badan sehun mengecil dan kepalanya membesar??? Kehkehkeh... tapi xsilap saya conan mcm tu kan?? Update soon authornim
k-hope
#4
Chapter 1: Wahhh!!!Sehun.Kesian ko.Mesti comel kalo jadi masa kecik...kekeke...^^
drangkie #5
Chapter 1: Keep update authornim