Beginning.

Japanese Criminal

Pap. Bunyi buku dibaling kuat oleh sesorang ke atas meja yang tidak bersalah itu. Lelaki yang sedang menghadap telefon pintar nya itu menoleh lalu mendengus. "Kes ape?" soal lelaki itu. "Serial killer." sekali lagi dia mendengus. "Haih.." dia meletakkan telefon pintarnya lalu membelek setiap helaian muka surat buku itu.

"Harap muka lawa, tapi perangai haih." lelaki itu memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati. Jika perempuan itu baik, sudah lama dia masuk meminang. Eh? "Kau kena cari latar belakang dia dan seemuuuua sebab kenapa dia jadi serial killer." arah lelaki lingkungan 40an itu dengan tegas. Itu la inspektor Yoshio Sichiro.

Oh lupa, nama aku Mitsuo Junichi. Seorang detektif terkenal (orang yang kata, bukan aku) yang bekerja di Shinjunku Police Station. Aku masih single sedihnya sebab aku seorang detektif. Kau ingat senang ke detektif ni? Susah woo. Okay dah, aku nak sambung buat kerja. 

"Kes berat ni inspektor." ngeluh aku. "Sejak bila kau pandai mengeluh ni? Aku tau minggu depan kau dah siap!" lantang suara inspektor Sichiro memberi arahan lalu pergi ke tempatnya. Selepas inspektor Sichiro pergi, detektif Kei Kenji datang menyapa aku. "Kau ni kan Junichi, pagi-pagi dah buat singa tu mengamuk." "Dah memang berat weh. Baru ingat nak santai cari perempuan." selamba sahaja aku tuturkan. Tiba-tiba kepala ku berdenyut rasa sakit dipukul oleh seseorang.

"Banyaklah kau santai! Kerja kau masih banyak okay Detektif Mitsuo Junichi!" "Adui, sakitnya kepala aku!" "Sedap kan? Padan muka!" rupa-rupanya makhluk sebelah aku yang memukul kepala ku dengan kuat. Belum sempat aku ingin menghamburkan kemarahan, terdengar suara seseorang menyuruh aku keluar dari tempat kerja ku "Mitsuo Junichi! Cepat jalankan tugas!!!" berdesing telinga aku dengar. Sudah lah menyuruh aku keluar, menjerit lagi!

"Hah, singa dah stat enjin tu. Baik kau blah sekarang." bisik sahabat sejati aku, Detektif Kei Kenji. Kami selalu keluar bersama, makan bersama senang semua bersama lah. Sweet kan kan kan?

Aku terus kemaskan diri lalu menuju ke arah pintu utama. Sempat juga aku mencapai kunci motor dan segala peralatan yang sering aku bawa ketika menyiasat. Aku menghidupkan enjin motor, sekali tak boleh. Kali kedua masih tak boleh. Kali ketiga masih juga tak boleh. Ha sudah, hati ku yang berkobar-kobar dari tadi terus hilang di samping semangat ku juga punah begitu sahaja.

Aku mengeluarkan telefon bimbit lalu menghantar mesej ke Kei Kenji. "Motor aku stuck. Pinjam kau punya." tidak sampai seminit mesej baru masuk ke dalam peti suara dan mengeluarkan bunyi ding. "Roger."  setelah tiga minit menunggu, aku melihat Kenji terkocoh-kocoh datang ke arah ku. "Jaga baik-baik. Aku percaya kan kau." ujar Kenji kepada ku. Aku sekadar mengangguk dan menepuk bahu nya. Tanpa membuang masa, aku terus pergi kedai berhampiran bertanyakan jika ada sesiapa yang pernah nampak perempuan yang tercatat dalam buku yang aku bawa.

Sudah 12 buah kedai aku jelajah, namun jawapan mereka tetap sama "Maaf dik, tak pernah nampak." hairan sungguh aku, setahu aku perempuan itu tinggal berdekatan dengan kawasan ini. Tiba-tiba aku teringat sesuatu, dia kan serial killer, takkan lah nak bagi orang tengok muka dia. Ujar aku bagi menenangkan hati aku yang sedang resah.Aku terus menghidupkan enjin motor dengan perasaan kecewa. Tiba-tiba aku rasa dapat rasakan ada orang menepuk lembut bahuku. Aku segera menoleh dan terlihat seorang perempuan sedang tersenyum manis ke arah ku. 

"Awak cari saya kan?"

 

AN ; Whooops whoopss~ Chap 1 siap xD Maaf panjang sangat hohoho. Sabar ye, horror akan menyusul ;) Kbyeee.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet