Mission.

Japanese Criminal

"Minumlah." pelawa perempuan di hadapannya itu. Mitsuo Junichi tidak memberikan sebarang reaksi apabila dipelawa begitu. Dia berasa amat gementar. Pertama kali dia berhadapan dengan perasaan begitu. "Nak saya suapkan ke?" Mitsuo mengangkat muka dan bertentang mata dengan perempuan itu. Perempuan itu tersenyum manis melihatnya. Mitsuo segera mencapai cawan yang berisi air teh bunga dan meminumnya dengan perlahan. 

Manakala perempuan itu pula duduk berdepan dengan Mitsuo. Dia menyilangkan kakinya sambil membetulkan rambutnya yang panjang melepasi bahu itu. "Saya Sooyoung." tersembur air teh bunga yang baru diminum oleh Mitsou. Perempuan itu bangun lalu menghulurkan tisu kepada Mitsuo. Dengan terketar-ketar Mitsuo menyambutnya. "Ma..maaf." Sooyoung menggeleng sambil tersenyum. "Dah biasa." Mitsuo merenung ke arah Sooyoung, lama sekali. Dia pelik dengan kelakuan Sooyoung yang hanya tersenyum dan tidak menunjukkan reaksi lain.

Mitsuo menepuk-nepuk dadanya yang tersekat ketika terkejut tadi. "Jadi..awak lah serial killer tu?" berhati-hati sekali soalan yang diajukan oleh Mitsuo. Sooyoung mengangguk. "Awak ni asyik senyum je. Tak takut ke?" soal Mitsuo. Sekali lagi Sooyoung menggeleng. "Saya hanya takut pada mati." 

Mitsuo kaku sekejap selepas mendengar jawapan Sooyoung. Dia mengeluarkan pen, malangnya pen itu jatuh ke bawah meja tepat di antara kaki Sooyoung. Dia segera mencapai pen itu dan tersentuh sedikit kaki Sooyoung. Sejuk! Amat sejuk!

Mitsuo meneguk air liur. Dia memandang sekeliling di dalam rumah itu. Tiada peghawa dingin! Kipasnya juga hanya menunjukkan 1 dan sekarang merupakan musim panas! "Sejuknya badan awak." Senyuman Sooyoung sikit-sikit menjadi kendur. Kemudian dia terseyum semula. "Saya memang ada darah sejuk." Sooyoung ketawa kecil. Mitsuo pula hanya tersenyum sambil menunduk. "Ingat aku sengal sangat ke nak percaya cakap kau? Jangan harap!" kata Mitsuo dalam hati. 

"Banyak pulak kita bercakap. Okey, sekarang saya nak awak jawab dengan jujur. Biar lah berat pun, jujur je okay." tegas Mitsuo. Sooyoung pula hanya mendiamkan diri. "Kenapa awak memilih untuk jadi serial killer? Banyak lagi pekerjaan yang bagus. Awak pun pandai, boleh jadi lawyer" Sebab awak seorang detektif ke saya kena jadi lawyer?" Sooyoung membalas dengan renungan yang tajam. 

"Ah, haha. Tak, maksud saya.. kalau tak jadi lawyer.. jadi.." "Awak juga yang cakap saya boleh jadi lawyer, kenapa berdalih pula?" belum sempat Mitsuo menghabiskan kata-kata, Sooyoung menyampuk. "Tak, yang awak marah sangat ni kenapa?" soal Mitsuo pelik dengan kelakuan Sooyoung. Hanya dengan perkataan "lawyer" pelik pelik pelik!

Sooyoung mengeluh. Air mukanya berubah serta merta. Seperti hendak menangis! "Boyfriend saya masuk penjara, disebabkan lawyer." cerita Sooyoung tanpa disuruh.

Kemudian dia menyambung semula, "Boyfriend saya seorang pengedar dadah secara rahsia. Saya masih ingat lagi, ada seorang rakan lelaki nya yang mengadu kepada pihak polis. Selepas melakukan siasat, dia dibawa ke mahkamah untuk pembicaraan. Dia mengupah seorang lawyer, malangnya lawyer itu hanya mendengar kata-kata lelaki jahat yang melaporkan kepada polis itu! Boyfriend saya disebat berkali-kali sampai ke akhir nyawa nya. Boyfriend saya adalah orang yang paling saya sayang di dalam dunia ini. Selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa saya, dia lah orang yang sanggup menjaga saya dengan penuh kasih sayang. Kehilangannya benar-benar menghantui diri saya." Sooyoung mengesat air matanya yang mula deras.

"Selepas dia pergi meninggalkan dunia, jiwa saya menjadi tidak tenteram. Penampilan saya sangat kusut. Hati saya amat merindui dirinya. Saya mula meneroka dunia untuk ketenteraman tidak berjaya. Jadi sebagai konklusi, saya menanamkan dendam. Dendam kepada lelaki durjana yang mengheret boyfriend saya ke dalam penjara!" suara Sooyoung berubah menjadi garau, matanya merah dan renungannya amat tajam sekali. 

Mitsuo sudah menggigil ketakutan namun dia berlakon tenang. "Disebabkan lelaki durjana itu, ramai orang menjadi taruhan saya. Saya mula membeli pisau dan mencuri pistol bagi membalas dendam. Seperti yang saya kata, jiwa saya tak tenteram. Semua orang saya nampak sebagai boyfriend saya. Saya mula menyambar mereka dan membunuh mereka."

"Tetapi kenapa penduduk di sini tidak pernah nampak awak?" Sooyoung mengelap air mata nya. "Saya memburu di kawasan lain. Saya baru sahaja berpindah ke sini. Saya memaksa pihak yang membuat kad pengenalan supaya menulis alamat yang salah." ujar Sooyoung terus terang. 

Kini baru lah Mitsuo faham mengapa tiada seorang pun yang pernah nampak Sooyoung. "Jadi awak datang ke sini untuk mencari lelaki itu?" Sooyoung mengganguk perlahan. "Saya akan bunuh dia. Tolong benarkan saya." Sooyoung mengangkat muka dan memandang Mitsuo dengan penuh harapan. 

Mitsuo tercengang mendengar harapan Sooyoung. Memang gila! Dahlah cakap dengan detektif pula tu! Tidak takut ke apa?! Sooyoung menarik tangan Mitsuo sambil berkata "Tolong lah saya encik.." terasa air panas terlekat di tangan Mitsuo. Dia amat kasihan pada Sooyoung, tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu rasa bersalah kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang sebenar sebagai seorang detektif. 

"Boleh saya tahu siapa nama lelaki itu?" soal Mitsuo lembut. "Kei Kenji. Seorang polis di Tokyo."

Bagai hendak gempa bumi menimpa Mitsuo setelah mendengar jawapan Sooyoung. Dadanya bergetar kuat. Tidak di sangka sahabat karib nya sendiri melakukan perkara jahat! Kini kemarahan Mitsuo beralih pada sahabatnya sendiri! 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet