Chapter 21
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)"Aligato gozaimas." ucap puan han lalu melangkah keluar dari teksi bersama anaknya. Kemudian, mereka berdua mengambil bagasi-bagasi mereka di dalam bonet teksi itu. "Palli hyejin. Tolong omma bawa masuk beg-beg ni." arah puan han sambil membuka mangga pagar rumah yang telah disewanya. "Nae~" jawab hyejin lantas menarik bagasi-bagasi tersebut menapak masuk ke dalam rumah itu sebaik sahaja pintu dibuka.Kemudian, Puan han dan hyejin meletakkan bagasi-bagasi milik mereka di dalam bilik masing-masing.
Selesai meletakkan segala barang-barang keperluan di dalam almari yang sudah tersedia di dalam bilik, puan han terus memanggil anaknya. "Nae omma?" Hyejin terus berlalu ke bilik ommanya. "Kkaja siap-siap." "Laa~ nak pergi mana pula?" jawab hyejin seperti nada orang malas. "Omma nak pergi sekolah kamu pula." "Nak buat apa pergi sana? Kan lagi 3 hari baru hyejin mula sekolah." "Memanglah lagi 3 hari. Omma nak pergi sana bukan saja-saja. Omma nak sahkan program pertukaran pelajar kamu tu. Lepas tu, omma nak tanya sekali kamu duduk di kelas mana. Nanti kamu tak payahlah nak tercari-cari lagi kelas kamu dekat mana. Faham? Dah palli siap." terang puan han lebar. "Aish! Nae arasseo. Hyejin baru nak rehat-rehat kejap." "Aigoo~ nanti balik, kamu rehatlah puas-puas lepas tu." balas puan han. " Yelah-yelah." Hyejin akur.
*********************************
Sudah dua hari Hyeri tinggal di rumah Dani. Hyeri berasa sangat selesa apabila tinggal di rumah tu bersama keluarga dani. Dia juga telah dilayan dengan sungguh baik oleh omma dan adiknya. Begitu juga dengan dani sendiri yang telah banyak menolongnya. Hyeri tidak tau macam mana nak membalas jasa mereka. Hurm~hanya tuhan saja yang dapat membalas kebaikan mereka.
'Haih~Esok kereta aku dah siap repair. Maknanya, aku dah boleh balik ke rumah aku esok. Haish~sedih pula. Eh! Kenapa aku nak sedih? Hmm, mungkin sebab dani dan keluarganya dah banyak tolong aku. Huh
Comments