Oh Sehun

Detective Hunnie

“Oh Sehun!!”teriak Luhan dihadapan pagar rumah Sehun. “cepat keluar!! Kita dah lambat ni!!!!”teriaknya lagi.

 

 

Sehun menjengah ke luar jendela sambil memasang butang bajunya. Dia nampak Luhan terjerit-jerit dihadapan pagar rumahnya. Selepas itu, dia berjalan ke dapur. Dia mengambil sekeping roti yang telah dia sapu dengan jem blueberry sebelum di makan. Tangannya satu lagi segera mencapai beg sekolah yang diletakkan atas meja makan.

 

 

“dah siap!!”Sehun segera mengambil kunci di atas kabinet kasut lalu memakai kasutnya yang sedia ada di hadapan pintu keluar rumah. “hmm....letihnya...”

 

 

“Sehun!!!”teriak Luhan saat dia lihat Sehun baru keluar dari pintu rumahnya.

 

 

“ya-ya...aku nak kunci rumah dulu...”Sehun segera mengunci rumah lalu kunci rumahnya diletakkan ke dalam poket seluarnya. Lalu berjalan ke pagar rumahnya.

 

 

Sehun segera membuka pagar lalu menutupnya semula sebelum berangkat ke sekolah bersama Luhan. Luhan pula memberikan sebuah kertas iklan kepada Sehun. Sehun memandangnya semula dengan hairan.

 

 

“a-apa ni??”soal Sehun.

 

 

“restoran baru!! Kau nak pergi??!”Luhan segera menunjukkan menu yang ada dalam kertas iklan itu.

 

 

“boleh jugak. Aku dah lama tak makan luar.”Sehun tengok ada pelbagai makanan yang diperkenalkan. “ehh?! Sashimi pun ada??!”

 

 

“yup! Ni restoran yang mempunyai reputasi 4 bintang!! Dan menyediakan makanan dari pelbagai negara, malaysia pun ada!! Semuanya ada termasuklah ‘buah’!!”jelas Luhan, dia berimaginasi dapat makan dodol durian dekat restoran tu.

 

 

“hoi-hoi..jangan cakap kau nak makan dodol durian tu!”teka Sehun.

 

 

“ah! M-mana ada!!”Luhan menjauhi Sehun sebanyak 6 cm.

 

 

“bila kau ‘jauhkan diri’ dari aku, aku tahu kau tipu. Nada suara kau kedengaran sedikit tinggi bila menyebut ‘Malaysia’ sebab kau tengah teruja dan bila kau sebut ‘buah’, tentulah kau maksudkan durian kan...? jadi apa yang kau tunggu-tunggu dekat restoran tu adalah kau nak makan dodol durian. aku tahu dodol durian makanan kesukaan kau..”jelas Sehun.

 

 

“haa....aku menyerah. Yup! Aku memang nak makan dodol durian, sebab tu aku nak ajak kau.”Luhan hanya tersengeh-sengeh melihat Sehun merenung ke arahnya.

 

 

“cakap jelah kau nak sangat makan dodol durian tu sangat. Bukan aku marah kau pun...dan...”Sehun mula memperlahankan langkah kakinya.

 

 

“yelah-yelah....”Luhan hanya memandang kehadapan dengan perasaan kosong. “sehun......”Luhan memandang Sehun disebelahnya. “S-sehun?? Mana kau pergi??”

 

 

Sehun berlari ke arah satu kedai menjual peralatan perkhemahan. Dia tengah mengikuti seseorang secara senyap. Beberapa minit lepas, Semasa dia berjalan bersama Luhan, dia nampak ada seorang lelaki berdiri di tepi tiang elekrik sambil mengeluarkan sepucuk pistol di tangan kirinya. Dan sekarang ni Sehun masih mengikuti lelaki misteri itu.

 

 

“a-apa dia nak buat dekat dalam kedai ni??”Sehun segera memasuki kedai peralatan khemah dengan cepat lalu dia bersembunyi disebalik almari yang mempamerkan peralatan perkhemahan. Dia menjengah di tepi almari ke arah lelaki yang mencurigakan.

 

“dah dapat ‘note’ dari Black??”soal lelaki mencurigakan kepada tuan kedai.

 

 

“d-dah...nah.....”tuan kedai itu dalam ketakutan. Wajahnya pucat lesi, badannya menggigil-gigl menyerahkan beg hitam kepada lelaki itu.

 

 

“hmmp! Kerja kau dah selesai”lelaki itu tersenyum lebar.

 

 

Bang!!

 

 

Satu das tembakan dilepaskan. Tuan kedai itu rebah jatuh ke atas lantai. Lelaki misteri itu segera keluar dari kedai itu. Sehun pula segera berlari ke arah tuan kedai tu.

 

 

“p-pak cik ok??!”Sehun berlutut bersebelahan tuan kedai sambil memeriksa keadaan tuan kedai itu. “dia dah mati....”

 

 

Tiba-tiba 3 pekerja kedai ini mendekati Sehun dan tuan kedai mereka. Mereka kelihatan takut dan cemas melihat tuan mereka telah mati. Sehun menyuruh mereka bertenang dan menyuruh salah seorang dari mereka menelfon polis.

 

 

“ishh!! Dia takkan terlepas!!!”Sehun berlari secepat mungkin untuk mengekori lelaki tadi.

 

 

Semasa Sehun berlari di lorong kedai yang sempit ini, langkahnya terberhenti pabila melihat lelaki itu tengah sibuk berurusan dengan seseorang.

 

 

“heh! Aku dah jumpa kau”bisiknya. Sehun segera menyorok di tepi tembok sambil mendengar perbualan lelaki itu bersama seorang lelaki berpakaian kot putih. “hrmm...aku tak dengar sangat apa yang mereka bualkan...”bisik hatinya.

 

 

“esok kita jumpa lagi dekat airport....Blue?? kau dengar apa yang aku cakap ni??”soal seorang lelaki yang berpakaian kot makmal.

 

 

“ya.”jawab lelaki itu lalu memberikan beg itu padanya. “hmm...mana Silver??”soalnya.

 

 

“entah.....”jawab lelaki berkot makmal itu sambil memeriksa barang yang ada dalam beg itu.

 

 

Tap....Tap....Tap.....

 

 

Sehun dapat lihat bayangan seseorang dari belakangnya.

 

 

“habislah!”belum sempat Sehun menoleh ke belakang, kepalanya dipukul dengan kayu besbol oleh seseorang lelaki berpakaian hitam.

 

 

“just a brat....”dia bercakap dalam bahasa inggris. “hmmp! Better I use ‘this’ to kill him..”lelaki itu segera mengambil satu biji pil dari dalam kocek seluarnya lalu memasukkan pill itu ke dalam mulut Sehun. “have a sweet dream..”dia segera menuang air yang dia bawa ke dalam mulut Sehun.

 

 

Gulp!

 

 

Sehun tidak sedar dia telah menelan pill ke dalam badannya. Lelaki yang bercakap dalam bahasa inggris itu[Silver] segera beredar dari situ bersama lelaki hitam yang menembak tuan kedai itu[Blue]. Hujan lebat mula turun.

 

 

“hhuuuff.....hhhhaaa........ssaakit..sesiapa...t-tolong.....”Sehun tak dapat bernafas dengan baik. Badannya menggigil-gigil.  Dia terbaring di atas jalan, seorang diri. Tiada seorang pun melintasi lorong itu.“erghhhh.....aarr....aaarrrrggggghhhhhh!!!!!!!”Sehun dapat rasakan jantungnya macam nak meletup.

 


A/N: Chapter1 done!! saya tak tahu nak cakap apa..dan ini lah hasilnya!!

Thanks kepada yang sudi subs fanfic ni : k-hope, b1a4xoxobapxoxo, Ifahzira dan drangkie!!*throw heart to you guys* xD

Thanks juga kepada readers yang tengah baca fanfic ni!! muaahh!! xD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Hanna27 #1
Chapter 3: ahaha....daebak authornim!!! ^^
wooww 2.5 juta won!! kayanya Hunnie!
anyway always update! ;)
drangkie #2
Chapter 2: Update soon authornim
Syifiqifa01 #3
Chapter 2: Adakah badan sehun mengecil dan kepalanya membesar??? Kehkehkeh... tapi xsilap saya conan mcm tu kan?? Update soon authornim
k-hope
#4
Chapter 1: Wahhh!!!Sehun.Kesian ko.Mesti comel kalo jadi masa kecik...kekeke...^^
drangkie #5
Chapter 1: Keep update authornim