CHAPTER 4

Let The Past Become The Past

Mino tergesa-gesa keluar dari rumah setelah mendapat panggilan tersebut. 

 

Jihyo yang sedang berehat di ruang tamu cuba bertanya kepada Mino kemana dia hendak pergi tetapi soalannya diendahkan.

 

Mino mengambil masa selama 10 minit untuk tiba di tempat itu.

 

Anehnya...tempat itu sunyi sepi. Tiada satu kelibat pun yang terlihat oleh Mino.

 

"Seunghoon!" Mino menjerit memanggil nama sahabatnya yang membuat panggilan sebentar tadi.

 

Mino terus mencari Seunghoon. Tiba-tiba ada sesuatu yang keras menyinggah di kepalanya. Mino rebah ke tanah. Dia memegang kepalanya yang berdarah.

 

"Inilah akibatnya kalau terlajak sombong. Dasar orang miskin! Takde adab!" suatu suara berbicara dengan Mino.

 

Mino terbaring di tanah. Kepalanya pusing. Dia cuba melihat siapa orang yang telah memukulnya tetapi dia gagal mengamatinya kerana orang itu memakai pakaian serba hitam dan menutup mukanya dengan kain hitam. Hanya matanya yang terlihat. Apa yang pasti ia seorang lelaki. Dalam beberapa saat je Mino tiba-tiba tidak sedarkan diri.

-------------------

"Joongki! Mino tak balik dari tadi lagi..." Jihyo resah memikirkan adiknya yang tidak pulang. Biasanya kalau balik lambat Mino akan mengkhabarkannya kepada Jihyo. Ini tidak..Mino langsung tidak menghubungi Jihyo dan dia tidak dapat dihubungi.

 

"Rilex Jihyo..sekarang ni kita kena pergi cari dia." Joongki cuba menenangkan Jihyo.

 

Jihyo dan Joongki keluar mencari Mino. Hari semakin sunyi. Tiada satu orang pun yang dapat mereka bertanya tentang Mino. Jihyo menghubungi setiap rakan Mino tetapi tiada satu pun yang tahu di mana keberadaan Mino.

 

"Mino....kau kat mana.??" Jihyo semakin sedih. Dia cuba menahan tangisannya.

 

"Jihyo..." Joongki memeluk bahu Jihyo. Saat itu Jihyo sudah tidak dapat menangung tangisannya. Dia menangis di bahu Joongki.

 

"Dia tak pernah macam ni..." Jihyo berkata dalam nada sebak. 

 

"Sabar yew Jihyo. Mino tak apa-apa tu. Mungkin dia lupa nak hubungi awak." kata Joongki sambil menggosok bahu Jihyo untuk menenangkan Jihyo.

 

"Tak! Aku kenal Mino macam mana...mesti ada hal buruk yang dah jadi kat dia." Jihyo berkata.

 

Tiba-tiba telefon Jihyo berdering. Dia terus menjawab tanpa melihat nama pemanggil itu. "Mino!!"

 

Dia gembira kerana dia fikir Mino yang menghubunginya. Tiba-tiba riak wajahnya berubah. "APA?!!"

 

---------------

Keesokannya,

 

"Hari ni kita ada pelajar baru. Silakan masuk.."

 

Seorang gadis masuk ke dalam kelas. Semua mata melekat kepadanya. Dengan rambut hitam berkilatnya yang panjang paras pinggang sudah pasti membuat orang tertarik dengannya. Berkulit putih mulus, mata bulat yang menawan, bibir nipis berwarna merah jambu benar-benar menambat hati para jejaka.

 

"Hai, saya Heo Youngji. Saya baru berpindah ke sini. Sila beri tunjuk ajar,rakan-rakan." Youngji mengukir senyuman.

 

Semua pelajar menepuk tangan tambah-tambah lagi lelaki. Mereka paling gempak dalam menyambut Youngji sebagai pelajar baru.

 

"Sudah-sudah...!" Puan Min mengarahkan mereka berhenti. " Heo, kamu boleh duduk di sana." Puan Min menunding ke arah tempat kosong di belakang di sebelah tingkap.

 

Youngji melangkah menuju ke tempat yang diarahkan.

 

Seterusnya, mereka memulakan pembelajaran pada pagi itu.

 

---------------------------

 

"K-kak...?" Mino sudah sedar. 

 

"Mino?! Kamu dah sedar?!!" Jihyo memegang tangan adiknya. 

 

"Mino kat mana ni kak?" Mino menjawab dalam nada yang masih lemah.

 

"Kamu kat hospital..jangan banyak bergerak. Kamu masih lemah.." Jihyo mengusap rambut Mino.

