Prolog

Lets 'Manse' Together!

 

“SILA SENYAP!” teriak ketua kelas A96. Hanbin menepuk dahinya apabila kelas yang diamanahkan oleh Mrs. Lee kepadanya untuk dijaga tetap membuat bising. 

Aku kembali membaca buku sambil mengeleng kepala melihat Hanbin yang mati akal untuk mengawal kelas A96. Ini bukan kali pertama perkara sebegini berlaku. 

“HOI SYAITON!! KORANG NI ADA TELINGA KE TAK HAH?! SENYAP AKU KATA!” jika tadi Hanbin masih lagi menggunakan etika untuk melaksanakan tugas, kali ini kesopanan dan kesantunannya telahpun hilang dek perangai para pelajar A96 yang sememangnya syaitan bertopengkan pelajar. 

Aku mendongak sedikit daripada pembacaanku. Para pelajar kelihatan mulai diam dan ada juga yang mengambil buku untuk dibaca. Well, sekurang-kurangnya ada juga perkara berfaedah yang mereka lakukan. Aku menjeling Hanbin yang kelihatan berpuas hati. Mungkin dia perlu mengetepikan etika ketika menjalankan tugas mengawal kelas. 

Aku memerhatikan kelas pula. Para pelajar masih lagi bercakap tetapi tidak sebising tadi. Toleh kekanan, kelihatan Junhong sedang berbual-bual dengan rakan-rakannya. Toleh kekiri, Somin serta gengnya sedang bergosip. Mereka sibuk melakukan hal masing-masing bersama rakan. Aku mengeluh.

Nama aku Joshua Hong dan dah tiga bulan lebih aku bersekolah kat Wollim High tetapi tiada seorang pun yang mendekati aku. Baik perempuan mahupun lelaki. Sejak itu jugalah aku bersahabat baik dengan tempat duduk aku yang paling belakang dan hujung ni. Bulan pertama aku datang, aku terpilih untuk menjadi pengawas dan menjadi pelajar Top 10. mungkin sebab itulah..

KRING!

Rakan-rakan aku bergegas keluar dari kelas. Akulah yang selalunya menjadi orang yang terakhir untuk keluar. Buku-buku yang berselerakan di atas meja segera ku kemaskan. Aku bangkit dudukku tetapi kembali duduk apabila terasa beban berat menolakku ke bawah. 

“Hoi budak baru!” satu suara yang kasar menyapa aku. Aku menoleh dan melihat beberapa orang pelajar lelaki yang aku tidak kenali pantas mengelilingi tempat dudukku. 

Apa pula ni?

“Weh, dah lama aku tak puas hati kat kau tahu tak?” seorang yang berambut terpacak menggenggam kemas kolar blazerku. Ok, aku tak bersedia untuk bertikam lidah apatah lagi bergaduh. No way. 

“Kau takyah bajet skema dengan aku! Bodoh!” 

Dush! 

Terasa perit bibir dan pipiku apabila dia melayangkan buku lima yang padu tepat mengenai bibir dan pipi.

Okey, Joshua. Ini memang MASALAH.

***

Hallu hallu sekalian! Thanks sudi subscribe dan komen tu ya. Double update on the way. Anyway, kepada sesiapa yang turut subscribe Skool Friendship Affairs, maaf sebab lama tak update. <3 <3 /baling Joshua/ 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlight_miss
#1
Chapter 1: nice starting! *thumbs up & tangkap Josh*
Bini_capang #2
mansae!!!yeah~bias kita sama..seungcheol~><
starlight_miss
#3
yeah! mansae! update soon! ^^