Chapter 35
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Pada malam yang sama..
Selepas siap dari mandi dan sikat rambut, Hyeri mengambil buku diarinya di dalam laci meja dan menuju ke birai katil.
Kemudian, Hyeri duduk bersandar di katil dan mula membelek helaian buku tersebut hingga ke helaian yang kosong untuk menulis sesuatu di dalamnya. Tiba-tiba, sekeping gambar yang terselit di dalam buku itu terjatuh ke dadanya. Hyeri terus duduk bersila dan mengambil gambar tersebut lalu ditatapnya.
Dia tersenyum sendiri ketika melihat gambar tersebut. Gambar itu adalah gambarnya bersama Dani ketika memakai hanbok di Dongdaemun. Gambar itu juga merupakan kenangan terakhir bersama Dani sebelum dia balik ke rumahnya semula. Entah mengapa, timbul pula rasa rindu kepada Dani.
"Dani...Hmmm~Dia buat apa agaknya sekarang ni eh.." soal Hyeri sendiri. Lalu, dia melihat handphone di sebelahnya.
"Emm, nak telefon dia ke tanya khabar.? Err..tapi malulah pula. Dahlah 2 hari lepas aku menangis depan dia. Siap cerita lagi masalah aku dekat dia. Eiyy malunya.. mesti muka aku buruk gila masa nangis hari tu. Duhh.." tutur Hyeri sambil kemudiannya menutup mukanya dengan buku diari tersebut kerana malu.
Dalam masa yang sama...
Dani membaringkan diri di atas katil sambil handphonenya diletakkan di atas dadanya yang agak bidang itu. Dia cuba melelapkan matanya untuk tidur. Dia sungguh mengantuk malam ini tetapi dia tidak boleh nak menidurkan diri pula. Lalu, dia mengiringkan badannya ke sebelah kanan.
Tidak sampai 10 saat, dia mengiring ke kiri pula.
Tidak beberapa lama kemudian, Dani berbaring meniarap selepas itu.
Dan dia masih tidak boleh tidur. Entah mengapa, dia asyik teringat Hyeri. Kemudian, dia menekup mukanya.
Segala posisi masih tak berjaya memadamkan wajah Hyeri di mindanya. <
Comments