Final.

Japanese Criminal

Pang! Semua yang melihat adegan itu tercengang. Ada yang terngaga, ada yang pelik. Kei Kenji merenung tepat ke arah lelaki yang menampar nya itu. "Kau apesal Mitsuo? Kena rasuk hantu ke?!" tengking Kei Kenji. Tidak pernah Mitsuo bersikap begitu. Sentuh pun tidak pernah apatah lagi menampar. "Sampai hati kau heret kawan kau sendiri masuk penjara! Kau memang pengkhianat Kenji! Aku ingat kau baik, pui!" ludah Mitsuo ke lantai yang masih bersih itu.

"Sejak bila aku heret? Kau jangan buat fitnah!" "Jangan nak menipu Kenji! Kau tahu tak Sooyoung punya sedih bila boyfriend dia dah takda?! aku benci kau Kenji!" jerit Mitsuo. "Kalau kau nak kasihankan perempuan tak sedar diri tu, baik tak payah! Buang masa! Memang patut pun Seojun mati! Dia memang kena mati!""Tapi kenapa Kenji? Kenapa?!" mengalir air mata Mitsuo. Dia sudah tidak kisah kehilangan kemachoannya. 

"Dia rampas segalanya. Dia rampas ex aku, Sooyoung. Dia rampas harta aku. Dia rampas semuanya Mitsuo!" Mitsuo bergerak ke hadapan sedikit ke Kenji. Nampaknya sahabatnya itu perit dengan kelakuan Seojun. Dia terus memeluk sahabatnya. "Aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Aku sedih Mitsuo! Aku sedih." kini giliran Kenji pula mengalirkan air matanya. 

Mitsuo melepaskan pelukan dan menarik Kenji ke luar balai polis. Dia memesan air kopi panas buat mereka kedua. Kenji pula hanya duduk sementara menunggu Mitsuo selesai. "Aku tak heret dia." Kenji bersuara. Mitsuo mengeluh. "Nah, minum dulu. Pastu baru borak." "Kau bencikan aku?" galak mata Kenji merenung Mitsuo.

"Aku tak pernah bencikan kau. Aku cuma tak suka kawan aku ah silap kawan karib aku buat perkara jahat." sengaja Mitsuo menekankan perkataan "kawan karib. "Tapi tadi baru kau luahkan." kendur sahaja suara Kenji. Sungguh, dia tidak menyangka bahawa Mitsuo akan berkata sebegitu. 

"Aku marah sangat tadi. Aku sayangkan kau Kenji.":Kenji tersenyum tipis. Lega sedikit rasanya. "Boleh kau ceritkan apa sebenarnya yang berlaku?" soal Mitsuo. 

"Masa hari kejadian tu, aku bergaduh dengan Seojun. Teruk sangat. Aku terlalu marah sampai tak dapat kawal diri dan laporkan kepada polis. Tapi pasal aku heret tu memang fitnah! Semua nya kerja Seojun! Dia lah sebenarnya yang merancang dengan lawyer untuk bgitahu aku yang heret dia. Sumpah Mitsuo! Aku kawan kau dari tingkatan 1 kan? Kau percaya aku kan?":rintih Kenji.

Mitsuo hanya berdiam diri. Tiada kata-kata yang mampu keluar dari mulutnya. Dia sekadar mengangguk bagi melegakan hati Kenji walau dalam hati nya gusar sama ada Kenji atau Sooyoung yang betul.

Mereka segera beredar dan pergi ke tempat tinggal Sooyoung. Sooyoung kelihatan gembira melihat Mitsuo menjenguknya. Entah mengapa, dia senang bersama Mitsuo. Manakala Kenji hanya tinggal sebentar di dalam kereta. Mahu nya tiba-tiba Sooyoung terus menerkam perutnya, naya dia nanti! 

"Gembira nampak." tegur Mitsuo. "Mestilah. saya happy awk sudi datang." Sooyoung tersenyum manis. Mitsuo pula tersipu malu. "Awak masih marah Kenji?" Sooyoung menarik nafas dalam-dalam. "Kenapa awak tanya?" soalan bertukar soalan. "Saja, mana lah tau kalau awak dah tak marah dia." "Siapa yang tak marah kalau kawan makan kawan." dengus Sooyoung.

"Dia tak bunuh Seojun, Sooyoung. Seojun yang salah. Dan saya nak awak dengar dulu." Mitsuo menceritakan segalanya kepada Sooyoung. Sooyoung berasa amat amat bersalah kepada Kenji selepas mendengar penjelasan Mitsuo. Bodohnya dia kerana mempercayai teman lelaki nya sendiri!

"Mana Kenji?" soal Sooyoung cemas. Dia sanggup melutut kepada lelaki itu akan segala kesalahannya. "Saya di sini, Sooyoung." kedua-dua mereka menoleh dengan jawapan itu. Kelihatan Kenji sedang tersenyum manis melihat mereka berdua. 

Sooyoung terus menerkam badan Kenji dengan erat sekali. Dia tidak henti-henti meminta maaf sambil menangis di dada Kenji. Mitsuo berasa amat terharu melihat adegan itu. Yelah, orang single katakan! "Sejuknya badan sayang!" ujar Kenji. "Sayang demam." Kenji mengangguk. Baru lah Mitsuo tahu mengapa kaki Sooyoung sejuk dan dia hanya membuka kipas dengan perlahan .Selepas keadaan menjadi reda, dia memeluk Kenji berserta dengan kata-kata maaf atas kekasaran nya baru tadi. Kenji yang sememangnya pemurah memaafkan mereka berdua dengan tenang.

Mereka bertiga jalan beriringan keluar dari rumah itu. Mitsuo tersenyum puas, nampaknya mission complete!

- TAMAT -

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet