Party and PCY Secret
What's On Your Heart?"Harini mesti ramai cikgu tak masuk kelas kan?"tanya Yein.
"A'ah,alah lagipun exam kan dah habis.Akhir tahun macam ni mana ada cikgu nak mengajar kan?"kata Kei.Sekali-sekali dapat melepak best jugak.
"Weyh,korang berdua tahu tak yang Chanyeol nak pindah sekolah tahun depan."kata Park Bom.Dia memang tahu je berita hot kat sekolah ni.
"Mana kau dapat berita ni?"tanya Kei seakan-akan tak percaya.
"Aku tahu lah."kata Park Bom dengan penuh bersemangat."Lepas ni mesti tak ada siapa nak kacau kau kan,Kei.Sunyi la hidup kau lepas Chanyeol pindah sekolah."
'Yeke hidup aku akan sunyi lepas Chanyeol pergi?Tak mungkin lah.'kata Kei dalam hati.
_____________________________________________
Waktu rehat telah tiba.....
Chanyeol meletakkan kepalanya di atas meja.Sudah seminggu dia tiada di sekolah sebab dia menyertai pertandingan bola sepak dekat Young High School.Penat gila.Walaupun penat usahanya juga berhasil.Pasukannya menang dalam pertandingan itu dan menjadi johan.Chanyeol dinobatkan pemain terbaik dalam pertandingan itu dan dia mendapat tawaran bersekolah di sekolah sukan pada tahun hadapan.
"Kei,aku pergi tandas jap.Kau masuklah kelas dulu."kata Yein.Harini mereka makan di dalam kelas memandangkan tiada tempat kosong di kantin.Yein memberikan makanannya kepada Kei.
Kei mengangguk.Kei masuk ke dalam kelas manakala Yein menuju ke tandas.
Kei melihat susuk tubuh seorang lelaki.Tak lain tak bukan itu mesti Chanyeol.Kei mengambil keputusan untuk duduk disebelah Chanyeol.Ini adalah masa yang tepat untuk bertanyakan hal itu memandangkan hanya mereka berdua sahaja di dalam kelas.
"Chanyeol."panggil Kei.<
Comments