 

Mino cuba mengingat kembali apa yang dah terjadi tetapi dia gagal. Semakin dia cuba mengingati,semakin sakit kepala dibuatnya. Mino mengalah kerana kepalanya sakit.

 

"Mino? Dah sedar?" Joongki masuk ke dalam wad dengan membawa buah tangan untuk Mino.

 

"Dah..." Jihyo tersenyum ceria.

 

"Kau tahu tak Mino, semalaman akak kau jaga kau. Kesian dia. Dia benar-benar risaukan kau sampai sanggup x makan." Joongki bercerita kepada Mino.

 

Mino tersenyum kecil lalu memegang tangan Jihyo. "Kak...Mino tak berniat nak buat akak sedih. Maafkan Mino,kak. Mino selalu menyusahkan akak. Hmm...Mino adik yang jahat kan?"

 

"Shhh..." Jihyo meletakkan jarinya di bibir Mino "Kamu adalah adik yang paling baik bagi akak. Akak sayangkan kamu. Walau apa pun yang berlaku, kamu tetap adik akak dan akak takkan tinggalkan adik akak sebab Mino adalah satu-satunya keluarga yang akak masih miliki kat dunia ni.."

 

"Habis tu aku ni siapa?" Joongki memucungkan bibirnya.

 

"Kau pelakon tambahan jew. Pengacau..." Mino ketawa kecil.

 

"Ishhh budak ni..." Joongki mencubit lengan Mino.

 

"Auww!" Mino menggosok lengannya "Akak...tengok abang Joongki ni.." Mino mengadu.

 

"Aloloo..siannyeerr adik akak ni.." Jihyo pula mencubit kedua-dua belah pipi adiknya yang tembam itu.

 

"Aaaa...akak ni...sama je dengan abang Joongki." Mino merajuk.

 

"Hahaa..werkk! Jihyo sokong abang..." Joongki terus bergurau dengan Mino.

 

"Hahaha..." Jihyo turut ketawa. Manakala Mino masih merajuk.

 

"Aloloo..sorry eak..akak gurau je. Akak sayang Mino!" Jihyo mengeluarkan sesuatu dari poketnya "Nah! Lollipop kesukaan Mino."

 

"Wahh! Thank you kak!!" Mino merangkul leher Jihyo dan mengucup pipi akaknya. Jihyo turut membalas kucupan itu.

 

Joongki tersenyum melihat gelagat adik-beradik itu. Mereka kalau mesra, memang terlajak mesra. Kalau gaduh, bagai nak rak gaduhnya. Mino tidak jahat. Dia cuma nakal. Seja kehilangan ayah dan ibu, sikap Mino berubah. Mungkin kerana dia merindui kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Dia inginkan perhatian, sebab itu dia berkelakuan nakal dan menjengkelkan.

---------------

 

"Apa semua ni?!" 

 

"Maaf puan...tapi..memang itu yang dikatakan. Kami tak dapat buat apa-apa."

 

"Kenapa semua jadi macam ni?!!!! Sepatutnya anak aku yang layak menerima semua ni bukannya mereka!"

 

Seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an begitu marah akan sesuatu.

 

"Aku akan pastikan hidup korang tak aman. Korang tunggulah nasib korang..." perempuan itu ketawa jahat.

-------------------------

SIAPAKAH PEREMPUAN ITU? SIAPA YANG AMAT DIBENCINYA ITU? DAN ADAKAH MINO AKAN TERUS BERBAIK DENGAN KAKAKNYA??

TUNGGU PART SETERUSNYA ;)

MAAF KALAU LAMBAT UPDATE NNTI SBB AUTHOR AGAK BUSY...

APA PUN THANKS SEBAB SUPPORT FANFIC NI. :*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 6: Takpe author-nim...study elok elok ya...fighting!!
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 5: Takpe...sya fhm..
JIHyo! Ade org ikut awak!! Hati-hati..
Mino ni bajet la plak ngan Youngji..sale yg pkul dia sebenarnya? Keep updating...fighting!
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 4: Sape yg pukul Mino tu? Sape perempuan tu? Saspen btul..Daebak ah cerita ni..update klau ade mase
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 3: Sweet nye JiHyo and JinHyuk!!:3kacau daun btol la Mino ni...
Sapa yg minta tolong? Sehun ke?
Ppali update!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: Jahat nye Mino dlm cite ni....kesian ji hyo
Update soon author-nim! Hwaiting
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 1: Jjang..Ji Hyo pkai baju ape² pon, dia nmpk cntik...
Btw, Mino tu nk lumba haram ke?kahkah